Subscribe:

Saturday, 31 March 2012

OLDSKOOL PIC

kelmarin lalu, saya sempat godek-godek album lama. dan tengok gambar di zaman-zaman dahulukala.
heheh. muka semasa di fasa pramatang yang melucukan.
ada some pictures yang saya rasa geli hati bila tengok. and said dalam hati.

"lah. ini ke muka saya dulukala? so funny? "

hahaha. saya sendiri tidak tahu if saya banyak berubah atau still the same face.

ramai yang cakap. saya berubah banyak sekarang. :)
haih. betul ke kawan-kawan?
haha.

kebetulan saya tengah free sekarang, boleh lah upload masuk dalam blog.
awak semua boleh tengok-tengok too.
:)

::HERE IS IT::


muka nak garang konon nyer. :)











ni pic saya dengan adik. :)2012 ni, dia spm dah.


muka nak emo dalam nih. haha. ^.^





















tak ada lah lucu banyak pun. just. bila tengok muka-muka pose dalam emo style tuh, rasa kelakar sikit.
lagipun bila tengok muka sendiri, rasa geli hati bukan? haha.

WELCOME APRIL

Alhamdullilah. today sudah pun masuk hari pertama untuk bulan april 2012.
should be APRIL CLEVER. bukan APRIL FOOL!
am i right everyone? haha.

tapi if ikutkan date dalam blog post ini, masih 31 mac 2012. ish ish.
by the way. today is first of april actually sudah.
saya cuma stay dekat rumah.

by the way kan semalam. saya tidur pukul 2.30 petang. and bangun pukul 8 lebih pagi ini.
bhahahahaha. hebat tak? kira lah berapa jam saya tidur.?
18 jam is it.? haha. lama nya!
saya rasa tidak sedap badan semalam. tambahan pulak. mood my mum moody sikit.
jadi. disebabkan saya ini jenis so sensitif, saya tidak boleh stay in moody persekitaran.
saya tidak join lunch and dinner. but just stay dalam bilik dan tidur. hehe.
nak make sure saya makan, jangan biarkan saya terasa. :)
terasa sikit pun saya tidak akan sentuh makanan. betul...i am this kind of person yang so sensitif.

bangun dari tidur je, saya online twitter. dan ber tweet dengan kawan-kawan.
facebook masih lagi deactived. let it be like that dulu.
hari ini hari ahad. saya rasa nak pergi somewhere jalan-jalan.
tapi. malas sikit. heheh.





Friday, 30 March 2012

KEBAL

apa saja lah yang kebal nih kan? hehe.
im thinking of something about it. kesabaran saya yang kebal ini.
how about you? kebal tidak kesabaran you all? 

okey.. saya dan seisi keluarga dalam rumah tengah sakit sekarang. adik emmanuel yang bertindak sebagai penyebar penyakit. haha. jadi. kitorang semua demam, berhingus, selesema, panas badan, hidung sumbat, tekak sakit. saya yang selalu kebal dari sebarang penyakit pun tidak terkecuali terkena sekali.
siapa antara kitorang agaknya yang sembuh dahulu. haha.
sekarang sudah pun hari jumaat. 30 mac 2012. maksudnya, esok sudah pun masuk hari terakhir untuk bulan mac. dan lusa. first of APRIL!!!!
saya repeat again. its APRIL! APRIL! APRIL! APRIL!

cepat sangat masa berlalu! gosh! ish ish..
apapun. Alhamdullilah saya berjaya menghabiskan sebulan ini dengan begitu baik sekali.
menjalani kehidupan yang sangat bahagia dan normal. pergi kerja dan laksanakan tanggungjawab dengan sempurna. dengan ikhlas. rutin harian tidak dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah.
saya harap. kehidupan seperti ini akan terus berkekalan.
kerana kehidupan saya sebelum ini sangat pahit. dan tidak terurus. selalu berjaga malam dan tidur di siang hari. satu rutin yang tidak sihat bukan? :)

Alhamdullilah. semua itu sudah pun berakhir.
saya dapat rasakan tahun 2011 dan 2012 berlalu begitu cepat. sangat cepat.
tidak lama lagi umat islam akan menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan dan sebulan selepas itu meraikan bulan syawal. setahu saya, lagi 3 bulan begitu. wah.
3 bulan bukanlah tempoh yang sangat panjang sebenarnya.

kalau awak sedar. terasa seperti baru semalam kita meraikan tahun baru. hehe.
tengoklah sekarang. sudah pun berada di penghujung bulan mac. 3 bulan yang berlalu dalam sekelip mata bukan. pejam celik.. 2013 pula akan menjelma. haha.



Wednesday, 28 March 2012

DEWASA DAN HIDUP

welcome kedewasaan. yeah pejam celik sudah pun  masuk group dewasa.
dewasa dari segi pemikiran saja lah. perwatakan dan pakaian masih fail. haha. ala-ala kanak-kanak dan remaja lagi. :)

berfikir secara dewasa membuatkan diri nampak matang kerana setiap perbuatan berlandaskan akal fikiran dan bukan mengikut perasaan semata-mata. style bukan? 
ia menampakkan kita berada di kelompok atasan. manfaatnya. ramai orang akan yakin dengan diri kita . bila begitu, kita boleh bekerja dengan baik kerana mendapat kepercayaan.
kita hidup dikelilingi manusia. maka itulah. bertindak dan berfikir secara dewasa sangat penting. :)

tidak semua berjaya masuk ke fasa kedewasaan. boleh saya katakan begini. mereka yang berumur 20 keatas itu sudah tergolong dalam kelompok dewasa tetapi tidak semua berjaya capai title dewasa.
apa yang boleh saya simpulkan adalah. umur bukan faktor untuk mencapai gelaran dewasa. jadi jangan pandang rendah pada kanak-kanak. mereka sebenarnya lebih dewasa kadang-kala. hey malu okey! :)

Tuesday, 27 March 2012

TERINGAT MEREKA

tiba-tiba saja hati sayu semacam. teringatkan keluarga anak-anak yatim. mereka semua saya ibaratkan seperti keluarga sendiri meskipun tempoh perkenalan tidak begitu lama. 
semestinya lah saya rindukan mereka. sebab. di kehidupan kami dahulu, semua aktiviti kami lakukan bersama. 
bergaduh, makan, tidur, belajar, buat hal, menangis ketawa, melancong...
semuanya bersama-sama. hemmm. tidak sangka. kami masing-masing sudah ada kehidupan sendiri sekarang. terasa seperti baru semalam saya bersama mereka. :(

oh Tuhan. saya begitu rindukan mereka semua sekarang ini. entah bagaimana keadaan mereka. kami semua sudah pun terputus hubungan. hemmm. saya begitu berharap. satu hari nanti. kami boleh berkumpul seperti dahulu lagi...






_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Sunday, 25 March 2012

SENAMAN DI TAMAN

jam sekarang sudah pun menunjukkan pukul 7.50 pagi. dan saya baru sahaja sampai rumah dari bersenam kat taman. senaman yang pertama kali di bulan mac. haha. :)
seronok bila dapat keluarkan peluh di pagi hari. fuhhhh. lega badan.
saya tidak tidur dari semalam. pagi tadi seawal 6.00 pagi lagi saya mengemas rumah. 
sarapan dan basuh baju. siap sidai semua lagi. pukul 7.15 pagi baru lah saya keluar dari rumah pergi bersenam.
selain bersenam, saya juga menari ikut rentak lagu. bhahahahaha. 

sekarang ini. saya tengah rehatkan badan didalam bilik dan hilangkan peluh sebelum mandi. 
so. lepas mandi, bersiap pergi kerja pula. :)
rutin di hari ini iaitu hari isnin. ramai yang tidak suka hari isnin bukan? heheh.
my mummy pun tengah sibuk sediakan sarapan untuk kitorang dekat dapur. dapur terletak dekat tingkat bawah. bilik semua dekat tingkat atas. hihi. whats the point to tell you all these things doe?!!hahah.
macam lah you all kisah pasal ruang-ruang dalam rumah saya pulak kan. bhahahahaha.

lagi dua minit daripada sekarang, saya hendak mandi dah. badan melekit semacam.
tidak sabar nak fresh kan badan bagi wangi. yeheeeww.. 
SENAMAN DI TAMAN SANGAT MENYERONOKKAN.! :)





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

SUBUH AHAD

yeah. sekarang sudah pun pukul 3.24 pagi. mean. pagi ini isnin dah lah. 
baru saja naik bilik. tadi lepak ruang tamu dekat tingkat bawah. layan muvee. sudah agak lama saya tidak 
tengok tv. hihi. patut nya waktu sekarang sudah kena tidur. sebab esok kan kerja. 
tapi. sekali-sekala tidak mengapa bukan. :)

pagi ini. saya rancang hendak bangun pukul 7 pagi. hendak bersenam bagi keluar peluh dekat luar rumah.
hahaha. entahlah bangun atau tidak nanti. ^.^
sebab. saya memang liat sikit dalam bab bangun pagi ini. hihi.

termasuk hari ini. rasanya genaplah dua hari atau tiga hari saya deactive kan phone. wawau.
hemm..
inilah kali pertama saya berbuat sedemikian.
cakap pasal phone. saya tiba-tiba teringatkan sesuatu. di awal-awal kehidupan saya dahulu.
saya tidak memiliki telefon bimbit. hehe. jadi. saya memang kurang sosial life lah.
seriously. :)

nak tahu tidak. kalau siapa-siapa minta number phone, saya akan bagi number kawan.
noob bunyinya bukan? :)
seingat saya. form 3 atau form 4. baru lah saya ada handphone. itupun saya beli sendiri. masa itu.
saya masih tinggal dekat rumah anak yatim lagi. sebenarnya penggunaan handphone adalah dilarang sama sekali disana. tapi. saya tidak pedulikan semua itu. haha. yeah. saya sangat
nakal sewaktu itu. :)
budak zaman sekarang. kecil-kecil pun dah ada handphone sendiri. canggih pula tuh. jeles! hihi.



MIMPI

today saya mimpikan adam lagi. kami date secara tidak sengaja.
roh berjumpa kowt. :)

Saturday, 24 March 2012

DEACTIVE PHONE

sejak hari jumaat semalam sehingga hari ini saya deactive kan my phone. 
sebab apa?
entahlah. mungkin saja mensisihkan diri dari kawan-kawan dan keluarga buat sementara waktu. 
saya perlukan ruang untuk diri sendiri buat masa ini. 
terlalu banyak persoalan yang mereka soalkan kepada saya. saya berasa sedikit tertekan dengan situasi itu.
akal yang pendek mendorong saya untuk meng deactive kan handphone.
nanti bila saya sudah terbuka hati untuk active kan balik, saya akan contact mereka semula.

apa rasanya terputus hubungan buat seketika? pernah kah awak merasa pengalaman itu?
saya pernah rasa. ia seperti awak hidup keseorangan. buat awak rasa murung. tidak gembira. tiada tempat mengadu. ia seolah-olah awak tidak punya apa-apa. teruk rasanya.
"MY DREAM IS.I WANT EVERY DREAM I DREAM IN LIFE IS NOT JUST A DREAM.". :)
i want it that way.





MANDI SONGSANG

mungkin ramai yang tidak tahu apa itu mandi songsang bukan? :)
sekejap lagi saya jelaskan maksudnya secara ringkas okey. saya memang mengamalkan mandi songsang sejak azali lagi. err. (saya sebenarnya tidak begitu ingat sejak bila). hihi. 

saya suka mengamalkan sesuatu mengikut petua-petua yang diberikan oleh orang-orang lama. petua orang lama memang boleh dipercayai dan ada bernasnya. secara teori, saya sendiri tidak ada idea apa kebaikan mandi songsang ini. saya pernah membaca satu artikel mengenainya. salah satu kebaikan mandi songsang ialah awet muda dan kedua dijauhi segala macam penyakit. hah. lebih kurang begitu lah.

okey. mari saya explain sikit apa itu mandi songsang.
mandi songsang adalah mandi dari bawah ke atas badan. kebiasaan kebanyakan orang kalau mandi suka jirus air dari paras atas badan ke bawah bukan? kan? kan?
jangan-jangan awak pun memang mandi macam begitu ya tak. :)

tubuh badan akan mengalami kejutan bila jirus air dari paras atas badan dahulu..
lebih-lebih lagi jika mandi air sejuk. wah. tubuh badan kita ini bukan robot. apa-apa pun. untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai mandi songsang ini, better rujuk dari mereka yang lebih pakar okey.
sebab saya cuma boleh bagi maklumat sikit-sikit saja.
mesti awak rasa tidak puas hati dengan penjelasan yang saya bagi. mesti lagi banyak persoalan yang timbul dalam kepala hotak tuh kan. hah. rajin-rajin lah explore okey. :)
nanti bila sudah ketemu dengan maklumat yang lebih tepat dan lengkap, tolong share kan kepada saya sekali. sebab saya sendiri masih cuba mencari maklumat mengenai mandi songsang ini.

awak percaya pada makhluk halus tidak? okey lah. mungkin ada yang jawab ya, ada yang jawab tidak.
bagi orang yang beragama islam, digalakkan sangat jangan mandi dalam keadaan berbogel.
sebab. mereka-mereka yang ghaib itu sentiasa ada memerhatikan awak mandi dalam keadaan tidak berpakaian apa-apa. hah.
mula-mula nya.. emm. sebelum saya teruskan. saya harap kita sama-sama berfikiran terbuka okey. sebab apa yang saya ingin ceritakan ini seperti sensitif sikit... :)
mula-mula di awal kehidupan saya dahulukala. saya memang suka mandi dalam keadaan tidak berpakaian apa-apa atau berbogel. ish lah. taip "bogel" macam lucah pulak kan. hihi.
tapi. sejak kebelakangan ini. saya mula mengamalkan mandi tidak berbogel. sekurangnya ada pakaian dalam.
sebab apa?
saya mahu kan yang terbaik untuk diri saya dan cuba buat apa yang mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri. lagi satu. ada alkisah mengatakan. jika kita mandi bogel, mungkin akan membuatkan mereka-mereka yang ghaib itu jatuh hati pada kita dan akan halang siapa-siapa pun mendekati diri kita selain mereka. hah. agak menakutkan bukan?

semua ini pun terpulang pada diri sendiri. sebab masing-masing ada kepercayaan lain-lain.
mungkin saya percaya tidak boleh mandi bodel kerana takut makhluk ghaib akan melekat dengan kita. tetapi mungkin pada orang lain. mereka tidak mandi bogel kerana...kerana...kerana...kerana..????kerana apa..???
jawapan ada pada mereka lah. tanya lah mereka okey. ^.^
itu pun kalau masing-masing boleh berfikiran terbuka. dan berani bersembang mengenainya..
awak berani tidak? :p
takut nanti bila awak mula saja tanyakan soalan begitu dekat kawan-kawan atau ahli keluarga ke.
belum sempat dapat jawapan, dah dapat pelempang. haha. mana lah tau mereka fikir lucah ke apa kan. :)

tiba-tiba lah pulak hari ini taip cerita pasal mandi. ish ish. :)
jam sekarang sudah pun menunjukkan pukul 8.23 malam. dan. dan. dan. dan...
DAN...

*
*
*
*
*
*
DAN...
*
*
SAYA MASIH BELUM MANDI LAGI!


haha. badan melekit semacam. biasalah bila hujung minggu. kemalasan memang semacam rapat dengan diri. ish ish lah. bermalas-malasan di hujung minggu. hehehehewwww. :)
so ingat okey.
TOLONG MANDI SONGSANG!TOLONG JANGAN MANDI BOGGGGGGGEEEL!







MENGIMBAU MEMORI SILAM

yeah. how it feels bila kepala hotak tiba-tiba dipenuhi segala memori? ia sesuatu hal yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata bukan. setiap malam apabila saya keseorangan didalam bilik, saya akan mula mengingati memori-memori lama. sesungguhnya ia sangat mengusik perasaan. saya akan terduduk diam tanpa bersuara. dan  kadang-kala saya akan mengeluarkan airmata. 

saya bukan menyesali setiap kejadian yang telah berlaku. cuma. saya seperti tidak percaya yang saya telah melaluinya dengan begitu tabah sekali. hey. im proud of myself. :)
imbas lah semula semua hal yang telah awak lalui. terlalu banyak kesakitan dan kesengsaraan yang awak terpaksa harungi bukan? :)
tetapi cuba lihat diri kita pada masa ini. sekarang ini. Alhamdullilah. kita telah berjaya melepasinya tanpa kita sedari sebenarnya. semua itu kini hanya tinggal sejarah silam yang perlu disimpan. 

saya mengaku. sudah begitu banyak airmata ini yang telah terbazir. menangisi sesuatu kejadian yang saya tidak suka. bila fikirkan secara rasional kembali, saya rasa sia-sia menangisi nya. 
airmata perlu disimpan untuk sesuatu yang lebih penting. bukankah begitu? ah. senangnya berkata-kata. hihi.

saya begitu bahagia dengan kehidupan yang saya ada sekarang ini. semua ini mungkin balasan setelah saya berhempas-pulas melakukan berbagai pengorbanan.
bila bahagia sebegini. saya seperti tiada apa lagi yang diingini dalam hidup. :)

HUJUNG MINGGU

wah. pejam celik sudah pun berada di minggu terakhir bulan mac. begitu cepat?!!
saya tidak ingat bila kali terakhir saya meng update kan blog saya ini..
bukan lah saya begitu sibuk tetapi mood untuk mengarang cerita tiada. :)
sebenarnya banyak lah cerita-cerita yang saya ingin kongsikan. tapi nanti okey. ^.^

ini pun baru saja sampai rumah. aktiviti di hari sabtu dihabiskan bersama keluarga. my mummy bawa kami anak-beranak pergi lunch dekat tropicana city mall. hari ini lunch dengan sushi. wee. suka! :)
saya memang menggemari sushi. jadi.. makan dengan penuh berselera lah kan. sambil suap kan adik lelaki yang berumur 5 tahun. dia memang manja sangat dengan saya. so. dia suka duduk makan di sebelah saya je lah.

then. lepas lunch. kitorang pun pusing-pusing sekejap. lepas itu. singgah makan pencuci mulut. tutti fruity.
kalau awak semua nak tau. itu lah pengalaman pertama kali saya dengan tutti fruity ini. hehe. macam noob bunyi nya bukan?
saya cuma take vanila ice-cream dan choki2. mine punya price lepas timbang RM15.40. bhahahaha. mentang-mentang lah first time makan tutti fruity. bukan main lagi lepas geram ambil banyak-banyak.. haha.
tapi. saya habiskan juga. sebenarnya bukan saya seorang saja yang makan. sharing dengan adik lelaki juga. suap kan dia sikit demi sedikit. tapi dia makan sikit sangat. mungkin dia tidak begitu minat dengan aiskrim kot.
so. saya habiskan sampai licin selebihnya. kenyang. :)
ah sebelum terlupa. terima kasih banyak-banyak kepada our mummy. sebab beliau selaku big boss yang membayar segala makan minum kami hari ini. :)
daddy tidak dapat join sebab. busy dengan kerja beliau. mungkin next weekend boleh spent time sama-sama whole family lagi.

semalam. saya sempat online facebook. lepas itu. tiba-tiba saya didorong oleh satu perasaan. satu bisikan. dan saya akhirnya mengambil keputusan untuk deactivekan akaun facebook untuk sementara waktu. haha. ini entah untuk kali keberapa saya meng deactive kan akaun facebook.

minggu lalu. saya pergi ke macd mont kiara. dengan memakai baju kurung. hihi. nampak begitu kemelayuan. :)
tapi bukan nak highlight kan pasal baju kurung. saya cuma hendak lepak macd sekadar ingin melihat kelibat asnan.walaubagaimana saya bersungguh-sungguh hendak jumpa dia, tapi awak percaya tak..jika Tuhan tidak mengizinkan ia berlaku, saya tidak juga dapat melihat asnan :(
kecewa dan sedih sikit juga tapi.saya percaya. setiap yang berlaku ada sebab nya.
(sebenarnya cuma pujuk diri sendiri saja.) hehe.

11 mac 2012. saya dating dengan dyla, dia itu awek kepada bestfriend saya hafies. kami lepak sunway pyramid layan movie 'john carter' dan dinner sama.
dinner dekat pizzahut.. saya order kek aiskrim nyam nyam. so delicious! saya memang suka sangat makan kek aiskrim pizza. sedap. ^.^
kami berdua sempat juga tangkap gambar banyak-banyak sebagai kenangan. alah. macam kebiasaan bila lepak dengan kawan-kawan. nak saja tangkap gambar banyak-banyak bukan. :)

cerita apa lagi yang saya tertinggal agaknya.? =.=
ah. minggu lalu. 17 mac 2012. saya pergi ke JPN shah alam. selesaikan urusan mengenai I.D. saya seorang diri saja menyelesaikan urusan yang kompleks itu. sekurangnya ia mengajar saya untuk berdikari bukan. :)
ingat tak tadi saya kata lepak macd pakai baju kurung tuh? hah. masa itu lah. lepak macd subuh-subuh sampai pukul 3.30 pagi. lepas itu lepak dengan kawan-kawan dekat damansara perdana karaoke sampai pukul 6 pagi.. member drop kan saya kat flora damansara pagi itu. so saya lepak dekat flora kejap before tumpang lagi seorang member lain pergi stesen lrt. pukul 7 pagi itu saya dah pun naik lrt dari kelana jaya. dan patutnya turun dekat kl central. untuk tukar stesen pergi shah alam. tapi. disebabkan saya terlajak tidur. sedar-sedar dan buka mata, saya dah terlajak ke gombak! haha. jauh nya lah perjalanan. lagi kan. satu insiden yang memalukan saya masa itu. boleh pula airliur saya meleleh keluar masa terlelap. bhahahaha. nasib baik saya sedar cepat dan lap lepass tu sambung tidur balik. penat sangat kot masa itu. yelah berjaga tidak tidur. haha. malu nya. =.=
naya lah kalau ada orang tangkap gambar. eeeeuuuuwwww. bhahahahahahahaha. pertama kali saya tidak senonoh seperti itu. yakkk! :))
lepas saja seetle urusan dekat shah alam. saya pun lepak sunway pyramid. tengok movie 'john carter' untuk kali kedua sebelum balik rumah. :)


Sunday, 4 March 2012

PLATINUM

baru saja sampai rumah. my dad yang jemput dari curve damansara tadi.
hari ini saya keluar rumah pada jam 7 malam. naik teksi menuju ke stesen bas. dari kiara ke kuala lumpur menaiki bas. dan dari kuala lumpur ke kelana jaya menaiki train. :)
dari kelana jaya ke curve menaiki bas. yeah. begitulah perjalanan nya untuk sampai ke destinasi.

saya menonton wayang malam tadi. 'this mean war'.. mula-mula tu, join beratur kat kaunter tiket biasa. and bila dah sampai kat giliran saya, saya pun blah. dan pergi ke kaunter tiket platinum pula.
haha. bukan berlagak kaya atau apa-apa lah yang awak fikirkan. tapi. entah. saya seperti ikutkan keinginan hati. pertama kali menonton wayang di dalam panggung yang cukup selesa memang menyeronokkan.
saya sukakan keselesaan. :)
storyline muvee ni sangat awesome. mengisahkan tentang dilema percintaan. dua jejaka berebut memenangi hati seorang wanita. kelakar dan romantic. ah. adakah cerita macam tu wujud dalam dunia sebenar? haha. mustahil lah.

plan awal ingat nak lepak bar layan music. tapi. finally. prefer balik rumah with my dad. jimat dan selamat. ^.^
sebelum sampai rumah tadi, singgah macd kejap hantar kad. itu sebab tersurat. sebab tersirat adalah. saya teringin nak tengok asnan. ah. tapi kelibat dia saya tak nampak pun tadi.
hemm. rindu. :(
teringat balik memori asnan hantar saya balik rumah. saya tidur kat belakang badan dia atas motor. hehe. asnan orang yang cool. tapi. saya tidak rasa kami akan ada apa-apa relationship. memang tidak akan ada.

tadi sempat lah jugak beli barang-barang mandi. rm50 terbang ke arah itu. dan lagi rm50 habis ke arah tiket movie. haha. ish ish. dalam sehari. boleh habis jumlah sebanyak itu..

ah. sebenarnya. kalau pun saya mempunyai sejuta tunai di tangan. tidak sampai sehari pun boleh habis. :)
boros..

minggu depan. ingat nak pergi pejabat pendaftaran. selesaikan hal yang tertangguh. hah. InsyaAllah.
sudah dua malam saya mimpikan asnan. haih.
bila lagi boleh lepak sama...

bagaimana kah nasib saya sebenarnya di masa akan datang? hemmm...
tadi kat laundry curve, tengok football game. MU vs TOTTENHAM. pastu. waitress sorang ni datang dan bawa kan segelas arak untuk saya. bos bagi katanya. haha. saya pun berlagak cool dan acah-acah suka dengan arak itu. sedangkan saya tidak pernah sekali pun teguk arak selama hidup.
saya tak teguk even setitik pun arak itu tadi. cuma fokuskan ke arah football game saja. :)

this is good life. :) yes.

Thursday, 1 March 2012

WELCOME MARCH

wawau kan..
sudah pun masuk bulan mac. pejam celik. masa berlalu begitu cepat sekali. terlalu cepat.
Alhamdullilah. february 2012 merupakan permulaan kesempurnaan dalam kehidupan saya.
saya bersyukur sangat. Tuhan memberi keadilan yang sepatutnya pada saya sebagai insan yang pernah tertindas satu ketika dahulu.

memang perjalanan hidup sebelum ini tersangat menyedihkan. begitu perit sekali.
pernah juga hampir-hampir ingin putus asa tetapi kekuatan dalaman masih ada. Rasional telah menyelamatkan saya daripada melakukan sesuatu yang mungkin akan berakhir dengan penyesalan.
:)

semalam. sebelum tidur. seperti biasa saya suka mendengar lagu menggunakan handsfree. dan ingatan saya flashback semula semua-semua memori sehingga membuat saya melepaskan keluhan kerana hampir tidak percaya yang ia ceritera yang pernah saya lalui.

detik-detik dimana saya tebalkan muka menumpang tidur di rumah kawan-kawan. semua serba kekurangan semasa itu. terasa kecil dan hina nya diri ini.
saya percaya. itu semua bukan kebetulan tetapi ia benar-benar ketentuan Illahi untuk menguji saya sejauhmana tahap kesabaran yang ada dalam diri.

terlalu banyak sudah kesakitan yang saya perlu telan. kepahitan itu jika dikenang kembali menimbulkan rasa kesedihan yang teramat sangat. dan saya pasti akan mengeluarkan airmata.