J
Yang ada ketika itu cuma surat-surat. Hahah. Eh betul lah. Zaman-zaman saya dulu. Dekat sekolah. Kalau nak sampaikan sesuatu atau nak bersembang ke. Pakai
Zaman sekolah menengah saya. Saya minat dekat sorang senior perempuan ni. masa tuh saya junior dia. Dia aktif dan famous time tuh dekat sekolah. Sebab olahragawati dan lagi satu sebab dia famous is dia ada kembar. Dah la cantik, bijak, aktif pula. Mana tak famous satu sekolah. Eh bukan satu sekolah saja. Dia memang terkenal lah dalam negeri. Haha. Semua orang kalau terserempak dengan student sekolah saya, mesti tanya pasal senior tuh. kat mana-mana je pun. Dah macam artis pulak
Generasi sekarang. Tengok saja lah siapa yang takde laman sosial kan. Semua ada okey.! Budak yang baru masuk tadika tuh pon dah ada Facebook sekarang nih. Lebih-lebih lagi lah budak-budak sekolah rendah dan menengah. Awak sendiri nampak fenomena ni bukan .? Peredaran zaman lah kononnya.
Awak cuba ingat balik. Bila awak mula ada laman sosial semua tuh? Saya mula ada laman sosial semua nih dalam tahun 2008. Tapi time tuh cuma ada Yahoo Messenger, Tagged, Friendster dan Myspace saja. Tahun 2010 barulah join Facebook. 2011 baru join Twitter dan Blog pulak. Tidak lupa Skype sekali. Haha. Semua masih baru-baru lagi kan ? Heheh. J
Kalau awak nak tahu lah kan . Before saya ada laman sosial semua-semua nih. Saya memang selalu pandang rendah dekat kawan-kawan yang ader laman sosial. Haha. Bila setiap kali diorang ajak saya untuk daftar bende tuh, saya mesti mencebik. Dan cakap kat diorang.
“Eeuuww. Buang masa je layan semua tuh. Gila aper berkawan dengan orang dalam internet. Silap haribulan kena tipu baru tau. Saya taknak ada laman sosial sampai bila-bila okey.”
Cheh. Berlagak lah sangat kan ? Haha. Biasalah. Masa itu laman sosial nih macam tidak begitu popular lagi. Dan saya pun belum terbuka hati lagi nak daftarkn diri.
Nak tahu sejarah macamana saya boleh ada laman sosial semua nih? Hehe. Time tuh tahun 2008. Saya still kat johor stay dengan kakak. Kakak saya nih cikgu. Dan every night macam tu dia suka ajak saya pergi lepak dekat cybercafe. Stay berjam-jam chatting dengan kawan-kawan dia. Dia boleh lah kan chat sebab ada laman sosial sendiri. Saya? Masa tuh takde sebarang laman sosial so just duduk buka youtube layan lagu jer laa. Noob kan ? Hahahaha.
So. Ader lah malam tuh. Akak cakap kat saya.
“Try lah buat akaun yahoo messenger ke, tagged ke, myspace ke.Buka akaun yahoo sendiri dulu. Baru lah tak boring hidup. Daripada kau asyik layan lagu. Better cuba layan laman sosial nih. “
So. Saya pun macam. “Okey. Nak jugak lah try buat. Untuk suka-suka.”
Hah. So itu reason pertama nak bukak akaun. Just untuk suka-suka. So bila akak ajak pegi cybercafe the next day, saya takdelah boring lagi. J
Bila dah first day ada laman sosial sendiri masa tuh, terasa excited semacam pulak. Kira macam. Dari setakat suka-suka pada awalnya, bertukar gian pula. Kalau dalam sehari tak log in, memang rasa macam tak sempurna hidup. Ceh. Haha. Seronok lah bila ramai kenalan baru tegur kan. ? Lepas tuh kalau dapat pulak kenal dengan orang yang fun, lagi lah best layan laman sosial nih. Betul tak? J
My kakak pun cakap finally tuh. Menyesal lah ajar saya benda alah nih. hehe. Saya budak cepat belajar lah kak. Jangan jeles okey. bhahahahaha.
Kalau dulu, saya sangat aktif dengan Yahoo Messenger untuk chatting dengan kawan-kawan. Heheh. Sekarang memang tak pernah bukak lagi dah. Entah ingat atau tak lagi password. Bhahahaha. Dapat Facebook, Skype, Twitter, Blog terus lupa pada yang lama. Kejam kan ? ^.^
Masa tuh. Even saya ada akaun Frienster, Myspace, Tagged. Saya tak layan Frienster sangat. Just log in Myspace dan Tagged je everytime lepak cybercafe. My first time dengan Facebook pula agak slow sikit. Sebab taktau camana nak pakai masa tuh. Heheh. Sekarang lain citer lah. Dah terror melampau kowt.. bhahahaha. And di awal-awal dulu pun, saya agak slow layan Facebook. Memula tuh rasa Tagged lagi fun berbanding Facebook. That’s why saya anak tirikan Facebook. Dan biarkan je Facebook tuh tanpa buat ape-ape.. sampai lah satu saat tuh. Saya terbuka hati nak explore Facebook sebab my friends all said. Yang Facebook lagi the best berbanding the rest.
Dan sejak tuh lah, saya dah mula tinggalkan alam Myspace, Frienster, Tagged, Yahoo Messenger. Saya sendiri nampak Facebook much better than others. Chewaaahh ^.^
Pertengahan Tahun 2011 pulak. Hah. Saya mula buat akaun Twitter dan Blog sebab terasa nak explore something yang saya tak tahu. Yelah. Tergugat juga bila tengok kawan-kawan ader akaun Twitter dan ade Blog. So. Berbekalkan semangat nak mencuba tuh yang saya buat juga. Dan sekarang I found Twitter lagi much fun and better than others. J
Blog pula. Saya memang dah lama pasang niat nak buat. Tapi ter stuck part nak register akaun gmail lah! Grrr. Banyak songeh time memula nak register gmail tau tak. Tak verified lah. Tak itu lah. Geram juga masa tuh. Nasib baik saya sanggup berjaga sehari suntuk buat. Kalau tak, sampai sekarang still takda Blog lah jawab nya. Heheh. Dengan ada Blog nih lah awak boleh baca entry nih kan ? ^.^
Saya tahu. Banyak lagi laman sosial yang wujud dalam dunia nih. Tapi. Cukup lah dengan apa yang saya ada setakat ini. Haha. Tak larat nak jaga banyak-banyak. Nih pun saya tengah deactive kan akaun Facebook. Tak larat nak layan. Lagipun Facebook tak begitu privacy. Kadang-kadang tuh boring juga kalau nak comment there. Takkanlah asyik nak on chat jer kan . Saya tak suka on chat dalam Facebook. Hehe. Bila everytime online, saya akan off chatbox. Tapi for sure Facebook lagi banyak baik nya berbanding Twitter lah pun. Just saya prefer deactived kan buat sementara waktu.
Dalam dunia yang serba moden sekarang nih. I wonder too if ada manusia yang tak pernah ada laman sosial? Gulp? Mesti ada kan ? Hehe. Sure ada. Mustahil takde. ^.^
Orang yang bagi alasan busy thats why taknak ade laman sosial memang annoying. Sebab ape saya cakap camtu? Hey peoples. Kita punya Perdana Menteri pun ada laman sosial tau! Haha. Siapa lagi orang yang paling sibuk kalau bukan pemimpin Negara heh? J
Tapi dari satu sudut. Bila fikir-fikir balik, macam kelakar je bila tengok Perdana Menteri dan pemimpin lain ader laman sosial macam kita. Hehe. Sweet.
So kepada saya dan juga awak semua. Jangan salah gunakan laman sosial lah. Sendiri beringat. Kalau selalu beringat, takkan wujud masalah. Takda masalah, hidup pun senang. Bila hidup senang, hati gembira. Bila hati gembira, kita bahagia. Bila kita bahagia, takda masalah. Bila takda masalah, hidup pun senang. Bila hidup senang, hati gembira. Bila hati gembira, kita bahagia. Bila kita bahagia, takda masalah.. bhahahaha. Nah. Ulang lah lagi dan ulang. :P