wawau kan..
sudah pun masuk bulan mac. pejam celik. masa berlalu begitu cepat sekali. terlalu cepat.
Alhamdullilah. february 2012 merupakan permulaan kesempurnaan dalam kehidupan saya.
saya bersyukur sangat. Tuhan memberi keadilan yang sepatutnya pada saya sebagai insan yang pernah tertindas satu ketika dahulu.
memang perjalanan hidup sebelum ini tersangat menyedihkan. begitu perit sekali.
pernah juga hampir-hampir ingin putus asa tetapi kekuatan dalaman masih ada. Rasional telah menyelamatkan saya daripada melakukan sesuatu yang mungkin akan berakhir dengan penyesalan.
:)
semalam. sebelum tidur. seperti biasa saya suka mendengar lagu menggunakan handsfree. dan ingatan saya flashback semula semua-semua memori sehingga membuat saya melepaskan keluhan kerana hampir tidak percaya yang ia ceritera yang pernah saya lalui.
detik-detik dimana saya tebalkan muka menumpang tidur di rumah kawan-kawan. semua serba kekurangan semasa itu. terasa kecil dan hina nya diri ini.
saya percaya. itu semua bukan kebetulan tetapi ia benar-benar ketentuan Illahi untuk menguji saya sejauhmana tahap kesabaran yang ada dalam diri.
terlalu banyak sudah kesakitan yang saya perlu telan. kepahitan itu jika dikenang kembali menimbulkan rasa kesedihan yang teramat sangat. dan saya pasti akan mengeluarkan airmata.
Thursday, 1 March 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)