Subscribe:

Wednesday 25 April 2012

HIDUP SEORANG BANDUAN

Malam semalam, untuk pertama kalinya saya menyaksikan imam muda. Ia secara tidak sengaja sebenarnya. Lebih tepat lagi hati saya tiba-tiba terbuka untuk menonton rancangan imam muda. Di dalam siri imam muda ketika itu, kesemua imam muda dikehendaki menjalani praktikal dekat salah satu penjara yang terdapat di malaysia ini. Saya tidak tumpukan nama penjara jadi saya sendiri tidak tahu penjara mana satu yang telah mereka kunjungi waktu itu. Para peserta imam muda telah menemu-bual beberapa orang 'banduan akhir' untuk cuba berkongsi cerita dan nasihat selain bertukar-tukar pengalaman hidup. Walaupun hanya melihat dan mendengar segala isi hati 'banduan akhir' melalui kaca televisyen saja, namun entah mengapa saya masih mampu faham kederitaan yang mereka tempuhi disitu (penjara).  

Sebelum saya meneruskan penulisan, mungkin ada di antara awak yang tidak tahu maksud 'banduan akhir'. Kalau awak-awak yang sudah tahu maksud nya, baguslah. Tetapi kepada mereka yang belum tahu, ia bermaksud banduan yang berdepan atau dijatuhkan hukuman mati atau hukuman gantung. Jelas maksudnya? Agak menggerunkan bukan? Seorang pegawai penjara menceritakan, bahawa kematian banduan akhir sudah diketahui mengikut tarikh hukuman mati itu dijatuhkan kepada mereka.

Hal ini membuat saya terfikir sejenak. Adakah benar kematian seorang banduan berada di tangan mahkamah bulat-bulat atau pun Tuhan? Adakah benar seorang hakim boleh menjatuhkan hukuman mati terhadap manusia? Walaupun saya tahu kebenarannya tetapi saya masih lagi cuba bertanya. Teruknya dunia ini jika manusia boleh bertindak sebagai pengambil nyawa terhadap manusia. Bukankah lebih elok sekiranya banduan yang memiliki rekod sebesar mana pun masih diberi peluang untuk membaiki kehidupan untuk kedua kali.? Walau sekejam manapun seorang banduan itu, saya percaya masih terdapat banyak cara untuk menghukum mereka tanpa menjatuhkan hukuman mati. Ia lebih mulia. Entahlah. Cuma saya berpendapat setiap manusia berhak diberi peluang kedua, peluang ketiga dan seterusnya...

Pada saya. manusia selalu mempunyai beribu sebab diatas setiap perbuatan salah yang telah mereka lakukan. Kerana semakin besar dugaan yang mereka terima, semakin besar kesalahan yang mereka boleh lakukan. Dan akhirnya terpaksa meringkuk didalam penjara. Pertama ialah teraniaya dan dikhianati. Kedua disisihkan. Ketiga dilayan dengan teruk di masa lalu mereka. Keempat tidak diterima. Dan seterusnya. Sangat banyak. Semua ini juga antara desakan hidup bukan. Dan jika awak perasan. Penghuni penjara kebanyakannya terdiri daripada golongan yang susah. Iaitu mereka yang memiliki latar belakang hidup yang sangat kucar-kacir. Tidak ramai bilangan banduan yang datang daripada latar belakang yang baik-baik. Dan boleh saya simpulkan begini. Semakin kaya seseorang itu, semakin tipis peluang mereka untuk menghuni didalam penjara. Semakin susah seseorang itu, semakin cerah peluang mereka untuk menghuni didalam penjara. Setuju? Sekali lagi di antara dua darjat! Ahhhh! Dimanakah keadilan? !!!!!!!!!!!

Undang-undang selagi ianya ditetapkan oleh manusia, ia masih tidak selamat untuk mengadili manusia sebenarnya. Orang yang teraniaya selalu terperangkap dengan undang-undang ini. Manakala yang membuat saya rasa menyampah, mereka yang betul-betul melakukan jenayah masih bebas pula di muka bumi ini. Bila mana wang berkuasa, seorang hakim yang menerima rasuah mampu memberi hukuman yang tidak adil pada mereka yang teraniaya ini. Ketidakadilan berada dimana-mana saja. Itulah kebenarannya.

Saya tidak bermaksud hakim menjadi dalang dalam semua ini. Siapa-siapa saja boleh menjadi pengkhianat. Polis. Peguam. Sesiapa saja boleh. Kerana masing-masing merupakan manusia. Saya tidak menulis entri ini untuk menyalahkan satu-satu pihak. Tidak menyalahkan hakim. Tidak juga menyalahkan banduan. Cuma seperti yang saya beritahu tadi. Siapa-siapa saja boleh mempunyai beribu alasan diatas setiap kesalahan yang mereka lakukan. Kita cuma lihat dan dengar secara zahir saja. Lebih eloklah sekiranya kita mengadili dari semua segi. Bukan hanya memandang pada kesalahan mereka saja. Kita perlu tahu mengapa mereka melakukannya. Dan apa yang mendorong mereka. Bagaimana emosi mereka sewaktu melakukannya. 

Saya memang sangat jarang memikirkan nasib seorang banduan sebenarnya.. Ia jarang terlintas di fikiran saya. Dan lebih tepat lagi, mungkin tidak pernah sama sekali memikirkan mereka. Selepas menyaksikan perjalanan dan pengalaman para imam muda melawat para banduan, barulah saya berfikir sejenak mengenai nasib mereka. Saya memikirkan mereka sedalam-dalamnya dan timbul rasa sayu di hati ini sehingga airmata jatuh dengan deras sendirinya. Saya doakan mereka yang teraniaya dan terpaksa menjalani kehidupan didalam penjara agar dirahmati Allah selalu. Walaupun saya sendiri tidak sekuat mana, tetapi saya harap mereka sentiasa kuat dan kuat!!! Kuat zahir dan batin.

Dan kepada para banduan yang memang layak meringkuk didalam penjara juga, terus kuatkan diri. saya masih percaya dengan kuat bahawa ada sebabnya awak melakukan jenayah okey. Alah.. Saya nih taip sebegini macam lah mereka akan baca blog saya pulak. hihi. Saya jadi emo memikirkan mereka tahu? Saya sebak. Saya rasa sedih. Bercampur-baur segala perasaan. Saya mahu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik. Saya mahu mereka mendapat keadilan yang sepatutnya.

Sebelum saya mengakhiri entri kali ini, saya ingin menegaskan...
*
*
*
*
*
*
*

BANDUAN BUKAN SAMPAH MASYARAKAT!!!


Tidak ada sesiapa yang layak digelar sampah masyarakat di atas muka bumi ini.






Friday 20 April 2012

PERSOALAN YANG SELALU KITA FIKIRKAN

Persoalan merupakan soalan-soalan yang selalu difikirkan tetapi kita tidak tahu jawapannya. Ini adalah normal bukan. Setiap masa ada saja persoalan demi persoalan yang muncul dalam minda. Kadang-kala persoalan itu tidak terbatas dek akal pula. Saya percaya semua orang juga seperti ini. Saya tidak ketemukan jawapan. Jadi saya simpulkan ia adalah antara fitrah manusia mungkin. Boleh kah begitu? :)

Saya sendiri setiap hari juga mengalami hal yang sama. Persoalan-persoalan mengenai kehidupan, hidup dan mati, jodoh, rumahtangga, perkahwinan, anak, aset, masa depan, dosa dan pahala. 

Baiklah. Pertama sekali persoalan mengenai mati. Kedengaran ngeri dan sedikit menggerunkan bukan? Saya juga rasa begitu. Timbul rasa takut didalam diri setiap kali memikirkan soal mati. Bagaimana agaknya keadaan saya di saat-saat akhir saya menghembuskan nafas? adakah sewaktu itu saya dalam keadaan yang sempurna sifat atau sebaliknya? dan dimanakah tempatnya? dan apakah sebabnya? adakah saya mati disebabkan kemalangan? atau mungkin dibunuh dengan kejam? atau mungkin diseksa sehingga mati? atau mungkin bunuh diri kah? dan siapa yang berada disisi saya ketika itu? adakah mereka-mereka yang saya sayang ada bersama? apakah mereka sedih atau gembira dengan ketiadaan saya? dan dimanakah nanti mayat saya dikebumikan? Ya Allah. walaupun saat kematian itu satu rahsia yang Tuhan simpan, ia tetap sesuatu yang membuat hati saya sebak memikirkannya. timbul pelbagai perasaan ynag bercampur-baur yang mana saya sendiri tidak mampu huraikan bagaimana rasanya. melihat jauh di dalam diri ini yang penuh dengan elemen jahat, saya risau memikirkan bagaimana nyawa saya ditarik oleh malaikat satu hari nanti. :( sesungguhnya kalau lah Tuhan anugerahkan saya kelebihan supaya boleh mengetahui tarikh mati sendiri, maka saya boleh memperbetulkan segala kekurangan sebelum pulang ke rahmatullah.

Seterusnya persoalan mengenai jodoh. Disebabkan saya masih bujang, jadi saya memang selalu fikirkan mengenai ini. Awak yang sudah berkahwin saya ucapkan tahniah okey. :) Siapa agaknya lelaki yang dijodohkan dengan saya? Bagaimana peribadi beliau? dan adakah dia seorang lelaki yang berjaya dalam hidup atau sebaliknya? adakah kami akan bersatu atas dasar cinta atau bukan? adakah dia mencintai saya sepenuh hati dan bukan sekadar untuk bermain dengan perasaan? dan siapa yang akan menjadi wali di hari pernikahan saya nanti? dan siapa yang akan ada di majlis itu untuk bersama-sama meraikan hari bersejarah saya? adakah nanti saya akan gembira dijodohkan dengan beliau? dan mungkin sampai bila rumah tangga kami akan bertahan? atau mungkin akan kekal untuk selamanya ke akhir hayat? akan bahagiakah kami? adakah hubungan kami akan direstui oleh semua pihak? dan pada umur berapakah saya menamatkan zaman bujang? dan yang paling penting sekali, sempatkah saya merasa pengalaman itu sebelum mati agaknya? Sebenarnya perkahwinan bukan atas dasar cinta semata. tetapi ia lebih kearah tanggungjawab bukan? setuju? Tetapi bercinta sambil bertanggungjawab adalah satu perkara yang sangat menyeronokkan bukan? :) Bercinta dan berkahwin, berkahwin dan bercinta. oh sungguh hebat! :)))))))))))

Seterusnya persoalan mengenai anak. Adakah saya dan suami akan dikurniakan anak sendiri nanti? berapa ramai? bagaimana akhlak mereka agaknya bila sudah besar? adakah hubungan kami sebagai ibubapa dan anak-anak itu nanti akan berjalan lancar atau sebaliknya? adakah saya mampu mendidik dan membesarkan mereka? saya mempunyai latar belakang keluarga yang begitu kompleks dan kronik antara saya dan ibubapa sendiri. Jadi adakah sejarah itu akan berulang diantara saya dan anak-anak nanti? adakah saya mampu menjadi ibu yang baik dan bertanggungjawab kepada mereka? mampukah saya dan suami menyara dan menampung anak-anak? mampukah saya dan suami tidak membuat anak-anak berasa kekurangan dari segi apapun, harta, kebajikan, pendidikan, agama, makan minum, sosial, kegembiraan?

Jadi itu cuma antara persoalan-persoalan yang saya dan yang awak selalu fikirkan. Sebenarnya banyak lagi persoalan-persoalan yang lain tetapi cukuplah setakat ini saya kongsikan bersama awak. Kalau saya masukkan sekali persolan ynag tidak masuk akal didalam entri ini awak akan kata saya ini merepek nanti. haha. Saya memang selalu tertanya-tanya mengenai kebanyakan hal yang tidak masuk akal. Mungkin lain kali jika mood ada, saya akan berkongsi dengan awak. Yang pasti bukan waktu terdekat ini. Saya agak sibuk dengan rutin harian yaNg tidak pernah ada penghujungnya.

Kadang-kadang macam mengada-ngada pun ada bila fikirkan semua ini bukan? hehe.

SAYA TAK MENGADA OKEY!!!

SAYA COOL:)


DUA DARI KIRI ITU SAYA. POSE WITH KAWAN:)









Thursday 19 April 2012

KATA-KATA HIKMAT




senyum selalu dengan adik okey:)




KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe.. Kata-kata hikmat ini saya perolehi dari beberapa sumber. Maknanya bukan saya yang merekanya okey. :)



Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘motivasi’ di bawah. Semoga semangat awak pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang awak kembali segar. Semoga awak mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya.  Agar jiwa awak kembali kental. Agar jiwa awa kembali bersemarak. Seolah seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.





1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan

15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.