Subscribe:

Wednesday, 28 March 2012

DEWASA DAN HIDUP

welcome kedewasaan. yeah pejam celik sudah pun  masuk group dewasa.
dewasa dari segi pemikiran saja lah. perwatakan dan pakaian masih fail. haha. ala-ala kanak-kanak dan remaja lagi. :)

berfikir secara dewasa membuatkan diri nampak matang kerana setiap perbuatan berlandaskan akal fikiran dan bukan mengikut perasaan semata-mata. style bukan? 
ia menampakkan kita berada di kelompok atasan. manfaatnya. ramai orang akan yakin dengan diri kita . bila begitu, kita boleh bekerja dengan baik kerana mendapat kepercayaan.
kita hidup dikelilingi manusia. maka itulah. bertindak dan berfikir secara dewasa sangat penting. :)

tidak semua berjaya masuk ke fasa kedewasaan. boleh saya katakan begini. mereka yang berumur 20 keatas itu sudah tergolong dalam kelompok dewasa tetapi tidak semua berjaya capai title dewasa.
apa yang boleh saya simpulkan adalah. umur bukan faktor untuk mencapai gelaran dewasa. jadi jangan pandang rendah pada kanak-kanak. mereka sebenarnya lebih dewasa kadang-kala. hey malu okey! :)