Subscribe:

Monday, 12 December 2011

KEGEMBIRAAN

:)
hari ini. saya berjaya menjadi orang yang memang betul punya orang. susah kowt nak tengok saya jadi orang. selalunyer saya jadi hantu. heheh.
today.saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang perempuan dengan begitu baik sekali. tanpa paksaan dan cuma bertindak mengikut keikhlasan hati. biasanya kalau saya diarah untuk buat kerja rumah, saya takkan buat. pendek cerita. saya tak suka diarah.

kalau kat rumah tu. lain lah kes nyer. tak perlu sampai disuruh. sendiri akan ingat tanggungjawab sebagai anak perempuan.

so hari ni. saya memasak. mengemas rumah. mengemas rumah bukan sekadar kemas je. tapi saya turut lah membersihkan apa yang menjengkelkan. segala kotoran dan habuk sudah tidak lagi kelihatan. :)
kemas dan bersih. ehe.. :)

saya bangun awal hari ini sebenarnya. bukanlah bermaksud sebelum-sebelum ni saya bangun lambat. tapi saja nak bagitau yg today saya bangun awal. dan sememangnya mood saya sangat baik sekali. sehingga mampu melakukan kerja-kerja rumah seorang diri.
bunyi macam sedang hendak beritahu satu dunia yang saya seorang yang rajin. tapi hakikat nya bukan lah begitu. just. saya sendiri rasa pelik dengan mood rajin yang begitu luar biasa today. saya memang kadang-kadang tu rajin gak. cuma. rajin yang hari ni lain macam sikit. rajin saya today dalam tahap melampau. haha.

kira okey la tu. kalau selalu sangat malas pun tak elok gak. rajin tu sweet kan. :) by the way. kelmarin. 11.12.2011. saya pegi masukkan tuala mandi dalam mesin basuh kat bilik basuh kat luar. then. tiba-tiba pintu tertutup. dan. bila saya cuba nak buka pintu.

pintu terkunci!!!

pintu tu terkunci dari dalam. so. saya dah macam nak sakit hati kat luar tu. tapi. saya tak menggelabah. mula-mula sekali. saya just cool down. relax. dan. just pandang ke arah pintu sambil pusingkan tombol pintu. nak harapkan keajaiban yang pintu tu akan terbuka kononnyer. pusing punya pusing. memang akhirnya saya terpaksa terima hakikat yang saya dah terkurung kat luar dan tak boleh masuk dalam rumah. tiba-tiba masa tu ader rasa menyesal sebab pegi kat ruang mesin basuh tu. silap sendiri pastu nak salahkan mesin basuh pulak kan. ehe. tapi masa tu je lah pun.

time kejadian tu. around 2pm kowt. so. kalau saya pilih untuk tak buat apa-apa dan sekadar tunggu housemate balik. alamatnya boleh mati ouh. housemate dah lah jenis balik rumah midnight. gila aper nak tunggu sampai midnight baru boleh masuk dalam rumah. jangan kata nak tunggu sampai midnight ke aper. nak tunggu seminit pun saya memang tak sanggup sangat-sangat.

dalam situasi macam tu. tangan saya spontan bertindak diluar kawalan. dan kopek cermin kat dapur tu. saya tak pasti kenapa saya buat macam tu. tapi. selepas hampir sejam percubaan saya berjaya jugak. bila cermin dapat dibuka. so saya dapatlah buka pintu tu. saya taktau macamana nak explain. tak reti nak cerita the whole story dengan detail. syukur Alhamdullilah sangat-sangat. terus tergelak sorang-sorang bila dah masuk dalam rumah. perasaan terlepas daripada masalah tu sangat mengharukan. ehe.
sumpah lepas ni taknak lagi dah terperangkap dalam masalah macam tu. kali ni mungkin saya bernasib baik.

akhir-akhir ni. saya rasa happy. im not really sure. happy with what. tapi. perasaan happy tuh tetap ada. cuma saya tak tunjukkan secara zahir. and. im not gonna show it too. saya lagi suka buat muka serius dan ala-ala kerek depan orang sekarang ni. lagi ok. :)
menunjukkan kegembiraan dan kesedihan just wasting time.

saya taktau kalau pada orang lain. apa yang boleh buat diorang gembira.
pada saya sendiri. saya dah cukup happy kalau saya tak dilanda apa-apa masalah. haha. memanglah orang cendekiawan selalu cakap. masalah mematangkan pemikiran dan perwatakan. dan macam-macam lah yang saya malas nak tulis. saya tak suka masalah. tak kisahlah apa kebaikan yang saya akan dapat kalau dapat masalah ke aper. saya tak peduli semua tu. masalah tetap hal yang saya cukup benci.
macam lah ada yang suka masalah...:)
saja nak tunjuk excited nyer saya benci masalah ni.  ehe... ^.^

study. family yang okey. kawan-kawan. duit. bahagia. life yang normal. semua ni lah kegembiraan...
tapi. semua ni tetap mainan takdir. sebab apa saya cakap mainan takdir. sebab...
selagi namanya hidup. selama itu lah takdir tu akan selalu bermain dengan hidup. mungkin lebih tepat lagi. takdir akan terus bermain even bila kita dah mati nanti. sakit hati ye tak...haih.

ada family. tapi takdir jadikan saya dan keluarga seakan-akan berpisah even sebenarnya masih bersama.
sesungguhnyer lah. hal berkaitan keluarga masih satu hal yang menjadi kekuatan seseorang individu.
punya keluarga yang normal, akan buat kita jadi normal. keluarga yang tak normal akan buat kita jadi tak normal...
sebab. apa-apa hal berkaitan keluarga. semuanya akan mempengaruhi emosi kita. entah lah. kadang-kadang sangat susah nak cuba faham apa yang ada didalam pemikiran orang tua masing-masing. nak bertanya secara direct, memang saya takkan berani buat. sebab. saya taknak buat mereka tersinggung atau rasa terbeban dengan persoalan-persoalan dari saya nanti. saya tak suka nak ada perasaan bersalah. so. finally. saya diam dan buat dunno.

mungkin kalau saya nak bertindak nak selamatkan keadaan dalam keluarga sekalipun. tetap kena ada perancangan yang teliti. kena persiapkan segala hujah-hujah yang bernas so tak ada siapa yang berani salahkan saya di hujung cerita nanti. ala-ala drama tv je pulak. :)

kalau niat betul, InsyaAllah apa pun boleh buat. saya percaya macam ni je...
saya tau saya ego. dan biasanya saya susah nak bagi peluang kat orang. saya bukan jenis yang pendendam. tapi. saya tak suka maafkan kesalahan orang sangat. saya mungkin tak marah tapi tak suka maafkan je.
saya takkan gembira maafkan kesalahan orang terhadap saya. saya pun selalu sakitkan hati orang. dan tak harapkan diorang maafkan saya jugak. biarlah macam tu. mungkin satu hari nanti. saya pun boleh berubah jadi orang yang pemaaf ke. tapi buat masa ni. memang tak lah..

saya perasan satu sikap saya. bila ada feel kat siapa-siapa. saya suka meluahkan terus kat orang tu. dengan gentle. dalam satu sudut memang nampak sangat cool sebab berani lepaskan apa yang ada di dalam hati. maklum lah kalau suka pendam sangat apa yang nak dicakapkan, boleh gila kowt.
tapi. suddenly saya tetiber fikir. lepas ni. kalau ada apa-apa. saya takkan luahkan dah. saya akan simpan. akan pendam dalam hati. dan cuma luahkan kat my diary atau pun blog ke. tapi luah perasaan dengan blog mungkin banyak yang saya kena tapis-tapis sebab saya taknak sampai ada orang yang akan tersinggung nanti.

saya tahu saya sayangkan lelaki itu. dan saya akan buat dia rasa bersalah kat saya. kenapa saya baru sedar hal ni. lepas ni. saya takkan tunjukkan perasaan saya kat orang lagi.
sebenarnya. bila berterus-terang ni. perasaan tu sangat best. sebab tu saya suka be honest dalam semua hal.
kalau saya marah kat siapa-siapa. saya akan direct bagitau. itu kira okey lah kalau saya bagitau yang saya tengah rasa marah. tapi kalau saya direct marah kat orang tu. aha. memang sedih lah.
saya bila marah macam shit sikit. saya ada aura yang boleh buat orang benci kat saya. :)
saya tak bangga pun kalau ada musuh. cuma. kadang-kadang saya tak boleh kekalkan perwatakan kearah positif setiap masa. ada kalanya. saya nak orang terima kenyataan dan tahu. yang saya juga memang bukan baik all the time.