Subscribe:

Monday, 19 September 2011

PRINCE CHARMING

suddenly je terfikir psal future husband. :)
slalu bila tanya kat mana2 pmpuan. apa ciri2 lelaki yg diorang nak.
rata2 ramai yang jawab...
nak yg baik hati, boleh terima diri diorang seadanya, caring, romantic, hot, matang..
ahhhhhh. semua2 laa yang baik2. letih plak nak tulis one by one.
tapi memang rata2 jawapan lebih kurang sama je..
sure la semua pompuan nak laki2 yang okay. giler aper nak laki2 yang buruk perangai.. :)

biby?
well. bb pun macam tak tau sgt nak laki2 yang mcmana. yang baik pun bb suka. yang tak baik pun bb still suka. 
kalau nak ikutkan list, bb suka laki2 yang matang, soft spoken, up to date, tau maen gitar, romantic, caring, tak suka marah2, tau handle myself, berkerjaya, responsible, faith, honest..
hah..tu antaranyer laaa..
tapi. even bb buat list mcm nie pun. bb slalu dpat laki2 yang berlawanan. dan bb still boley love them.
so. pendek cerita. apa yg bb cuba smpaikan. nak love someone. there's no reason. :)
kdg2 bb sndiri xtau napa boley tertarik dgan someone. unexperted feeling la kononnyer.

ada juga kwn2 pompuan yg said. diorang tak kesah dpt laki2 yg cmana. yg penting laki2 tue syg diorang.
omg.
memang la tak kesah. tapi kalau dpat laki2 yg setakat boley love gurl tapi tak mampu nak bg life kat pompuan. then cmana diorang nak idop.??
mana boley hidup setakat dpat kasih syg je. peribahasa tu xley pakai langsung skrg. zaman skrg kena ada duit utk idop. pastu kalau laki2 tue xde kerjaya. xley earn money. cmana dia nak propose pompuan yg dia suke tu? mean. relationship setakat situ2 je. xley berkembang...ada ke pompuan nak bercinta je xnak kawen??
ada ke pompuan sanggup kawen dgan laki2 yg xder duit.?cmana diorang nak makan minum.?and everything laa...nak beli itu ini..how..how..?
kalau2 plak ditakdirkan pompuan tu pregnant.??haih..
nmpak je satu2 relationship tuh senang. in fact kena prepare dari byk aspek. 

sure la nak laki2 yang dah get ready dari semua aspek. mean. laki2 tuh boley bagi love. boley bertanggungjawab for everything. laki2 tuh boley tanggung pompuan. laki2 tue tau cmana nak handle apa2 matter. and plg penting. dia dah ada semua ciri2 yg patut ada sbgai ketua family.. :)
kalau a man boley bg love je tpi bab laen2 tak dpat, still something wrong kat situ. sure relationship xkan bertahan lama kan.. hemmm..
bukan lah mean laki2 kena kaya giler2..kalau betul mmg kaya gile itu satu bonus..:)
tapi kalau kaya je xdpat bg love pon memang takley go on laa.
nak jd ketua keluarga tak smestinya kena kaya. yeah.. haih.. 
:)
susah jugak jd laki2 rupenyer. :)

kira fair laa. laki2 kena get ready semua2 tue before and after kahwen. dan pompuan plak kena get ready dari segi tanggungjawab jaga husband lpas akad nikah nanti. mean. after dah sah jd wife kpd husband msg2, diorang kena bgun awal, buat kerja umah. urus mkan minum suami..
hah. dan mcm2 lagi lah peranan sbgai wife org. 
mana boley jaga bf time bercinta je. 
after kawen, acuh tak acuh plak. kesian kat laki2 kan.. :)

bercinta dgn betul n serius. berkahwin dgan betul dan serius. pompuan dan laki2 together main peranan dan serius dalam relationship.insyaAllah. semua akan dpat restu dari semua pihak. :)
restu dari semua org sangat penting.

kebetulan daa tgah sentuh topik about lelaki. so. bb nak tulis about laki2. bukan selalu. err. selalu kowt. :))
laki2 yg ada rupa memang sedap mata memandang actually. lebih2 lagi kalau diorang reti dress up. lagi cair hati bb nak tgk byk kali. tapi. apa yg bb nampak. slalunya. laki2 yang dressup okay selalunya gay or..lembut..
gosh...
thats the problem!!!
memang tak sume.but 95% kowt.haih...
tapi tak kesahlah.mane2 pun tetap ok.bb layan je.fair.

selalunya. bb tertarik dgan laki2 yang reti maen gitar terutamanya..entah napa.dah mcm addicted la plak.
laki2 yang reti maen gitar sgt hot dan awesome. 

member2 bb pun tau yg bb suke laki2 yg boley maen gitar. pastu kdg2 diorang suka perli. bila nmpak peminta sedekah yg maen gitar di tepi jalan ke. diorang akan tnye bb. kat diorang bb taknak ke.haha.
damn member2. perli tahap aper xtau laa..

bukanlah maksud bb. kat semua laki2 yg reti maen gitar akan buat bb jatuh cinta. kdg2 bb akan tgk perangai laki2 tuh also. takde laa nilai dari rupa. memang bb tak reti nilai org melalui rupa.
laki2 yg bb nmpak sgt handsome, selalunya member2 bb akan ckp bb nih buta..
so taste pompuan mmg laen2. okay la tue. xnak laa semua pompuan minat kat laki2 yg bb minat. 
jealous laa nanti. :)

skrg nih. bb close with faisal. dan bg bb. faisal nie laki2 yang sgt handsome. tambah dgn kematangan dia. tambah lagi dia reti maen gitar. omg. 
celaru juga hati nie..^^
memang bb nilai.faisal lg handsome dari adam..
tapi pompuan laen ramai ckp. adam lagi handsome than faisal. 
yeah. mata pompuan napa laen2. :)
adam just sweet sbab muka dia nampak bdk2 and nmpk baek je. bkan la mean adam jahat. tapi. just nak mention. muka adam nampak baik and skema and jambu cket...
dia tak begitu matang tp sgt soft spoken ..
tetiber plak ckp psal adam.haih...

pasan juga. perangai laki2 kdg2 buat bb confuse juga. diorang ske ckp pompuan nih byk perangai. padahal in fact. laki2 pon sama. perangai mcm2. ego diorang pon boley tahan sbnarnya.
so. xda beza la pun between pompuan or laki2. 
in my life. bb rapat dgan some of boys. as my bf. as my bff.
perangai diorang memang buat bb pening juga.
slalu kritik perangai pompuan. padahal. diorang still nak pompuan dlam idop diorang.
tuh yg klakar tue..^^
comel je perangai kaum boys nih. 

in fact.even bb pena experienced broken heart. tapi bb still perlukan boy in my life. still nak trust laki2.
diorang penyeri kehidupan sbnarnya. :)
nak more than one boy as my friends. but bb just need only one man in my heart..
mcm tue laaaa....:)
tak layan la nak flirting. and i just dont.



PADA TANGAN ORANG LAIN BUKAN MAIN MENJADI

copy from Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj...



::HERE IS IT::

kenapa ya, pada tangan orang bukan main, pada tangan kita memang main-main. 
Ha, tulah tak percaya kata orang tua-tua. memang kadang-kadang kita ni memang ada kelebihan-kelebihan tertentu. bodoh kat ni pandai kat tu, bukan belajar pun, semula jadi begitu.

jangan asyik tengok kurangnya diri kita. paling tidak pun, kalau kita tak berapa pandai belajar, kita ada kelebihan lain yang mungkin tak ada pada orang lain yang pandai belajar tu.

percayalah, yakinlah begitu. setiap manusia dijadikan tak sia-sia, tentu ada kelebihan tanpa menafikan juga ada kekurangan.
ada dua perkara kita kena faham, renung dan tengok iaitu kelebihan dan keupayaan semula jadi, unexplained ability (kebolehan semula jadi yang tak dapat nak dihuraikan kenapa jadi macam tu) dan satu lagi kelebihan dan keupayaan yang kita sendiri nak cari, kita sendiri bikin sebab memang kita nak belajar benda tu. sebab memang kita nak jadi pakar dalam perkara tu.

jadi hidup ni perlu dilihat secara adil. kalau kita sangka kita tak ada kelebihan apa-apa, sebenarnya kita ada kelebihan itu dan bila kita sangka kita memang banyak kelebihan boleh jadi kita lebih mahir kalau kita sanggup untuk menyedarinya.



::THE END::




memang betul. :)
tak dinafikan laa. bb suka bandingkan diri ni dgan org yang lebih pandai, or yg lebih di atas. rasanya ramai jugak yg slalu mcm nie. bila nampak je org yg lagi bagus dari diri sndiri, mula lah rasa rendah diri..mule lah dlam kepala hotak nak banding2 diri dgan diorang yg bagus tue..
mesti terfikir. why kita xley jadi bagus mcm die.. haih..

tapi selalu jugak laa berlaku. kawan2 puji sebab bb sgt cemerlang dalam study architecture.:) 
semulajadi je pandai. so.bb agree dgan motivator tuah about kdg2 kita pandai bab ini tapi tak pandai dlam bab itu..
bb cepat catch up everything about architecture. kdg2 tak study pon tau about it. tapi ape2 pun, still perlu menimba ilmu. nak memantapkan lagi laaa kepandaian dalam bidang yang bb minat.

semua org sure ada sifat rendah diri bila berdepan dgn people yang bagus. kdg2 bb pon sama jugak. agak cuak gak kowt bile berjumpa dgn org2 atasan. tapi mau cover line laa. mana boley bagi kantoi. :))


APA CLASS CUMA PANDAI BERCAKAP

copy from Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj...


::HERE IS IT::

ada tiga tahap yang perlu kita lakukan dalam hidup untuk menempatkan diri kita dalam dunia keintelektualan. kalau salah satu daripadanya tak terbuat oleh kita, kita masih belum dianggap intelek, kiranya belum mencapai mutu yang dikehendaki untuk diberikan gelaran. iaitu kebolehan bercakap, keupayaan menulis, dan kemampuan merealitikan apa yang dicakapkan itu tadi dan apa yang dituliskan itu tadi.

kalau salah satu saja tak ada, itu belum boleh diberikan gelaran cendekiawan ulung, barangkali baru cendekiawan saja, belum unggul belum ulung. 
apa class cuma pandai bercakap, budak kecik pun pandai bercakap tau.
sekali lagi. bercakap, menulis dan berbuat. atau dalam istilah lain yang lebih mudah; cakap, tulis, buat.
kalau setakat cakap saja, tak tahu menulis belum sampai. kalau setakat tulis saja, tak tahu cakap, belum lagi.
kalau tahu cakap saja dan juga menuliskannya, tapi tak tahu buat pun jauh lagi, apatah lagi kalau hanya pandai cakap tak tahu tulis dan tak dapat buat, betapa lagi jauhnya.

berhentilah beri alasan, sebab kita sebenarnya bukan tak ada kelebihan tapi tak ada kekuatan. setiap orang ada kelebihan tapi kekuatan untuk berbuat itu yang barangkali kurang. jadi besarkan kekuatan.
tak apa gagal sikit-sikit sebab gagal sikit-sikit itu akan buatkan kita lebih cenderung untuk berusaha keras dan capai kejayaan yang lebih besar serta lebih baik, tak sombong serta merendah diri.


::THE END::




*hemm.betul ke kena reti berckp, menulis and buat. :)
bab bercakap bb rasa sume org memang hebat. termasuk bb sndiri. tapi lebih ke arah ckp merapu byk laaa.
kalau berckp ke arah kebaikan selalunya agak macam kemalasan melanda. haih..
ade lah kdg2 bila mood ader,bb akan berckp tentang sumting yang berfaedah. 
kalau time lepak dgan kawan lebih2 lagi la.manader kitorang sembang sentuh topik yg baik2. slalu sembang yg simple2..or sembang apa yg dah kitorang buat. or sembang yg nakal2.. melalut.. maki hamun ker...
dan about menulis.??hemm.bb tak dpat catch up kat cni. nak tulis about aper..
or yaa. kan motivator talk about kalau nak jadi cendekiawan ulung. okay. i got it. tapi nak tulis about what. tak pulak dia explain dgn detail. yelaa. nak suruh pembaca cari the meaning sndiri kowt. or kena cari idea sndiri nak tulis ape.. 

eh tapi yeke mcm tu.puas jugak otak berfikir. nak tulis ape.nak tulis aper..nak tulis aper...
gosh. takde idea..
otak motivator always amazing. haih. salute..