Subscribe:

Tuesday 29 May 2012

STRONGER THAN YESTERDAY

nasib baik sempat buka blog today. dan tengok macam agak lama tak update cerita. asyik update pasal gathering event tuh je. dah muak nak update pasal gath tu sebenarnya. tapi. still nak juga. :)

dua minggu kebelakangan ni. saya agak kusut, serabut, kurang bermaya, lemah. saya kurang pasti punca nyer. mungkin sebab saya dah ter over limit bekerja kot. hari-hari sibuk je. so badan pun jadi macam tuh. haha. malam semalam, saya punya baran naik pasal adam. saya ajak dia untuk bersemuka tapi dia diamkan diri. saya tahu dia tak suka menyelesaikan masalah. dia jenis yang suka larikan diri. saya pun cakap kat dia. dia lelaki celaka. lelaki sial. kasar dan kejam bunyinya kan. saya bila marah, apa-apa je saya lepas. adam pun senyap je. 

masalah yang bertimpa datang tuh macam menguji kesabaran saya. dah lah saya sekarang ni tengah pikul beberapa tanggungjawab. tapi, saya takkan mengalah atau putus asa. so far. saya pun tengah kuat sekarang. saja tabahkan hati sendiri. chewah. :)


Thursday 17 May 2012

KENAPA MASIH SINGLE?

amboi kan. tajuk entri bukan main. kenapa masih single nih ditujukan pada diri saya sendiri okey. saya tak berniat langsung nak kaitkan awak-awak yang masih single diluar sana. haha. kenapa awak masih single fikirkan sendiri je la. kenapa saya pula yang perlu jawab kan? 

so saya terpandang kan diri sendiri yang masih belum berpunya nih. tiada insan istimewa disisi. lonely kononnya. sebenarnya kalau ikutkan jiwa muda atau darah muda nie, saya boleh je ada boyfriend. cinta monyet bersepah sana-sini. cuma mungkin saya belum terbuka hati nak bercinta dan cari pasangan lelaki sebab...banyak sebab lah. saya takut orang mainkan perasaan saya ke. takut ditinggalkan ke. even semua tuh lumrah dalam percintaan,tapi kalau boleh saya taknak lah hal sebegitu berlaku kan. dah bosan lah nak sembuhkan diri dari patah hati ni. hehe. ingat senang ke nak stay single bila dah terbiasa in relationship? saya buat-buat okey tapi in fact saya desperate nak boyfriend. tapi mesti lah nak yang the real one punya. bukan cinta main-main. bukan just come and go. nak lelaki yang serious kat saya.

dan lagi satu sebab saya masih single sekarang. saya terlalu sibuk dengan rutin harian sebagai seorang pekerja, dan kakak yang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. bila macam penat sangat, takde masa nak jumpa orang sangat. lepak dengan kawan-kawan pun on weekend je. itupun tak selalu boleh jumpa. ada hal ini lah. hal itu lah. kalau dah sibuk yang macam ni, bila lah orang nak ngorat saya kan? haha. manader orang suka kat pompuan yang sibuk. 

mengeluh kenapa masih single bukan lah penting sangat pun. cuma saja kongsi luahan hati niih. :) Korang jangan sekali-kali fikir saya jual mahal ke, memilih ke. memang ada lah segelintir tuh kan yang selalu nak cuba masuk line. usha saya. layan saya sweet gitu. tapi. tuh la. saya tak nampak yang mana satu mr. right. so. saya tak boleh sesuka hati terima cinta orang. 

nevermind. mungkin tahun ini saya akan jumpa lelaki itu? haha. jeng jeng. wink wink ^.^. ingatan saya kat faisal masih ada. saya masih sayangkan dia juga. begitu juga dengan adam. jadi. doakan saya cepat-cepat dapat boyfriend, dapat pacar okey. :)






Wednesday 16 May 2012

DUNIA INI KECIL

06 may 2012 yang lalu, saya dan dyla lepak-lepak. memula kitorang lepak sunway pyramid. disebabkan bosan yang terlampau, kitorang pun pusing-pusing, masuk keluar kedai kat dalam mall tuh macam orang gila. haha. then. kat ground floor tuh ada puma event. ada game for fun untuk siapa-siapa yang berminat nak join. so saya dan dyla pun daftarkan diri dan main game tuh. saja je having fun pun. tak terfikir soal nak menang atau kalah. u

lepas tuh, kitorang lepak kerusi urut pula. saja nak lepaskan sengal-sengal badan. dyla pun sempat beli baju yang dia minat kat satu butik baru buka. saya tak ingat butik ape. sementara tunggu dia, saya lepak dekat luar. time tuh lah pula terserempak dengan sepupu adam. emy dan gang beliau. atuf dan pakwe erin pun ada sekali. actually diorang perasan saya dulu sebelum saya. kecil je dunia nih kan.. saya tak salam diorang semua. kat sepupu adam sorang je. sebab saya rapat dengan dia lebih daripada yang lain. 

lepas lepak sunway, saya dan dyla lepak mid valley pula. kitorang naik bas dari sunway je. tak terfikir nak naik teksi pula masa tuh. time kat mid valley tu, dyla masuk satu butik baju kat floor sebaris dengan cinema tu. so sementara tunggu dia, saya berdiri pandang ke arah luar kedai. perhatikan orang lalu-lalang. dan tiba-tiba. adam lalu. kami pun masing-masing pandang dengan seribu perasaan di dalam hati. saya terkejut. adam terkejut. haha. memang kecil nya dunia nih la. abang wan ada sekali. tapi saya tak perasan abang wan mula-mula tuh. perasan adam sorang je. saya tahu adam nak tegur saya tapi saya macam nak larikan diri so dia pun ajak abang wan blah. saya tahu adam kecil hati masa tuh. 

saya tak sangka dunia ini memang sekecil begini. dalam sehari je mampu terserempak dengan orang yang penting dalam hidup. takdir tuhan siapa mampu jangka kan...


CERITERA 13 MAY

sekarang dah pun 16 may 2012. so cerita yang saya nak kongsi nih berlaku pada 13 may 2012. sebab tuh la saya letak tajuk entri "ceritera 13 may". haha. dah taknak fikir panjang-panjang nak bubuh tajuk apa tadi. 

jadi takyah buang masa. saya teruskan pada cerita je okey. okey kan? :)

*
*
*
*

13 may 2012 tu. saya dijemput kawan gegurl yang bernama dyla untuk join event company dia kat tasik puchong prima. saya kurang ingat sangat tasik apa tah. kalau familiar area puchong, mesti tahu tempat nih. sebab saya pun first time je lepak situ. terpencil. so bila dah sampai kat situ, masing-masing pun tukar baju. so saya dan dyla pun naik banana ski bersama dengan empat orang yang lain tapi saya tak kenal diorang. sebenarnya, saya cuak nak naik sebab saya nih takut kalau terjatuh dalam air. tasik tuh dalam kot. saya trauma lah sebab pernah lemas sebelum ni time kecil-kecil dulu. tapi disebabkan nak juga rasa keseronokan main air, saya beranikan je diri. 

dah sampai kat tengah-tengah tasik, kitorang pun dijatuhkan. jantung saya memang dup dap masa tu. saya takut sangat-sangat. saya tak ingat apa selain takut. saya menggeletar dan saya tak dapat bernafas untuk seketika. pastu pandangan saya bertukar kelam. saya rasa gelap. lepas tu. saya dah tak mampu untuk bergerak. seolah-olah mati untuk beberapa saat masa tuh. sebenarnya, saya masih mampu mendengar suara mereka memanggil-manggil nama saya. dan saya ingat lagi. dyla menangis masa tuh. dengan suara dia cemas suruh saya bangun. tapi saya cuma mampu mendengar dan tidak mampu beri sebarang respons. sehinggalah akhirnya saya dapat buka mata dan terus menangis. lepas berehat kejap, then saya pun akhirnya okey. hehe.

lepas tu, saya minum air kejap dan terus main kayak pula dengan dyla. haha. after incident tuh, saya dapat rasakan trauma saya dekat lautan dalam macam dah beransur pulih. saya semakin berani nak main air. hah. apapun. syukur lah saya masih hidup nih. :)






Tuesday 15 May 2012

HAPPY TEACHER'S DAY

hari ini dah pun masuk 16 mei 2012. iaitu bersamaan tarikh hari guru. haha. saya dah lupa hampir keseluruhan nama-nama cikgu dan lecturer. im sorry for that. sebab tabiat saya memang susah nak ingat nama orang. :)

apepun. harap siapa saja yang pernah mengajar saya serta mendidik sehingga saya dapat ilmu mereka tuh, terima kasih sangat-sangat saya ucapkan. mungkin saya tidak perlu mention nama bukan? heheh. 

saya pun ada juga sebilangan kecil cikgu yang saya cukup tak suka dulu. cikgu yang suka cakap lepas. or suka meninggikan suara setiap masa. cikgu yang garang tak bertempat ke. haha. standart lah semua tuh kan. tak mungkin pelajar boleh sayang dekat semua cikgu. eeeuuuwww.

harap-harap semua guru bergembira di hari ini. :)



Saturday 5 May 2012

LUNCH TODAY

sekarang tengah lepak chill dalam bilk. pasang music kuat-kuat sambil online dan mungkin nak update blog hari ini. ini pun baru je balik dari plaza mont kiara. jalan dengan my mum dan adik. beliau malas masak jadi makan dekat luar today. bukan selalu lepak lunch luar nih. so kadang-kadang rasa best juga. lagi satu, tak perlu keluarkan duit. semestinya orang tua yang kena belanja. haha. thanks mum. :)

my mum teringin nak makan kat nando's restaurant. so that's it! my first time dengan nando. hehe. serius saya tak pernah luangkan masa nak cuba makan makanan nando sebelum-sebelum ni. hari ini yang pertama kali nya. komen saya dengan makanan nando.? kira okey-okey lah. sebab makanan utama nando adalah ayam. dan saya pula bukan peminat pada ayam. saya lebih kepada makanan laut. muak lah makan ayam. :)

tadi, saya serahkan pada my mum untuk order kan my food. lagipun saya tak familiar dengan menu nando kan. jadi lebih baik serahkan pada yang pakar je. lepas lunch, pusing-pusing dalam mall kejap lepas tu balik rumah. my mum dan adik-adik yang lain tengah rehat kat ruang tamu tingkat bawah. saya sorang je kat bilik tingkat atas. time weekend macam ni malas nak join diorang kat bawah. prefer duduk dalam bilik sendiri buat apa yang biasanya remaja buat lah. :)

dalam kepala hotak saya sekarang, ada idea mencurah-curah nak update blog tapi harap-harap ia tak hilang nanti. sekarang nak layan tweet jap dan check timeline. so thanks mum for treat lunch hari ini. :)



Tuesday 1 May 2012

WELCOME MAY

saya tak ada apa sangat nak kongsi dalam entri kali ini. cuma ingin mengucapkan selamat tinggal kepada bulan april. dan selamat datang pula kepada bulan may. bulan bersilih ganti. begitu juga dengan perangai diri. seiring dengan peredaran masa, segala-galanya juga turut berubah. 

sudah genap empat bulan kita melalui tahun 2012 ini. sudah tentu juga banyak cerita yang kita ada. saya? oh sama saja seperti awak semua. melalui kehidupan sebagai seorang anak, seorang kakak, sebagai seorang pekerja, sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang remaja perempuan yang degil. haha. 

lagi dua bulan, muncul lah pula bulan ramadhan. begitu cepat waktu berputar bukan? saya merancang untuk join qiamullail bersama beberapa orang kawan. antaranya dyla. samada akan terlaksana atau tidak, seperti biasa perlu tunggu dan lihat. niat ke arah kebaikan sudah pasti Tuhan akan beri jalan untuk kami melakukannya. fikirkan begitu. :)

semoga bulan may membawa banyak cerita yang gembira kepada saya. dan juga kepada awak semua...