Subscribe:

Saturday, 24 March 2012

DEACTIVE PHONE

sejak hari jumaat semalam sehingga hari ini saya deactive kan my phone. 
sebab apa?
entahlah. mungkin saja mensisihkan diri dari kawan-kawan dan keluarga buat sementara waktu. 
saya perlukan ruang untuk diri sendiri buat masa ini. 
terlalu banyak persoalan yang mereka soalkan kepada saya. saya berasa sedikit tertekan dengan situasi itu.
akal yang pendek mendorong saya untuk meng deactive kan handphone.
nanti bila saya sudah terbuka hati untuk active kan balik, saya akan contact mereka semula.

apa rasanya terputus hubungan buat seketika? pernah kah awak merasa pengalaman itu?
saya pernah rasa. ia seperti awak hidup keseorangan. buat awak rasa murung. tidak gembira. tiada tempat mengadu. ia seolah-olah awak tidak punya apa-apa. teruk rasanya.
"MY DREAM IS.I WANT EVERY DREAM I DREAM IN LIFE IS NOT JUST A DREAM.". :)
i want it that way.





MANDI SONGSANG

mungkin ramai yang tidak tahu apa itu mandi songsang bukan? :)
sekejap lagi saya jelaskan maksudnya secara ringkas okey. saya memang mengamalkan mandi songsang sejak azali lagi. err. (saya sebenarnya tidak begitu ingat sejak bila). hihi. 

saya suka mengamalkan sesuatu mengikut petua-petua yang diberikan oleh orang-orang lama. petua orang lama memang boleh dipercayai dan ada bernasnya. secara teori, saya sendiri tidak ada idea apa kebaikan mandi songsang ini. saya pernah membaca satu artikel mengenainya. salah satu kebaikan mandi songsang ialah awet muda dan kedua dijauhi segala macam penyakit. hah. lebih kurang begitu lah.

okey. mari saya explain sikit apa itu mandi songsang.
mandi songsang adalah mandi dari bawah ke atas badan. kebiasaan kebanyakan orang kalau mandi suka jirus air dari paras atas badan ke bawah bukan? kan? kan?
jangan-jangan awak pun memang mandi macam begitu ya tak. :)

tubuh badan akan mengalami kejutan bila jirus air dari paras atas badan dahulu..
lebih-lebih lagi jika mandi air sejuk. wah. tubuh badan kita ini bukan robot. apa-apa pun. untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai mandi songsang ini, better rujuk dari mereka yang lebih pakar okey.
sebab saya cuma boleh bagi maklumat sikit-sikit saja.
mesti awak rasa tidak puas hati dengan penjelasan yang saya bagi. mesti lagi banyak persoalan yang timbul dalam kepala hotak tuh kan. hah. rajin-rajin lah explore okey. :)
nanti bila sudah ketemu dengan maklumat yang lebih tepat dan lengkap, tolong share kan kepada saya sekali. sebab saya sendiri masih cuba mencari maklumat mengenai mandi songsang ini.

awak percaya pada makhluk halus tidak? okey lah. mungkin ada yang jawab ya, ada yang jawab tidak.
bagi orang yang beragama islam, digalakkan sangat jangan mandi dalam keadaan berbogel.
sebab. mereka-mereka yang ghaib itu sentiasa ada memerhatikan awak mandi dalam keadaan tidak berpakaian apa-apa. hah.
mula-mula nya.. emm. sebelum saya teruskan. saya harap kita sama-sama berfikiran terbuka okey. sebab apa yang saya ingin ceritakan ini seperti sensitif sikit... :)
mula-mula di awal kehidupan saya dahulukala. saya memang suka mandi dalam keadaan tidak berpakaian apa-apa atau berbogel. ish lah. taip "bogel" macam lucah pulak kan. hihi.
tapi. sejak kebelakangan ini. saya mula mengamalkan mandi tidak berbogel. sekurangnya ada pakaian dalam.
sebab apa?
saya mahu kan yang terbaik untuk diri saya dan cuba buat apa yang mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri. lagi satu. ada alkisah mengatakan. jika kita mandi bogel, mungkin akan membuatkan mereka-mereka yang ghaib itu jatuh hati pada kita dan akan halang siapa-siapa pun mendekati diri kita selain mereka. hah. agak menakutkan bukan?

semua ini pun terpulang pada diri sendiri. sebab masing-masing ada kepercayaan lain-lain.
mungkin saya percaya tidak boleh mandi bodel kerana takut makhluk ghaib akan melekat dengan kita. tetapi mungkin pada orang lain. mereka tidak mandi bogel kerana...kerana...kerana...kerana..????kerana apa..???
jawapan ada pada mereka lah. tanya lah mereka okey. ^.^
itu pun kalau masing-masing boleh berfikiran terbuka. dan berani bersembang mengenainya..
awak berani tidak? :p
takut nanti bila awak mula saja tanyakan soalan begitu dekat kawan-kawan atau ahli keluarga ke.
belum sempat dapat jawapan, dah dapat pelempang. haha. mana lah tau mereka fikir lucah ke apa kan. :)

tiba-tiba lah pulak hari ini taip cerita pasal mandi. ish ish. :)
jam sekarang sudah pun menunjukkan pukul 8.23 malam. dan. dan. dan. dan...
DAN...

*
*
*
*
*
*
DAN...
*
*
SAYA MASIH BELUM MANDI LAGI!


haha. badan melekit semacam. biasalah bila hujung minggu. kemalasan memang semacam rapat dengan diri. ish ish lah. bermalas-malasan di hujung minggu. hehehehewwww. :)
so ingat okey.
TOLONG MANDI SONGSANG!TOLONG JANGAN MANDI BOGGGGGGGEEEL!







MENGIMBAU MEMORI SILAM

yeah. how it feels bila kepala hotak tiba-tiba dipenuhi segala memori? ia sesuatu hal yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata bukan. setiap malam apabila saya keseorangan didalam bilik, saya akan mula mengingati memori-memori lama. sesungguhnya ia sangat mengusik perasaan. saya akan terduduk diam tanpa bersuara. dan  kadang-kala saya akan mengeluarkan airmata. 

saya bukan menyesali setiap kejadian yang telah berlaku. cuma. saya seperti tidak percaya yang saya telah melaluinya dengan begitu tabah sekali. hey. im proud of myself. :)
imbas lah semula semua hal yang telah awak lalui. terlalu banyak kesakitan dan kesengsaraan yang awak terpaksa harungi bukan? :)
tetapi cuba lihat diri kita pada masa ini. sekarang ini. Alhamdullilah. kita telah berjaya melepasinya tanpa kita sedari sebenarnya. semua itu kini hanya tinggal sejarah silam yang perlu disimpan. 

saya mengaku. sudah begitu banyak airmata ini yang telah terbazir. menangisi sesuatu kejadian yang saya tidak suka. bila fikirkan secara rasional kembali, saya rasa sia-sia menangisi nya. 
airmata perlu disimpan untuk sesuatu yang lebih penting. bukankah begitu? ah. senangnya berkata-kata. hihi.

saya begitu bahagia dengan kehidupan yang saya ada sekarang ini. semua ini mungkin balasan setelah saya berhempas-pulas melakukan berbagai pengorbanan.
bila bahagia sebegini. saya seperti tiada apa lagi yang diingini dalam hidup. :)

HUJUNG MINGGU

wah. pejam celik sudah pun berada di minggu terakhir bulan mac. begitu cepat?!!
saya tidak ingat bila kali terakhir saya meng update kan blog saya ini..
bukan lah saya begitu sibuk tetapi mood untuk mengarang cerita tiada. :)
sebenarnya banyak lah cerita-cerita yang saya ingin kongsikan. tapi nanti okey. ^.^

ini pun baru saja sampai rumah. aktiviti di hari sabtu dihabiskan bersama keluarga. my mummy bawa kami anak-beranak pergi lunch dekat tropicana city mall. hari ini lunch dengan sushi. wee. suka! :)
saya memang menggemari sushi. jadi.. makan dengan penuh berselera lah kan. sambil suap kan adik lelaki yang berumur 5 tahun. dia memang manja sangat dengan saya. so. dia suka duduk makan di sebelah saya je lah.

then. lepas lunch. kitorang pun pusing-pusing sekejap. lepas itu. singgah makan pencuci mulut. tutti fruity.
kalau awak semua nak tau. itu lah pengalaman pertama kali saya dengan tutti fruity ini. hehe. macam noob bunyi nya bukan?
saya cuma take vanila ice-cream dan choki2. mine punya price lepas timbang RM15.40. bhahahaha. mentang-mentang lah first time makan tutti fruity. bukan main lagi lepas geram ambil banyak-banyak.. haha.
tapi. saya habiskan juga. sebenarnya bukan saya seorang saja yang makan. sharing dengan adik lelaki juga. suap kan dia sikit demi sedikit. tapi dia makan sikit sangat. mungkin dia tidak begitu minat dengan aiskrim kot.
so. saya habiskan sampai licin selebihnya. kenyang. :)
ah sebelum terlupa. terima kasih banyak-banyak kepada our mummy. sebab beliau selaku big boss yang membayar segala makan minum kami hari ini. :)
daddy tidak dapat join sebab. busy dengan kerja beliau. mungkin next weekend boleh spent time sama-sama whole family lagi.

semalam. saya sempat online facebook. lepas itu. tiba-tiba saya didorong oleh satu perasaan. satu bisikan. dan saya akhirnya mengambil keputusan untuk deactivekan akaun facebook untuk sementara waktu. haha. ini entah untuk kali keberapa saya meng deactive kan akaun facebook.

minggu lalu. saya pergi ke macd mont kiara. dengan memakai baju kurung. hihi. nampak begitu kemelayuan. :)
tapi bukan nak highlight kan pasal baju kurung. saya cuma hendak lepak macd sekadar ingin melihat kelibat asnan.walaubagaimana saya bersungguh-sungguh hendak jumpa dia, tapi awak percaya tak..jika Tuhan tidak mengizinkan ia berlaku, saya tidak juga dapat melihat asnan :(
kecewa dan sedih sikit juga tapi.saya percaya. setiap yang berlaku ada sebab nya.
(sebenarnya cuma pujuk diri sendiri saja.) hehe.

11 mac 2012. saya dating dengan dyla, dia itu awek kepada bestfriend saya hafies. kami lepak sunway pyramid layan movie 'john carter' dan dinner sama.
dinner dekat pizzahut.. saya order kek aiskrim nyam nyam. so delicious! saya memang suka sangat makan kek aiskrim pizza. sedap. ^.^
kami berdua sempat juga tangkap gambar banyak-banyak sebagai kenangan. alah. macam kebiasaan bila lepak dengan kawan-kawan. nak saja tangkap gambar banyak-banyak bukan. :)

cerita apa lagi yang saya tertinggal agaknya.? =.=
ah. minggu lalu. 17 mac 2012. saya pergi ke JPN shah alam. selesaikan urusan mengenai I.D. saya seorang diri saja menyelesaikan urusan yang kompleks itu. sekurangnya ia mengajar saya untuk berdikari bukan. :)
ingat tak tadi saya kata lepak macd pakai baju kurung tuh? hah. masa itu lah. lepak macd subuh-subuh sampai pukul 3.30 pagi. lepas itu lepak dengan kawan-kawan dekat damansara perdana karaoke sampai pukul 6 pagi.. member drop kan saya kat flora damansara pagi itu. so saya lepak dekat flora kejap before tumpang lagi seorang member lain pergi stesen lrt. pukul 7 pagi itu saya dah pun naik lrt dari kelana jaya. dan patutnya turun dekat kl central. untuk tukar stesen pergi shah alam. tapi. disebabkan saya terlajak tidur. sedar-sedar dan buka mata, saya dah terlajak ke gombak! haha. jauh nya lah perjalanan. lagi kan. satu insiden yang memalukan saya masa itu. boleh pula airliur saya meleleh keluar masa terlelap. bhahahaha. nasib baik saya sedar cepat dan lap lepass tu sambung tidur balik. penat sangat kot masa itu. yelah berjaga tidak tidur. haha. malu nya. =.=
naya lah kalau ada orang tangkap gambar. eeeeuuuuwwww. bhahahahahahahaha. pertama kali saya tidak senonoh seperti itu. yakkk! :))
lepas saja seetle urusan dekat shah alam. saya pun lepak sunway pyramid. tengok movie 'john carter' untuk kali kedua sebelum balik rumah. :)