Subscribe:

Monday 26 September 2011

ANJING

malas nak fikir nak letak title aper. kebetulan teringat moment mlm td. time on the way jalan kaki blik umah, bb dikejar anjing. memang bangang gile laa. 
oi. malu gile. naseb baik anjing tuh tak gigit. kalau tak, trauma gile kowt.
tapi mmg jantung nih td mcm nak jatuh. pergghhh. cuak giler. damn pnye anjing. 
pastu bb lari smpai tgah jalan. hampir2 kena langgar. sbab jalanraya dah la licin. hujan.. keta susah nak brek mengejut kowt. tp lucky la. keta tuh tak pon langgar bb. maybe diorang yg ada dlam kereta tuh sure gelak2 tgk bb lintang-pukang lari takut anjing. shit betol.. malu. 
menggeletar satu badan nih td. haih. ape pnya anjing laa. agak2 laa pun nak takutkan org. bb x buat ape kowt. just lalu dpan umah tuan die je. itu pon nak kecoh. shit.

today. bb mkan byk giler. kejap2 makan. maybe sbab still ader mood sedih dlam hati so the only cure is makan.. haha. agak la mcm tuh kowt.
well. 
nak rest dah. letih menghadap pc buat note sejarah dari td.. entah why. mood sejarah plak dtg. 
sejarah nih best sbnarnyer. just disebabkan note die panjang berjela..and byk tarikh2 penting yg perlu diingat..
so bb jadi ngantuk dgn cpat. xske baca nota lama sgt. 
jadi blur otak nih..
dah la nota sejarah skema giler2. lagi sakit otak nak baca.. kalau ubah gaya bahasa kan best. semangat cket nak stay lama dgan sejarah...
student life. ramai giler benci subjek sejarah kat skolah. and bb one of them. tension gile dgan subjek nih. 
apsal laa mcm tuh. haih...


everyday bb stalk fb faisal. nak tau dia happy or tak. dia dah la jnis yg perangai byk. kejap2 mcm tu. kejap2 mcm ni. ske celaru2. 
even nmpak dia on9 pun, bb pandang je chat box tu. tak bergerak tgan ni nak taip n tegur.. 

rindu kat perlis. hrap2 dpat blik 10.10.2011 nie. tiket pon dah beli. 
nak rest kan otak. nak mkan puas2 masakan mama, ibu, dan mak kat umah..
kena makan sampai gemok. =.=
nanti balik subang,dah tak boley makan masakan diorang. everyday mkan luar je. 

stay umah boley maen gitar. lepak dlam bilik and freedom with siblings yg laen. nyanyi sama2. smpai ke pagi biasanya. pastu. bila dah pagi. mama pegi keja, and before sempat masak n tinggalkan makanan  tuk kitorang kat dapur. mean. kami have to layan diri sndiri kalau nak mkan. makanan dah ready. :)
 mcm tuh je la everyday kat umah. mama balik keje, trus tdo. so kitorang xda masa nak bersembang sama. mama bgun tdo, kitorang plak still tdo..
around 7am tuh parents dah xda kat umah.. kitorang standart bangun kul 7 pagi lbih2.. 
bb kalau pagi2 smpai ke ptg kena jaga baby kecik. jadi babysitter time cuti2. xdernyer nak rest kat umah sgt.
sbab tu time malam barulah kitorng jadi giler. 

tadi sempat copy pic EMO BROKEN HEART.
takyah nak tulis ayat2 putus cinta sume2 tu. skrg nak smpaikan sesuatu. just post gambar sudah. haha..




































SUMBER EKONOMI (PERTANIAN) DALAM TAMADUN MESOPOTAMIA, MESIR, CHINA


Ekonomi merujuk kepada semua aktiviti atau kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh tamadun-tamadun awal. Aktiviti-aktiviti ini meliputi kegiatan pertanian, penternakan, perdagangan, pertukangan dan semua pekerjaan-pekerjaan lain yang dilakukan oleh masyarakat tertentu untuk mendapatkan pendapatan bagi dirinya serta negaranya. Biasanya, kegiatan-kegiatan ekonomi yang diceburi oleh sesebuah masyarakat berkait rapat dengan alam sekitar, iklim, kedudukan serta kehendak dan hasrat kerajaan.Terdapat perbezaan pertanian yangdijalankan dalam tamadun Mesopotamia, Mesir dan China.
Dalam Tamadun Mesopotamia, orang Sumeria menjalankan pertanian di sekitar Sungai Tigris dan Sungai Eupharates. Masyarakat Sumeria telah menanam pelbagai jenis tanaman iaitu bijirin dan sayuran. Antara tanaman bijirin utama ialahgandum, jagung, barli, sekoi, dan kurma manakala jenis sayuran pula seperti daun salad, bunga bawang, bawang putih, kunyit, ubi, sengkuang, lobak, dan lobak putih. Tamadun Mesopotamia ini diperintah oleh golongan raja. Oleh itu, secara tidak langsung sistem ekonominya bercirikan ekonomi berbentuk feudal. Tanah-tanah pertanian yang diusahakan oleh masyarakatnya telah diagih-agihkan mengikut struktur organisasi ekonomi yang berbentuk piramid.
Binatang ternakan yang diternak ialah seperti kambing biri-biri, kerbau, lembu dan keldai. Aktiviti penangkapan ikan juga dijalankan dengan menggunakan kail dan jala
Sistem ekonomi Mesir turut bergantung kepada kegiatan pertanian. Pertanian Mesir berkembang dengan pesatnya disebabkan Lembah Sungai Nil merupakan sebuah kawasan tanah delta yang begitu subur, luas ,dan rata. Bahan-bahan lanar sungai yang bewarna hijau yang sangat subur di Sungai Nil berpunca dari kawasan pergunungan ditengah Benua Afrika. Mengikut kajian penduduk Mesir telah menjalankan pelbagai jenis tanaman. Pada mulanya mereka mengusahakan tanaman seperti gandum, barli, millet, sayur-sayuran seperti lobak dan kacang, buah-buahan, kurma, menanam pokok papirus (untuk membuat bot,tali dan kertas) , kapas, menternak kambing, biri-biri dan lembu. Petani-petani Meir bijak menggunakan musim banjir di sungai Nil untuk keperluan pertanian. Mereka telah mencipta “Shadut” untuk mendapatkan air yang kemudiannya disalurkan ke terusan untuk tujuan pertanian . Mesir ketika itu diperintah oleh Firaun. Oleh yang demikian dipercayai seluruh tanah hasil pertanian dan barangan menjadi milik firaun kerana keseluruhan hasil-hasil bumi mesir telah diedarkan oleh ejen-ejennya.
Di China, sejak zaman berzaman lagi pertanian merupakan aktiviti utama ekonomi masyarakatnya. Ciri-ciri fizikal di negara China ini amat subur dengan lembangan sungainya yang rata dan amat luas seperti Sungai Hwang Ho. Aktiviti ekonomi bermula di zaman Dinasti Shang iaitu kira-kira pada 1600 S.M – 1046 S.M. Aktiviti ini bermula dengan tanaman gandum dan sekoi yang merupakan bijirin utama ditanam negara ini. Oleh itu, Dinasti ini bergantung penuh kepada pertanian dan petani merupakan sumber tenaga buruh yang penting.
Selain daripada pertanian, ketiga-tiga buah tamadun ini juga menjalankan kegiatan ekonomi yang lain seperti perdagangan dan juga perkilangan yang juga merupakan aktiviti ekonomi yang penting.
Tamadun Mesopotamia misalnya telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara di sekitarnya seperti India, Mesir, dan negeri-negeri Mediterranean terutamanya yang berkaitan dengan logam, batu, bedak wangi, dan balak dari utara dan barat. Begitu juga dengan industri pengeluaran tekstil telah menjadi sangat penting terutamanya apabila kegiatan penenunan secara besar-besaran telah diusahakan oleh bengkel-bengkel yang menjadi milik organisasi besar seperti rumah berhala dan istana. Barangan eksport Mesopotamia terdiri daripada kain, barang kemas, dan senjata manakala perdagangan bulu dan kulit binatang pula menjadi pendapatan sampingan kepada masyarakat tamadun ini. Kepentingan dan keperluan perdagangan dibuktikan dengan adanya undang-undang tentang pertanian dalam Kod Undang-Undang Hamurabbi. Oleh itu,Raja berperanan penting menjaga pertanian supaya menghasilkan hasil pertanian yang banyak dan berkualiti.
Tamadun Mesir mempunyai hubungan perdagangan dengan yang baik dan penting dengan Babylos. Babylos membekalkan kayu kepada Mesir dan menjadi perantaraan dalam perdagangan dengan dunia luar. Babylos juga ialah pelabuhan entreport Mesir yang utama. Kepesatan perdagangan Mesir dengan dunia luar mulai bertambah menjelang tahun 2000 S.M. Mesir mempunyai hubungan dagangan dengan Palestine, Syria, Crete, dan Phonecia. Barangan eksport utama mesir ialah barli, gandum, kertas, tembikar dan tekstil. Barangan import Mesir ialah minyak zaitun, wain, jagung, gading gajah, emas, perak, dan balak. Raja memonopoli perdagangan dan menghantar wakil mereka yang dikenali sebagai pesuruhjaya diraja untuk menjalankan ekspedisi perdagangan. Oleh itu, perdagangan Mesir dapat dikembangkan dengan pesat.
Dalam Tamadun China pula, kegiatan perdagangan muncul dengan pesat terutamanya dengan adanya penggunaan sistem timbang dan sukat. Selain itu, kemajuan dalam sistem pengairan dan penggunaan baja telah menambahkan lagi pengeluaran pertanian mereka. Paling nyata adalah kelas pedagang dan kota-kota. Perusahaan yang dijalankan ialah membuat tembikar, barangan ukiran daripada kayu, gangsa dan jed serta menenun. Bidang tekstil pula merupakan industri domestik golongan petani dan menjadi hasil pengeluaran yang utama. Malah, berlaku peningkatan dalam pengeluaran dalam perlombongan dan garam. China, telah menjalinkan hubungan dengan perdagangan dengan India, Mesir, Mesopotamia, dan Rom. China telah mengesport sutera,tembikar, barang-barang ukiran kayu,gangsa, kulit binatang, kertas dan jed. Barangan import pula terdiri daripada gading dan kuda dari baka yang baik terutama dari negara-negara tropika, kaca, bulu dan linen.Sebenarnya, China lebih banyak mengeksport daripada mengimport dan ini menyebabkan negara China menjadi bertambah kaya dan makmur.
Kesimpulannya, ketiga-tiga buah tamadun maju berasaskan aktiviti pertanian. Namun demikian perkembangan aktiviti pertanian ini mula mewujudkan aktiviti perdagangan tempatan dan antarabangsa. Perkembangan perdangangan ini telah menjadi asas kepada pertumbuhan industri-industri penting seperti pembuatan tembikar, tekstil dan sebagainya. Jadi disini jelaslah bahawa kegiatan pertanian bukannya satu-satunya sumber ekonomi ketiga-tiga buah tamadun ini malah terdapat sektor ekonomi lain yang turut membantu dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DI NEGARA2 EROPAH. (ENGLAND,PERANCIS,SEPANYOL)


Negara bangsa merupakan satu Negara yang mempunyai rakyat yang berciri sama iaitu dalam agama, bahasa dan budaya. Negara bangsa terbentuk apabila rakyatnya berjaya disatukan di bawah satu pemerintahan yang berdaulat. Dalam Negara bangsa, rakyatnya terutamanya golongan majoriti terikat oleh semangat nasionalisme yang lahir daripada persamaan ciri-ciri antara mereka. Semangat nasionalisme ini menyebabkan mereka sanggup berjuang demi Negara dan bangsa. Setelah kemunculan Negara bangsa di Eropah, empayar, Negara kota dan Negara feudal telah digantikan sebagai corak Negara eropah.
Kemunculan Negara bangsa berasaskan beberapa faktor. Antaranya ialah kegagalan sistem feudal. Masyarakat Eropah sebelum kemunculan konsep negara bangsa terikat kepada sistem feudal yang menyusun masyarakatnya secara berperingkat. Dalam sistem ini, raja terdapat di atas sekali dan di bawahnya ialah golongan baron atau tuan tanah yang memiliki kuasa sebenar. Golongan baron ini diberi tanah untuk diusahakan. Mereka terpaksa menghantar sebahagian daripada hasil mereka kepada raja. Sistem ini amat menyeksa golongan bawahan kerana tuan tanah akan memungut hasil yang tinggi serta memaksa mereka yang gagal membayar untuk menjadi hamba. Dalam keadaan ini, kuasa golongan tuan tanah telah mula mengancam kedudukan raja. Akibat ini, raja terpaksa bertindak menentang golongan baron ini untuk mengukuhkan institusi beraja. Kegagalan sistem feudal ini menyebabkan masyarakat Eropah berusaha untuk membina negara yang bercorak baru iaitu dalam bentuk negara bangsa.
Selain daripada itu, perang salib yang berlaku antara dunia Eropah dengan dunia Islam juga menyumbang kepada pertumbuhan negara bangsa. Ketika peperangan tersebut berlaku apabila pihak vatican menyuruh kerajaan-kerajaan Kristian melaksanakan perang suci 'holy war' demi menyelamatkan kota Jerusalem yang merupakan kota Jesus daripada jajahan empayar Islam. Peperangan tersebut menyebabkan golongan bangsawan kehilangan kuasa apabila tenaga serf yang mereka menyumbang kepada peperangan tersebut telah terkorban atau tidak kembali. Dalam keadaan ini, institusi raja telah mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kuasa mereka dengan menyatukan wilayah-wilayah bangsawan tersebut di bawah pemerintahan sendiri. Perang salib juga menyedari masyarakat Eropah tentang jurang perkembangan yang telah wujud antara mereka dengan tamadun Islam. Tamadun Islam ketika itu telah mencapai puncak kegeminlangan tetapi masyarakat Eropah masih dilanda Zaman Gelap. Kesedaran ini telah medesak orang Eropah untuk mengembangkan negara mereka untuk membina identiti dan mencapai kegemilangan diri. Hasil daripada semangat ini ialah pembinaan negara bangsa. Perang Salib merupakan satu peristiwa yang mempercepatkan keinginan serta kesangupan masyarakat Eropah untuk membina negara bangsa mereka.
Perkembangan ekonomi yang berlaku di Eropah ketika itu juga memudahkan transisi daripada negara feudal kepada negara bangsa. Pada ketika itu, revolusi pertanian dan seterusnya revolusi perindustrian sedang berlaku. Perkembangan ekonomi ini menghasilkan satu sumber kewangan yang banyak dan stabil. Dengan sumber kewangan ini, kerajaan pusat dapat memggaji tentera dan perkhidmatan awam demi rakyatnya. Para pengusaha dan pedagang juga menyokong tindakan kerajaan pusat mengukuhkan kuasanya kerana mereka memerlukan perlindungan demi menjamin harta dan nyawa mereka. Perkembangan ekonomi Eropah telah menyediakan sumber kewangan demi pembinaan negara bangsa.
Seterusnya, perkembangan bahasa kebangsaan juga menyumbang kepada proses pembinaan negara bangsa. Walaupun setiap wilayah Eropah mempunyai dialek sendiri, satu bahasa kebangsaan telah ditetapkan oleh raja demi menyatukan rakyatnya. Pembinaan bahasa kebangsaan telah mencipta satu identiti bangsa yang melahirkan semangat kebangsaan yang kuat. Sebelum penetapan bahasa kebangsaan, kebanyakkan Eropah mengguna bahasa Latin dan dialek-dialek sendiri. Di Perancis, tedapat lebih daripada 400 bahasa dan dialek yang berbeza. Ketidaksamaan bahasa menyusahkan proses menyatukan rakyat. Dengan menetapkan bahasa Perancis sebagai bahasa kebangsaan yang difahami semua, pengaruh bangsawan dalam daerah sendiri telah dikurangkan. Di samping itu, satu negara Perancis yang merangkumi semua suku Frank dapat dibina dan dikekalkan kerana rakyatnya dapat bergerak di seluruh negara tanpa halangan bahasa.
Gelaran dan anugerah juga diberi oleh raja demi memupuk kesetiaan daripada golongan bangsawan. Di England, gelaran-gelaran seperti duke, earl, baron dan count diberi kepada golongan bangsawan daripada raja sebagai anugerah demi perkhidmatan, sumbangan atau pengorbanan mereka demi raja. Selain daripada itu, gelaran Sir juga diberi kepada golongan askar yang telah menonjolkan diri dalam medan peperangan atau rakyat biasa yang telah memberi sumbangan yang besar kepada negara dan raja. Gelaran ini biasa diberi dengan tanah demi didiami dan diusahakan. Ini memudahkan raja mengawal tindakan-tindakan golongan bangsawan ini.
Satu lagi faktor yang mendorong golongan raja untuk membina negara bangsa ialah untuk mengawal kuasa gereja. Kuasa gereja yang mengancam kedudukan raja telah membimbangkan golongan pemerintah. Ketika itu, gereja mempunyai pengaruh dan kekayaan yang melebihi kerajaan pusat dan pentadbirannya bebas daripada campur tangan kerajaan. Demi menjamin kedudukan sendiri, raja telah bertindak untuk melemahkan pengaruh gereja. Antara usaha-usaha mereka ialah penubuhan gereja-gereja Kristian yang bebas pengaruh gereja Katolik di Rom seperti gereja Anglican dan Protestant. Kuasa gereja dilemahkan lagi apabila kuasa diberi kepada rakyat untuk melantik pemimpinnya. Setelah kerajaan pusat di negara-negara eropah telah membebaskan diri daripada kuasa gereja vatican, mereka telah mampu membina negara sendiri tanpa sekatan atau campur tangan luar.
Di Negara England tanda-tanda pembinaan Negara bangsa bermula apabila Duke William dari suku Norman di Utara Perancis telah menyerang dan menakluk seluruh England. Beliau telah melaksanakan beberapa usaha untuk mengukuhkan kuasa kerajaan pusat untuk mengelakkan pemberontakan. Antaranya ialah pembaharuan dalam perundangan dengan pembahagian system mahkamah kepada tiga bahagian. Usaha-usaha baginda telah diteruskan lagi oleh Henry II yang mengukuhkan kuasa mahkamah diraja danmengenalkan ‘Rule of Law’ yang menghapuskan undang-undang feudal. Piagam Agung yang disediakan oleh raja John telah menyebabkan kuasa mahkamah dikukuhkan oleh para pembesar. Apabila pengaruh pembesar telah dapat diakawal oleh institusi diraja di England, maka perhatian telah menumpulkan perhatian terhadap mengurangkan kuasa gereja. Pengaruh Paus di Vatican ketika itu sangat kuat. Demi mengatasi masalah ini, raja Edward I telah mengistiharkan England sebagai Dunia Kristian. Usaha melemahkan pengaruh gereja Vatican telah berjaya apabila raja Edward VIII telah berjaya mendirikan gereja protestant yang tidak berkaitan dengan gereja katolik. Usaha-usaha raja-raja England untuk melemahkan kuasa gereja dan para pembesar seolah-olah telah mengukuhkan kedudukan institusi beraja England serta membina sebuah Negara bangsa yang akan menjadi empire terulung pada suatu ketika nanti.
Negara bangsa Perancis dibina dengan pengabungan seluruh wilayah-wilayah Frankish. Pada peringkat awalnya, wilayah-wilayah Perancis didiami oleh suku Celts dan digelah sebagai Gaul oleh Rom. Apabila empayar Rom runtuh, orang gasar dari German telah memasuki tanah Perancis iaitu orang visigoths, burgundians dan Franks. Namun, suku Franks yang telah berjaya menyebarkan budayanya kepada seluruh penduduk Perancis. Dengan ini, suku Franks menjadi kaum yang dominan. Raja Louis telah menjadi Paris sebagai pusat pentadbirannya dan disinilah beliau memulakan usaha-usaha menyatukan semua wilayah Frank dibawah kuasanya. Setelah kematian Raja Louis, empayarnya telah dipecahkan kepada beberapa wilayah yang diketuai oleh Count. Apabila Perancis diserang oleh orang Norman, Rollo iaitu seorang bangsawan Norman yang berpengaruh telah dilantik sebagai vassal raja Perancis dan diberi tanah subur di utara negaranya di samping dikawin dengan puteri Perancis. Tindakan ini adalah untuk menyatukan negara Perancis dengan orang Norman dan berjaya membawa zaman kegemilangan Perancis.
Di Sepanyol pula, perkahwinan antara Kerajaan Aragon dan Castile iaitu antara Ferdinand dan Isabella telah memulakan pergerakan ke arah pembentukan Negara bangsa. Kedua-dua pemerintah ini telah terus bertindak untuk mengukuhkan institusi beraja dan mengurangkan pengaruh golongan pembesar. Dewan parlimen Sepanyol dibawah mereka telah mengembalikan tanah daripada golongan feudal kepada golongan raja. Golongan bangsawan telah dilarang membina istana dan perlantikan anggota gereja diletak di bawah kuasa mereka. Tindakan-tindakan ini semata-matanya telah melemahkan kuasa pembesar di samping mengukuhkan kuasa institusi beraja. Selain daripada itu, Institusi kristian Katolik juga diperalatkan untuk menamatkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Sepanyol dengan menyatukan mereka terhadap ancaman dunia Islam. Usaha-usaha Ferdinand dan Isabella telah memulakan proses pembentukan Negara bangsa di Sepanyol.
Pembentukan negara bangsa di Eropah merupakan satu proses yang mempunyai beberapa sebab dan punca. Walaupun setiap negara eropah menghadapi keadaan yang berbeza, mereka telah mencapai hasil yang lebih kurang sama iaitu pembinaan negara bangsa yang mempunyai identiti serta keistimewaan sendiri. Kemunculan negara bangsa di Eropah melambangkan titik permulaan zaman kegemilangan Eropah yang membolehkan masyarakat ini menguasai hampir seluruh dunia.

PERKEMBANGAN PERUSAHAAN BIJIH TIMAH DI TANAH MELAYU


Faktor-faktor yang mendorong kepada perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu dan kesannya ketika berlaku kemelesetan Dunia.



Perusahaan bijih timah merupakan perusahaan yang tertua dan bahan eksport utama di Tanah Melayu. Sebelum tahun 1820, perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional dengan menggunakan kaedah mendulang dan melampan. Seiring dengan peredaran zaman dan perubahan teknologi, aktiviti perlombongan bijih timah telah berkembang dengan pesat dan ini didorong pelbagai faktor dalaman dan luaran. Hasilnya, pengeluaran bahan galian ini terus meningkat dari tahun ke tahun.
Kemasukan orang Cina merupakan antara faktor yang mendorong perkembangan perusahaan bijih timah. Lombong-lombong bijih timah telah dibuka dengan banyaknya di daerah Larut, Perak di bawah pembesar Long Jaafar sejak tahun 1848. Akibatnya, berlaku kedatangan orang Cina secara beramai-ramai ke Tanah Melayu atas jemputan para pembesar Melayu. Pada peringkat awal, kemasukan orang Cina yang digalakkan oleh Long Jaafar dari Negeri-negeri Selat adalah sebagai buruh dan pelabur dalam perusahaan bijih timah. Mereka ini telah menggunakan modal sendiri untuk membuka lombong seperti di Larut, Lembah Kinta, Lembah Klang, dan Sungai Ujong. Masalah kekurangan buruh di 19 buah lombong bijih timah di Kemunting pula telah diatasi dengan mengimport buruh dari China melalui Sistem Tiket Kredit dari wilayah Fukien dan Kwangtung. Kehadiran buruh Cina ini juga membawa bersama kaedah-kaedah perlombongan yang lebih baik, iaitu secara lombong dedah dan lombong pam. Kaedah lombong dedah misalnya, telah meningkatan hasil pengeluaran bijih timah dan kaedah ini juga lebih selamat. Kaedahroda air bagi mengatasi masalah banjir dan penggunaan enjin wap juga merupakan antara teknologi baru yang diaplikasi oleh orang Cina untuk meningkatkan produktiviti perlombongan bijih timah. Buktinya, pengeluaran bijih timah telah meningkat dari 6,500 tan pada tahun 1850 kepada 19,600 tan pada tahun 1881 dan 50,000 tan pada 1904. Justeru, kedatangan orang Cina dan penglibatan mereka dalam perlombongan bijih timah telah memperkembangkan perusahaan ini hingga Tanah Melayu menjadi pengeluar dan pengeksport bijih timah terbesar di dunia pada waktu itu.
Di samping itu, perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga didorong oleh dasar pemerintahan Inggeris terutamanya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada awalnya, aktiviti perlombongan bijih timah agak terjejas akibat masalah anarki di negeri-negeri Melayu seperti perebutan takhta kerajaan, persengkataan pembesar-pembesar Melayu, pergaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San, serta masalah perlanunan hingga merugikan para saudagar di Negeri-negeri Selat. Namun perubahan dasar Inggeris kepada campur tangan di negeri-negeri Melayu telah mengatasi masalah-masalah ini dan sekali gus memulihkan semula perlombongan bijih timah. Pemerintahan Inggeris yang memperkenalkan Sistem Residen telah memesatkan lagi kemajuan perusahaan bijih timah. Pembinaan jalan kereta api dan jalan raya telah memudahkan kerja-kerja mengangkut bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport. Pada tahun 1885, jalan kereta api yang pertama telah dibina menghubungkan Taiping dan Port Weld. Kemajuan pengangkutan ini telah membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong baru dan seterusnya meningkatkan pengeluaran bijih timah. Sementara itu, masalh kekurangan buruh pula telah diatasi oleh Inggeris dengan menjalankan dasar yang liberal terhadap penghijrahan buruh dari negar China. Bagi melancarkan urusan perlombongan, pentadbiran telah dikemas kini dengan memperkenalkan kerja ukur tanah lombong bagi menentukan sempadan dengan tepat dan mengelakkan pergaduhan antara pelombong. Usaha-usaha yang dijalankan pihak Inggeris ini terbukti telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu dan meningkatkan produktiviti perlombongannya.
Kepesatan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu juga dikaitkan dengan permintaan tinggi di pasaran dunia. Hal ini terjadi ekoran Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah khususnya di Britain. Bijih timah sangat diperlukan dalam perusahaan mengetin makanan iaitu perusahaan ayan (tin-plate) sebagai penyadur tin bagi mengelakkan tin daripada berkarat dan menjamin makanan selamat digunakan. Keadaan ini telah menyebabkan harga bijih timah melambung naik iaitu mencapai £140 setan. Hal ini turut menggalakkan pembukaan lebih banyak lombong baru di Tanah Melayu terutamanya di Larut, Rasah, dan Kuala Lumpur. Tegasnya, permintaan yang tinggi terhadap bahan galian ini telah menuntut lebih banyak pengeluaran daripada pelombong pengusaha sehingga menyumbangkan kepada kemajuan perkembangan perusahaan bijih timah.
Lain daripada itu, pengenalan kapal korek turut menjadi penyumbang kepada perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu. Jentera ini deiperkenalkan pada tahun 1912 oleh syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Penggunaan teknologi yang lebih moden ini membolehkan penghasilan bijih timah dengan kuantiti yang lebih banyak dan menguntungkan. Tambahan pula, kapal korek boleh digunakan dengan selamat di kawasan berpaya atau tanah lembap serta mampu memisahkan bijih timah dari tanah dengan cepat. Menjelang tahun 1929, dua per tiga daripada jumlah pengeluara bijih timah adalah dihasilkan oleh pengusaha Eropah yang menggunakan kapal korek dalam perlombongan. Pengeluarannya meningkat dari 51,000 tan pada tahun 1913 kepada 77,000 tan pada tahun 1937. Penggunaan kapal korek pula semakin meluas di Tanah Melayu apabila 105 buah kapal korek beroperasi di lombong pada tahun 1929 berbanding hanya 20 buah pada 1920. Situasi ini sejajar dengan permintaan tinggi di pasaran Eropah dan Amerika hingga menjadikan kapal korek sebagai penyumbang kepada perkembangan perusahaan bijihi timah di Tanah Melayu.
Walau bagaimana pun, zaman kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 hingga 1932 menyaksikan kemerosotan teruk industri ini. Keadaan ini memberi kesan kepada harga bijih timah yang jatuh dengan mendadak kerana kurangnya permintaan dari pasaran Eropah. Harga bijih timah merudum dari $2414 setan pada 1926 kepada $1020 setan pada 1931.
Selain itu, situasi kemerosotan bijih timah menyebabkan penutupan banyak lombong. Hal ini terjadi kerana pengusahaan lombong tidak lagi menggalakkan. Akibatnya, berlaku pengangguran dalam kalangan pekerja lombong. Rentetan daripada ini, beribu-ribu pekerja Cina telah dihantar pulang ke negara asal mereka bahkan ada yang pulang secara sukarela. Pada tahun 1931 contohnya, kira-kira 10,000 orang pelombong di Perak telah dihantar balik ke China.
Kesimpulannya, perkembangan pesat perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terbukti didorong faktor kemasukan orang Cina, dasar pemerintahan British, permintaan tinggi di pasaran dunia, dan penggunaan kapal korek dalam perlombongan. Malangnya, perusahaan ini menemui kejatuhan yang amat teruk ketika zaman kemelesetan ekonomi dunia 1929-1932 hingga menjadikan industri tidak lagi diminati oleh sebilangan pengusaha dan syarikat. Rentetan kejatuhan ini, kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah menjalankan pelbagai langkah bagi memulihkan harga bijih timah seperti mengurangkan pengeluaran, tidak meluluskan sebarang permohonan bagi membuka lombong-lombong baru, dan terlibat dalam Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa.



_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?5f9fe6b415c4af888b0fdc2bcc147066

RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA

today. nak buat revision bout history of malaysia. bukan tak pena blajar sejarah before tp zaman tue tak pena nak cuba fham. xpena nak hayati. kebetulan now tgah free. xda drawing aper nak buat. boley laa bb buat research smbil2 study again..copy paste dari pelbagai sumber..
honestly. bb tak banyak tau psal history negara sendiri. haih. malu je jd warganegara malaysia mcm ni. 




::HERE IS IT::


Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Semangat Nasionalisme
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan
sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.



Kemerdekaan Tanah Melayu
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.