Subscribe:

Saturday, 24 March 2012

HUJUNG MINGGU

wah. pejam celik sudah pun berada di minggu terakhir bulan mac. begitu cepat?!!
saya tidak ingat bila kali terakhir saya meng update kan blog saya ini..
bukan lah saya begitu sibuk tetapi mood untuk mengarang cerita tiada. :)
sebenarnya banyak lah cerita-cerita yang saya ingin kongsikan. tapi nanti okey. ^.^

ini pun baru saja sampai rumah. aktiviti di hari sabtu dihabiskan bersama keluarga. my mummy bawa kami anak-beranak pergi lunch dekat tropicana city mall. hari ini lunch dengan sushi. wee. suka! :)
saya memang menggemari sushi. jadi.. makan dengan penuh berselera lah kan. sambil suap kan adik lelaki yang berumur 5 tahun. dia memang manja sangat dengan saya. so. dia suka duduk makan di sebelah saya je lah.

then. lepas lunch. kitorang pun pusing-pusing sekejap. lepas itu. singgah makan pencuci mulut. tutti fruity.
kalau awak semua nak tau. itu lah pengalaman pertama kali saya dengan tutti fruity ini. hehe. macam noob bunyi nya bukan?
saya cuma take vanila ice-cream dan choki2. mine punya price lepas timbang RM15.40. bhahahaha. mentang-mentang lah first time makan tutti fruity. bukan main lagi lepas geram ambil banyak-banyak.. haha.
tapi. saya habiskan juga. sebenarnya bukan saya seorang saja yang makan. sharing dengan adik lelaki juga. suap kan dia sikit demi sedikit. tapi dia makan sikit sangat. mungkin dia tidak begitu minat dengan aiskrim kot.
so. saya habiskan sampai licin selebihnya. kenyang. :)
ah sebelum terlupa. terima kasih banyak-banyak kepada our mummy. sebab beliau selaku big boss yang membayar segala makan minum kami hari ini. :)
daddy tidak dapat join sebab. busy dengan kerja beliau. mungkin next weekend boleh spent time sama-sama whole family lagi.

semalam. saya sempat online facebook. lepas itu. tiba-tiba saya didorong oleh satu perasaan. satu bisikan. dan saya akhirnya mengambil keputusan untuk deactivekan akaun facebook untuk sementara waktu. haha. ini entah untuk kali keberapa saya meng deactive kan akaun facebook.

minggu lalu. saya pergi ke macd mont kiara. dengan memakai baju kurung. hihi. nampak begitu kemelayuan. :)
tapi bukan nak highlight kan pasal baju kurung. saya cuma hendak lepak macd sekadar ingin melihat kelibat asnan.walaubagaimana saya bersungguh-sungguh hendak jumpa dia, tapi awak percaya tak..jika Tuhan tidak mengizinkan ia berlaku, saya tidak juga dapat melihat asnan :(
kecewa dan sedih sikit juga tapi.saya percaya. setiap yang berlaku ada sebab nya.
(sebenarnya cuma pujuk diri sendiri saja.) hehe.

11 mac 2012. saya dating dengan dyla, dia itu awek kepada bestfriend saya hafies. kami lepak sunway pyramid layan movie 'john carter' dan dinner sama.
dinner dekat pizzahut.. saya order kek aiskrim nyam nyam. so delicious! saya memang suka sangat makan kek aiskrim pizza. sedap. ^.^
kami berdua sempat juga tangkap gambar banyak-banyak sebagai kenangan. alah. macam kebiasaan bila lepak dengan kawan-kawan. nak saja tangkap gambar banyak-banyak bukan. :)

cerita apa lagi yang saya tertinggal agaknya.? =.=
ah. minggu lalu. 17 mac 2012. saya pergi ke JPN shah alam. selesaikan urusan mengenai I.D. saya seorang diri saja menyelesaikan urusan yang kompleks itu. sekurangnya ia mengajar saya untuk berdikari bukan. :)
ingat tak tadi saya kata lepak macd pakai baju kurung tuh? hah. masa itu lah. lepak macd subuh-subuh sampai pukul 3.30 pagi. lepas itu lepak dengan kawan-kawan dekat damansara perdana karaoke sampai pukul 6 pagi.. member drop kan saya kat flora damansara pagi itu. so saya lepak dekat flora kejap before tumpang lagi seorang member lain pergi stesen lrt. pukul 7 pagi itu saya dah pun naik lrt dari kelana jaya. dan patutnya turun dekat kl central. untuk tukar stesen pergi shah alam. tapi. disebabkan saya terlajak tidur. sedar-sedar dan buka mata, saya dah terlajak ke gombak! haha. jauh nya lah perjalanan. lagi kan. satu insiden yang memalukan saya masa itu. boleh pula airliur saya meleleh keluar masa terlelap. bhahahaha. nasib baik saya sedar cepat dan lap lepass tu sambung tidur balik. penat sangat kot masa itu. yelah berjaga tidak tidur. haha. malu nya. =.=
naya lah kalau ada orang tangkap gambar. eeeeuuuuwwww. bhahahahahahahaha. pertama kali saya tidak senonoh seperti itu. yakkk! :))
lepas saja seetle urusan dekat shah alam. saya pun lepak sunway pyramid. tengok movie 'john carter' untuk kali kedua sebelum balik rumah. :)