Jangan tercengang terkejut dengan tajuk yang gempak bunyi nya. Saya taktau kenapa dalam ramadhan tahun ini, saya banyak ponteng puasa. hah. Awal-awal je puasa penuh. pastu kat tengah-tengah tu dah mula kantoi. Niat berpuasa dah lari. Langsung tak rasa nak puasa. Persoalannya. Adakah saya terpengaruh dengan kawan-kawan yang kebetulan memang kaki tak puasa? atau pun. Memang hati saya sendiri tak nak puasa. atau. Hidup saya dah terlalu sarat dengan dosa lalu Tuhan dah tutup pintu hati saya untuk mengerjakan amal ibadah yang menjadi kewajipan?. aha. Saya rasa yang terakhir tu merupakan jawapan yang paling tepat sekali.
Sebab. Kalau boleh saya taknak puasa yang sia-sia sebenarnya. Saya tahu. Berpuasa tanpa menunaikan solat lima waktu itu sia-sia. Dan saya tahu memang ramai yang buat macam tu. kan? Termasuk saya! Sejak azali! Cuma tahun lalu (2011), saya rajin berpuasa dan solat lima waktu. Tapi itu pun tak kekal. Solat sekejap-sekejap tinggal. Teruk nya diri nih. Kenapa lah hati saya terlalu kering. Adakah disebabkan saya terlalu banyak tertekan sebelum ni, dan saya dah mula tak nampak sinar-sinar keinsafan? Saya dah semakin keras dari hari ke hari.
Saya semakin kabur menilai yang mana baik, yang mana buruk. Maksud saya. Walaupun saya tahu buat begitu salah, saya masih terus melakukannya tanpa mahu berfikir panjang mengenai balasan yang mungkin akan saya terima. Hari ini saya menaip sebegini dengan mengosongkan fikiran saya sepenuhnya agar saya mampu meluahkan luahan hati secara jujur. Bukan saya tak menghargai kehidupan yang saya ada sekarang. Tapi. Jauh di sudut hati. Kehidupan yang sekarang masih sedikit kucar-kacir. Cuma saya tak tunjukkan secara zahir. Saya tak sanggup berkongsi. Dan saya lebih menghargai dan cuba follow the flow.
Dan. Fikiran saya juga selalu dilanda kekusutan. Selalu rasa celaru. Saya akan terfikirkan bermacam-macam hal secara tiba-tiba, tak kira waktu. Bukan saya nak fikirkan sangat takdir yang Tuhan dah bagi. Cuma. Ia datang sendiri. Fikiran saya penuh dengan persoalan-persoalan yang akhirnya akan buat saya rasa nak gila sebab tak ketemu jawapan. Arrggghhh!!!! Apa hal entah. Saya sorang saja macam ni? Tolong lah jangan saya sorang kan. Saya rasa benda ni normal. Semua orang melalui nya.
Gaya hidup saya berbeza. Pemahaman saya berbeza. Penerimaan saya berbeza. Sangat-sangat susah orang nak faham. Jadi. tuh la. Rasa sangat berdosa diri nie. Tak mampu berkata-kata dah.