tengah duduk dalam bilik. bukan bilik milik sendirian berhad okey. :)
bilik ini milik kakak yang sangat rapat dengan saya. sebab apa boleh jadi rapat? hah. saya sendiri kurang pasti. mungkin sebab saya selalu culik anak kecil beliau. si manis nana. :)
saya suka culik budak kecil. layan mereka seperti puteri raja. haha.
hari ini. saya gagahkan diri untuk kuat. dan. terselit juga sedikit kemanisan. Tuhan tahu saya tidak mampu untuk tanggung seorang diri ujian Dia. terima kasih ya Allah kerana memahami isi hati saya. saya hargai semua ini seikhlas hati. :)
hemm. teringat semula memori berlepak bersama konco-konco adam semalam. mereka yang jemput saya dekat rumah. pada mulanya. saya jangkakan hanya emy saja yang akan datang jumpa saya. rupa-rupanya satu kumpulan datang dengan kereta. :)
peliknya. sepanjang lepak. emy kurang bercakap dengan saya. cuma sekali-sekala bercakap dari jarak jauh. memandangkan kami tidak duduk bersebelahan masa itu.
hanya erin sahaja yang bertanya itu ini kepada saya. kiranya. saya lebih banyak berkomunikasi dengan erin berbanding yang lain malam semalam. erin memberi nasihat yang berjela panjang kepada saya. oh. sungguh terharu. :)
hem. saya masih belum mandi lagi waktu ini. walaupun jam sudah menunjukkan pukul 6.33 petang. haha.
saya sebenarnya dilanda kekusutan yang amat sangat. rasa serabut. rasa tidak bermaya. dan mood hilang entah kemana. sehari ini saya masih belum menjamah walau secubit pun makanan. perut tidak terasa lapar walaupun ia kosong tidak terisi sejak pagi. terbantut selera bila sedang resah. :)
walau apa sekalipun. saya harap Tuhan akan balas budi kawan-kawan yang pernah menghulurkan bantuan kepada saya. saya sangat hargai mereka. namun untuk membalas budi dalam masa yang singkat ini, mungkin saya masih belum berkemampuan lagi berbuat demikian. diri sendiri juga masih terumbang-ambing.
tetapi jika saya ditakdirkan menjadi kaya suatu hari nanti. InsyaAllah saya akan. !! :)
saya cuma perhatikan saja mereka dalam diam. segala perkembangan mereka saya ikut dan ambil tahu. walaupun ada sesetengah hal menjadi tanda tanya, tetapi saya tidak pula cuba bertanya. diam adalah langkah yang paling bijak. saya tidak akan bersuara jika belum masanya. saya akan jaga hati mereka mengikut kemampuan saya. saya tidak akan menyakiti mereka...:)
Tuesday, 7 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)