Subscribe:

Tuesday, 13 September 2011

MASA CEPAT BERLALU

tak sangka.dah besar pun skrg.terasa mcm baru semalam pegi blajar ABC kat tadika.
terasa mcm baru je smlam still duk umah maen2 dgn permainan bdk2.
omg.
byk dah yg berubah skrg.
semua dah tak sama mcm before.life skrg dah mcm lifeless kalau nk dibandingkn.

okey.tak elok banding2 life before dgn life skrg.cuma terasa mcm tue je.
life before.i mean zaman 90an sgt2 happy.semua dalam keadaan terkawal.takde pwob melanda lagi.
but since 2000 above.year after year..mcm2 hal jadi.

tiba2 je life kami jadi tak keruan.what rely happened pun bb xtau la.
pejam celik...tibe2 bb dah stay with family asing.
perit giler lalui semua tuh.
pejam celik lg.bb kena stay dgan family asing again..
again n again...
stay dgn org asing.fikir sndiri la apa rasa.

apsal pejam celik je sume jadi mcm ni...
tak sempat pk akibat pun.
apsal cepat sgt...
kenapa tak sempat buat pilihan nak ke taknak.
apsal cepat sgt terperangkap dgn dunia org asing.
takde sorang pun dlam family yg sempat perbetulkan keadaan.tibe2 sume jadi cmni.

skrg sume da msg2 meningkat dewasa.
tapi memory psal previous still kuat dan xley delete.
hal yg jadi time kami bdk2 akan slalu tersimpan dlm mind.
mcm x caya je.dah besar skrg.
omg.omg.


LOSER

time nih da kul 4.50am. and just done with my makan pagi.mam megy je pun.today mood nak makan je.lapar 24 hour.
skrg pun lapar lg.tpi lucky bdan maintain mcm nih.tak naik2..

ngantuk.tpi mata xley tdo.byk yg difikirkn dlm mind nie.semakin membesar semakin byk yg difikirkn.
and actually tgah try my best utk lupakn some sad things.memang tgah cuba berlakon jadi org yg kuat tpi in fact.im not that strong.ceh.semua org mcm nie kan.

sabar.. :)
hemmm...

smlam.tibe2 je dpat mesej dri faisal.dia ckp bb tipu about the private post.
aiyoo.memang betul la bb post private.kalau ikutkan hati.xnak kowt private2.tp what to do.nak jaga hati ramai pihak.
apsal dia susah nk caya ckp bb nie.
then if mcm nih.pening la nak everyday explain.

perangai dia nie kdg2 susah nak tafsir.
laki2 kan.

tetiber rasa rindu kat deala plak.haih.bila nak sembang2 lagi.bila nk lepak2 lagi..

tahun nie pun dugaan memang sgt meruntum jiwa.bb dah rasa nak mengalah kejap2 tue.sakit hati.
memang la ada hikmah disebalik yg terjadi konon2 nyer.
tapi.memang ter down jugak.
down..down..down..
loser!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

pasal part time yg buat bb rasa menyampah gile.pasal mummy anna.yg block me.damn.
rely hate it so much.rasa nak blame je diorang pnye shit.

ok.....cool biby..
mood nak marah je pulak now.

menyampah dgn diri sndiri yg xley kawal keadaan.shit.damn.
apsal loser nie!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MISTERI MANUSIA KERDIL

PADA zaman purba, di Kepulauan Flores, dipercayai wujud sejenis spesies manusia aneh yang keadaan fizikalnya berlainan sekali daripada manusia normal yang hidup ketika ini.

Jasad manusia aneh itu kerdil sehinggakan kalangan dewasa dalam kelompok mereka hanyalah setinggi kanak-kanak berusia lima tahun.

Mereka memiliki lengan lebih panjang, alis tebal, dahi yang miring, tidak mempunyai dagu dan rahang bawahnya diisi gigi besar tumpul. Gigi depannya lebih kecil seperti gigi manusia moden, lubang mata spesies manusia ini besar dan bulat manakala otak mereka pula hanyalah sepertiga daripada otak manusia sekarang.

Walaupun fizikal spesies manusia aneh ini berbeza daripada jasad manusia yang wujud ketika ini iaitu `Homo Sapiens',perilaku mereka mirip manusia moden.

Mereka menggunakan api untuk memasak dan memburu sejenis gajah primitif yang hidup di wilayah itu dikenali Stegodon. Keupayaan berfikir dan kebijaksanaan mereka terserlah apabila dengan jasad kecil mereka itu, mereka mampu memikirkan taktik untuk menewaskan Stegodon yang seberat 1,000 kilogram.

Kewujudan mereka terus `tersembunyi' di wilayah terasing di Kepulauan Flores,Indonesia itu selama entah beberapa lama sehinggalah pada suatu hari,secara tiba-tiba spesies manusia aneh itu lesap terus di muka bumi ini.

Seorang tua di Flores masih teringat legenda setempat yang diceritakan dari generasi ke generasi sehingga ke zaman moden.

“Di kepulauan kita ini, ada makhluk kerdil beredar selama berabad-abad, suatu ketika dulu. Mereka dinamakan Ebu Gogo, manusia kerdil berbulu yang tingginya hanya satu meter.” demikianlah antara maklumat makhluk legenda yang diceritakan kepadanya dan anak-anak watan Flores secara turun-temurun.

Lelaki tua itu masih tertanya-tanya, benarkah wujud makhluk Ebu Gogo seperti diceritakan legenda masyarakatnya? Jika ya, mengapa makhluk itu tidak lagi ditemui? Jika sudah pupus, apa yang menyebabkan mereka pupus?

Tahun 2003, penyelidik Universiti New England, New South Wales, Australia, mengerut dahi kehairanan tatkala menemui tulang belulang aneh ketika menjalankan kerja arkeologidi gua Liang Bua di Flores. Yakin tulang yang dijumpai bersama fosiltikus raksasa, komodo dan gajah kecil itu adalah rangka manusia tetapi anehnya, ia bersaiz kecil.

Kajian lanjut mendapati ia bukanlah rangka kanak-kanak sebaliknya rangka spesies manusia aneh yang wujud suatu ketika dulu tetapi sudah pupus ketika ini!

Selepas ribuan tahun kekal sebagai rahsia yang tidak diketahui akhirnya kewujudan spesies manusia aneh itu yang kemudian dikenali dengan nama saintifik sebagai `Homo Floresiensis' mula terbongkar.

Seterusnya fosil rangka spesies manusia aneh itu bersama peralatan batu mereka ditemui berterusan dan antara penemuan tulang belulang terbaru dipercayai milik sembilan jasad Homo Floresiensis.

Penemuan rangka sembilan Homo Floresiensis itu bagaimanapun berusia 15,000 tahun, membuktikan jarak masa antara fosil pertama dan fosil terbaru adalah 3,000 tahun.

Kumpulan spesies manusia kerdil itu wujud dan membiak di Flores selama 3,000 tahun! Mereka dipercayai terus hidup terasing di pulau itu dalam tempoh amat lama.

Penemuan menimbulkan pelbagai teori mengenai kewujudan Homo Floresiensis. Ada mengatakan mereka pada asalnya bersaiz sama seperti manusia biasa tetapi ketika tiba di kepulauan Flores, keadaan alam mengubah mereka menjadi kerdil, sama seperti kebanyakan haiwan lain di pulau itu yang turut bersaiz kecil.

Sesetengah lain menyangkal teori berkenaan dengan menyatakan bahawa Homo Floresiensis sememangnya spesies manusia yang kecil.

Satu lagi misteri membingungkan menyelubungi penemuan fosil Homo Floresiensis adalah mengapa mereka pupus? Dan benarkah mereka pupus atau mereka sekadar meninggalkan kepulauan Flores dan berhijrah ke wilayah lain?

Terdapat teori menyatakan masyarakat Homo Floresiensis pupus disebabkan lava gunung berapi yang melanda keseluruhan pulau itu tetapi punca sebenar kepupusan atau keghaiban mereka dari dunia ini, tiada siapa yang tahu.

Masih banyak persoalan tidak terjawab mengenai kewujudan Homo Floresiensis atau EbuGogo; mengapa mereka hanya wujud di Flores saja? Adakah mereka masih wujud ketika ini tetapi bersembunyi daripada manusia lain?

FAKTA: Homo floresiensis

Ramai pihak menggelarkan Homo Floresiensis sebagai Hobbit lantaran fizikal spesies manusia itu yang kerdil menyamai gambaran Hobbit yang kerap muncul dalam cerita fiksyen antaranya ‘Lord of The Rings’.

Kajian lanjut mendapati rangka yang ditemui pada September 2003 itu milik perempuan, tingginya ketika berdiri tegak kira-kira satu meter dan beratnya hanya 25 kilogram. Ia dianggarkan berusia sekitar 30 tahun ketika meninggal dunia.

Homo floresiensis menghasilkan peralatan batu seperti pisau batu dan peralatan rumah lain manakala makanan mereka adalah ikan, katak, ular, kura-kura dan burung.

EbuGogo dikatakan berkomunikasi sesama mereka dalam bahasa yang terdengar seperti menggumam dan mampu menirukan ucapan manusia seperti burung kakak tua.

















1 HOMO HABILIS ~ NICKNAME: Handyman LIVED: 2.4 to 1.6 million years ago HABITAT:Tropical Africa DIET: Omnivorous – nuts, seeds, tubers, fruits, some meat

2 HOMO SAPIEN ~ NICKNAME:
 Human LIVED: 200,000 years ago to present HABITAT:All DIET: Omnivorous - meat, vegetables, tubers, nuts, pizza, sushi

3 HOMO FLORESIENSIS ~ NICKNAME:
 Hobbit LIVED: 95,000 to 13,000 years agoHABITAT: Flores, Indonesia (tropical) DIET: Omnivorous - meat included pygmy stegodon, giant rat

4 HOMO ERECTUS ~ NICKNAME:
 Erectus LIVED: 1.8 million years to 100,000 years agoHABITAT: Tropical to temperate - Africa, Asia, Europe DIET: Omnivorous - meat, tubers, fruits, nuts

5 PARANTHROPUS BOISEI ~ NICKNAME:
 Nutcracker man LIVED: 2.3 to 1.4 million years ago HABITAT: Tropical Africa DIET: Omnivorous - nuts, seeds, leaves, tubers, fruits, maybe some meat

6 HOMO HEIDELBERGENSIS ~ NICKNAME:
 Goliath LIVED: 700,000 to 300,000 years agoHABITAT: Temperate and tropical, Africa and Europe DIET: Omnivorous - meat, vegetables, tubers, nuts

7 HOMO NEANDERTHALENSIS ~ NICKNAME:
 Neanderthal LIVED: 250,000 to 30,000 years ago HABITAT: Europe and Western Asia DIET: Relied heavily on meat, such as bison, deer and musk ox

MISTERI IKAN PARI

wujud jugak citer2 yang stupido nih kan.so bb copy mana2 yg menarik perhatian.
macam2 je.thanks la kepada mereka yg mewujudkan citer bodoh2 and thanks kpd yg berjaya membongkarkan kebenaran disebalik kebodohan cerita mereka.haih.
tapi sumtime cerita stupido nih fun jugak.
layan time boring2 memang best.




::HERE IS IT::

Aku tahu ramai yang dah tengok ikan pari ni, dari akhbar tempatan. Dan cerita ni dah lama berlalu sebenarnya. Tapi aku tengok masih ramai lagi yang tertanya - tanya tentang cerita bangang, 'ikan ni adalah orang yang disumpah!'. Lepas tu ada plak video yang bangang keluar siap di added sound bacaan Al-Qur'an. Ini bagi aku dah mula menghina kesucian agama Islam.

HELL...o!! please la...( to person yg sengal tu) orang sekarang bukan sengal macam lu untuk diperbodoh-bodohkan oleh lu yang sengal.

Oklah... ini yang sebenarnya...

Ikan dalam video tersebut, merupakan salah satu spesis ikan pari yang wujud kat dunia ni. Ikan ni memang jarang ditemui di kawasan perairan laut kita. Kerana ia adalah spesis yang wujud diperairan South Wales (aku ulangi untuk Sengal tu, South wales!) spesis ni dipanggil sebagai Shovelnose Ray. Keadaan ikan ni memang pelik.












HIDUP SEBAGAI SEBUAH AKADEMI

this is the very good motivation.but bukan karya asal bb la.copy paste from author mr mohd syarafuddin  sulaiman.
everything yg dia cuba smpaikan sgt great.thats why bb nak jadikn pengajaran tuk diri sndiri.
lagipun tak salah kalau nk muhasabah diri.
sbab sedar juga perangai diri sndiri yg ada 1001 macam.






::HERE IS IT::

mana ada orang yang luar biasa. semua manusia adalah sama. semua manusia biasa-biasa sahaja. kita semuanya 'orang biasa'.
semua manusia sama jalan hidupnya. ada waktu gembira dan ada waktu sedih. ada masa lapang dan ada masa dihimpit masalah.semua pun begitu, tidak ada sesiapa yang terkecuali.
kita manusia. tidak ada bezanya. kita ada akal, ada iman dan ada nafsu. kita gembira apabila orang buat baik pada kita dan kita hargai dengan ucapan terima kasih. kita juga mahu berteman, mahu ada kawan. kita juga mahu berkasih-kasihan dan mempunyai pasangan hidup.
kerap kali dalam hidup kita, kita akan buat dosa kerana mengikut nafsu dan bisikan syaitan. apabila sudah silap, kita rasa berkecamuk dan sesak dada. lalu kita minta ampun pada Tuhan, bertaubat. barulah kita rasa lapang dan selesa.

sekiranya ada sebuah akademi, sebuah sekolah yang kita boleh katakan sebagai tempat yang paling banyak kita belajar, maka 'akademi kehidupan' adalah yang paling layak.
kita belajar cara makan, minum, pakai baju, salin seluar, buat ini, buat itu, semuanya di 'akademi kehidupan'.
pembelajaran inilah yang paling kritikal, paling penting dalam hidup kita.

hidup adalah sekolah paling baik. paling bagus dan paling berkesan. kita mungkin belajar pasal tabiat manusia dan segala macam hal mengenai teori-teori, tetapi yang kita pakai dan guna adalah apa yang kita nampak dan belajar daripada hidup.

profesor-profesor, cikgu-cikgu dan pakar-pakar boleh kata begitu-begini mengenai kejayaan, cinta dan segala benda, tetapi akhirnya apa yang kita buat sendiri dan cuba, adalah yang kita percaya dan guna.
semua kita kena fikir dan ambil tahu. sebab hakikat dunia ini adalah hampir semua benda boleh kita belajar. sedar ataupun tidak sedar, mahu ataupun tidak mahu.

kita boleh buat-buat tidak tahu. seolah-olah hal kita, adalah hal kita. tidak ada siapa pun berpengaruh. sebenarnya orang yang sedar akan hakikat hidup berada di atas dan orang yang buat-buat tidak tahu akan duduk di bawah. yang di atas akan sentiasa kontrol yang di bawah. yang di bawah memang boleh marah, geram dan berdendam, tetapi dia tidak boleh ubah apa-apa.

teman, sahabat, kawan, geng, member ataupun apa-apa sahajalah panggilannya adalah orang yang bersama-sama kita dalam hidup. orang-orang inilah yang ada masa kita senang, biasanya makin sikit apabila kita susah dan banyak mempengaruhi kita.
mahu berkenalan dengan sesiapa pun boleh. hendak berbaik-baik dengan semua orang memang digalakkan. tetapi kita kena pilih orang yang kita rapat, percaya, kongsi segala hal dan bertukar-tukar pendapat. sebab orang macam ini mempengaruhi kita.
bantu-membantu tidak kira dalam apa situasi dan dengan apa cara sekalipun. kawan putus cinta, kita tenangkan dia. kita merajuk,dia pujuk. apa dia buat kita hargai. apa yang kita salah, dia tegur.

ilmu manusia tidak sempurna. orang ini tahu sedikit dan orang itu tahu sedikit. sedikit campur sedikit barulah boleh jadi banyak. pun begitu ilmu manusia memang tidak sempurna. Tuhan pernah menyatakan, sekiranya dihimpunkan semua ilmu manusia, baru setitik daripada selautan ilmu Tuhan.
yang jadi masalahnya, sudahlah ilmu kita sikit, kita pula malas belajar. sebut malas belajar bukan terhad malas belajar di kelas saja. belajar adalah proses kehidupan. daripada lahir sampailah mati. malas belajar adalah malas hendak ambil pengajaran daripada hal-hal di dunia.
kita boleh belajar daripada semua orang. semua orang boleh jadi mentor kita.
ingat.Tuhan tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia. setiap perkara mesti ada ilmu dan pengajarannya, walaupun hari ini kita tidak tahu. perkara paling dasyat pun ada hikmahnya.

kita ini daripada tanah. kita tahu itu. kita ini dicipta daripada setitik air mani. sperma bertemu ovum bergabung. itu pun kita sudah tahu. cuma apa yang kita tidak tahu, ke mana? untuk apa kita hidup?
kenapa Tuhan menciptakan aku begini, bukannya begitu?

semua manusia mencari. ada orang tahu apa yang dia cari. ada orang mencari, tetapi tidak tahu apa yang dicari. 
tetapi kalau ada seorang manusia, kita jumpa di tepi jalan dan kita tanya, "cari apa?" Dia jawab, "cari sesuatu".
kita tanya lagi, "apa dia?" Dia balas balik, "tidak tahu.".
maka kita pun jadi putus akal. macam mana hendak bantu?
pada yang mencari, tetapi tidak tahu cari apa, kita perlu beritahu, yang kita kena cari itu; matlamat hidup. pada yang sudah tahu, kita tolong suluhkan. bantu dia ke arah jawapan.

kemahuan kita seringkali berdasarkan kepada siapa kita. diri yang baik dan bagus akan menghasilkan kemahuan yang baik dan bagus akan menghasilkan kemahuan yang baik dan bagus juga. kemahuan yang baik akan sentiasa seiring dengan peraturan moral dan tidak akan menyusahkan orang lain.

dalam dnia ini. kita tidak boleh hidup seorang. kita manusia kena hidup dengan orang lain. walaubagaimana hebat puun kita ataupun bagaimana suka pun kita duduk seorang, di sekeliling kita mesti ada orang. tidak semestinya orang itu kita kenal. tidak semestinya kita sembang dengan dia. tetapi kita kena dikelilingi manusia lain.
apabila kita sudah hidup dengan manusia, mahu tidak mahu, kita kena juga bergaul dengan orang lain. kena juga beramah mesra. 
apabila kita bergaul, kita kena cari persamaan, bukan perbezaan. persamaan merapatkan hubungan, perbezaan merenggangkannya.tunjuk minat pada kesukaan orang. bukan hipokrit, tetapi meraikan.

kita tidak sukakan ujian dan masalah. tetapi yang kita panggil ujian dan masalah akan tetap datang sewaktu kita hidup. apabila ada masalah, kita akan runsing dan tidak senang duduk. kita mahu masalah itu cepat-cepat pergi dan kita boleh hidup riang.
sebab itu apabila ada masalah, kita akan cepat-cepat mahu selesai masalah. masa dapat masalah, masa itu juga selesai. memang bagus begitu sebab kita tidak buang masa. tetapi tidak semua masalah kecil dan tidak semua masalah dapat selesai dalam sekelip mata. pun begitu kita tetap juga mahu selesai masalah cepat-cepat, mahu masalah itu selesai terus walaupun gopoh-gapah. gopoh-gapah tidak membantu apa-apa. ia hanya memburukkan keadaan.

sebab itu apabila ada masalah, kita kena berehat. berhenti sekejap. duduk sebentar. tenangkan fikiran. lagi besar masalah, lagi penting prinsip rehat ini.
kadang-kadang kita kena lari. kita lari bukan sebab pentingkan diri atau malas hendak berjuang. itu memang salah. dengan izin Tuhan, sekiranya niat kita lari adalah betul, kita akan kembali semula hanya semata-mata untuk menuntut kemenangan.