yeah. sekarang sudah pun pukul 3.24 pagi. mean. pagi ini isnin dah lah.
baru saja naik bilik. tadi lepak ruang tamu dekat tingkat bawah. layan muvee. sudah agak lama saya tidak
tengok tv. hihi. patut nya waktu sekarang sudah kena tidur. sebab esok kan kerja.
tapi. sekali-sekala tidak mengapa bukan. :)
pagi ini. saya rancang hendak bangun pukul 7 pagi. hendak bersenam bagi keluar peluh dekat luar rumah.
hahaha. entahlah bangun atau tidak nanti. ^.^
sebab. saya memang liat sikit dalam bab bangun pagi ini. hihi.
termasuk hari ini. rasanya genaplah dua hari atau tiga hari saya deactive kan phone. wawau.
hemm..
inilah kali pertama saya berbuat sedemikian.
cakap pasal phone. saya tiba-tiba teringatkan sesuatu. di awal-awal kehidupan saya dahulu.
saya tidak memiliki telefon bimbit. hehe. jadi. saya memang kurang sosial life lah.
seriously. :)
nak tahu tidak. kalau siapa-siapa minta number phone, saya akan bagi number kawan.
noob bunyinya bukan? :)
seingat saya. form 3 atau form 4. baru lah saya ada handphone. itupun saya beli sendiri. masa itu.
saya masih tinggal dekat rumah anak yatim lagi. sebenarnya penggunaan handphone adalah dilarang sama sekali disana. tapi. saya tidak pedulikan semua itu. haha. yeah. saya sangat
nakal sewaktu itu. :)
budak zaman sekarang. kecil-kecil pun dah ada handphone sendiri. canggih pula tuh. jeles! hihi.