Takde lah begitu details. Tapi boleh tahan lah. hehe.
Boleh kenal the real of me skali.:)
Lagipun. sekali-sekala cuba kenal diri sendiri pun okay kan. ?
Saya rasa. Dah agak lama kowt tak ckp pasal diri sndiri.
Tapi takpe. Even lama tak cakap psal diri-sendiri ke. Still kenal 100% of me.
Sape lagi yang boleh kenal diri-sndiri kalau bukan saya rite.?:)))
Tapi. Randomly jer lah share ape yang saya ingat about me okey.
Kalau tak bagitau selain tu, maybe saya tak ingat laa.
Saya tak selalu jujur. Banyak tipu dari yang betul. Yang really honest only dalam writing. Saya sangat jujur in my diary dan blog. Sebab tu. You better read about me kalau nak kenal saya. You tanya depan2. For sure. Saya akan tipu lagi banyak.
How about you huh.? You kenal yourself well.?
Sebab. Sometimes. Orang lain lagi kenal you more than you sendiri. Agree.?:)
Tak semestinya orang yang close to you boleh faham you. Sometimes. Yang tak pena rapat dengan you tu lagi kenal you banyak than others. Kan ?
:: Saya suke kenal and faham orang. Saya berusaha sendiri untuk kenal dia. Salah satu cara. Being stalker secara senyap.! Ehe. ^.^
Jangan suke tertipu dengan pandangan pertama. Nak kenal orang secara betul. Kena slalu follow and tengok lifestyle die dan perangai die. Baru lah you dapat kenal die dengan baik. And tak tersilap nilai. Take time too okey.:)
:: Tak ramai yang kenal dan faham about me. Bukan girl yang famous so takde lah begitu dikenali. Haha. Ramai gak yang suke komen. Saya girl yang look familiar. Thank you!:)
Maybe korang pena nampak saya somewhere kot.? Ataupun…
Kita memang pernah kenal ke kan . Just tak ingat..? =.=
:: Peoples yang pena stay serumah with me, of course so easy to know me. Tau peel saya camana. Tau apa yang saya selalu buat. Apa yang saya suka buat.
Those yang jumpe just time lepaking. Agak susah cket nak faham saya.
:: Saya perempuan tomboyish and feminine. Apa yang you faham pasal tomboyish and feminine.? Simple to say. Dress up. Perwatakan. Percakapan. Pergaulan. You pun tau macamana budak-budak yang agak tomboy dressup, bercakap, bergaul, and perwatakan diorang. More to kelelakian rite.?.
You pun tau budak-budak feminin macamana. How they talk. Bergaul. Agak gegurl rite.?lembut..sopan. Dua-dua sekali saya boleh jadi.
Kalau awak biasa lepak dengan saya. You boleh nampak sendiri. Saya selalu berubah. Kejap tomboyish. Kejap gurly. Kejap ayu. Saya memang suke macam tu dan tak boleh go with one style je. Sejak kecil lagi dah memang gini. Time kecil dulu saya fikir…
Bila besar nanti maybe saya akan berubah dan jadi feminine all the time. Tapi. Tak. Dan saya still dengan style mcm ni. Dan. I believe. Still macam ni sampai akhir hayat. haha.:)^.^
:: Saya girl yang sangat manja. Ehe.:))))))))))) Saya suka dimanjakan and manjakan orang. Kadang-kadang. Tak ramai yang boleh pasan saya manja. Tapi kalau you tengok saya betul-betul. Then you boleh see:)
:: Masa kecil dulu. Saya nak jadi kartunis. I thot. Itu lah cita-cita saya. Saya suke draw kartun. Suke draw ape-ape je. Buat komik. Tapi. Bila tengok hasil lukisan yang hodoh semacam tu. Rasa seram sendiri. Haha. Saya takde bakat dalam melukis. Then, saya sedar. Kartunis bukan jiwa saya.
Jiwa saya dalam bidang architecture. Kat kelas. Classmates sume cakap course architecture susah. Tapi. Bagi saya. Sangat easy. Kire nyer. Tak sangat terlambat saya jumpa my karier. Ader member2 yang even dah besar panjang, still tercari-cari cita-cita diorang. Bila awak tak tau apa yg awak nak jadi. Agak sukar lah ye tak.
:: Till this date saya wrote blog ni. Saya still single. Taktau either nak rasa bangga or sedih. Sape antara you yang single. What you feel.? Happy.? Free.?
Saya takley tipu hati sendiri. Yes. Saya memang rasa so lonely.:)
Tapi. Mungkin. The time tuk in relationship belum smpai. So. Im waiting for that.:) Sy taknak couple for fun. Saya jenis yang sangat serious. Saya taknak ader memory cinta main2.
:: Saya pernah rapat dengan tunang member sendiri. And he love me more than his fiancée. Saya taktau pun yang dia tu dah bertunang. He told me die single. So saya hampir-hampir nak love him. Since kawan-kawan yang bagitau lelaki tu dah bertunang. Then. You know what.?
Dengan hati yang berat. Saya step back. Dengan gentle. Can you imagine. Kalau saya tak fikir perasaan member sendiri. And cuba nak start relationship dengan tunang die. Ape akan jadi.? Saya macam dah rampas hak milik orang. And. Saya kejam kalau buat macam tu. Then. Saya forget pasal feel. And continue hidup macam kitorang tak pernah ada feel each other. The right time to be actress rite.:)
:: Saya ni pemalu sangat. Bila dalam situation yang tengah malu, saya suke act cool. Tak selalu saya boleh berjaya buat relaks. You still boleh perasan saya tengah gelabah. Hehe. Saya bukan jenis selalu confident depan orang. Kadang-kadang. Saya ader pwob gak nak berkomunikasi. Tak ramai yang boleh caye saya ni pemalu. Haha. Saya pemalu sangat okay…^.^
:: Some of my friends cakap. Saya ni friendly. Some of them pulak cakap saya ni sombong gile. You rasa saya sombong or friendly.? Haha. Saya memang agak sombong dan agak friendly too. Kalau tengah in friendly mood. Saya talkative gile. Cakap tak stop. Tapi if mood sombong tengah on, saya suke ignore je orang. Orang cakap ape je, saya buat dunno. Haha. Macam shit rite.
:: Saya susah maafkan orang. Dan takkan maafkan orang yang buat shit kat saya. Bukan pendendam. Just takley maafkan. Orang yang buat shit. Saya takkan maafkan perbuatan shit awak smpai awak mati. So. Awak akan rasa serba-salah smpai awak mati. Saya sejahat ni okey. Dalam hal ni. Saya takkan jadi budak baik hati.
:: Saya tak suka bergambar sangat. Sebab tu lah tak banyak koleksi gambar yang saya ada.
:: Saya suka tido. Memang selalu sangat tido 24 hour. Gile tak.? Haha. Bila bangun, kepala dah pening semacam.!!:)Paling dasyat. Saya pernah tido 48 hour. Time tu kat hostel. Cuti. Entah nape rasa penat semacam. Tu yang tido lama gile. Haha. Sepanjang study. Saya memang jarang sangat tido. Selalu tido kejap-kejap je. 3 or 4 jam. Biasalah. Kalau you study architecture. You tau lah nape takley tido lama. Drawing takkan siap. Everyday ader je drawing baru lecturer bagi. No wonder orang cakap. Archi ni tension course. Sebab keje banyak gile. Tapi saya tak terasa tension pun. Sebab I really love it. Too much.!!
:: Saya gila-gila too. Tapi bila dalam kelas or tengah kerja. Saya orang yang serius gile. Keseriusan time belajar or keje mengalahkan cikgu and bos. Haha. Classmate or workmate tau la saya macamana. Semulajadi macam tu. Bukan saje-saje nak buat serius ke aper. Bila je keje dah seetle. Perangai gile-gile tu mule lah keluar. Jadi hantu dalam kelas kacau classmates. Saya lah orang paling bising. Okay. saya memang nakal gile kat kelas.
Classmates jenis yang okay. Sume satu kepala even perangai lain2. Diorang tau saya jenis tak suke diganggu time study. And diorang takkan ganggu and still tak marah kalau saya ganggu diorang belajar. haha. Dalam kelas, disiplin kureng cket. Lecturer selalu membebel. And cakap. Saya ni macam budak-budak. Nakal sangat. ^.^
:: Saya suka main gitar. Even tak begitu terror. Tapi boleh lah. Ehe.:)
Disebabkan suka gitar. So. Saya suke tengok orang main gitar..
Lelaki yang terer main gitar. Saya rasa die sangat hensem.!!:)
:: Saya tak suke perkataan ‘ngee’..’okie dokie’.. ‘agaga’…
Memang fuck gile lah kat words tu..
Saya taktau why I hate it.
:: Saya tak suke bila orang jalan di depan saya. Saya cukup benci bila orang jalan tinggalkan saya kat belakang. Even saya tau memang salah saya jalan slow gile.:((
:: Saya ader instinct yang bagus. You pun mesti ader kelebihan-kelebihan luar biasa yg Tuhan bagi rite.? Saya boleh teka takdir orang. Saya boleh tau sumting tu before orang bagitau. Saya jumpe kebenaran dengan cepat. Haha. Dan. Saya boleh tilik jodoh orang. Yeah. Dan selalunyer. Semua tu betul. Saya tak mencari kebenaran. Just. Instinct yg banyak membantu. It comes sendiri. Orang yang menipu saya just sia-sia. Sebab. Saya dengan cepat boleh dapat tau. Memang lah best bila dapat tau kebenaran disebalik orang tipu kite. Tapi. Bila tau kebenaran tu, akan buat hati saya sakit. Masalahnyer. Saya taknak tau sangat. Saya orang yang paling susah kena tipu. Okay. Saya memang agak lurus sikit. Orang cakap ape je. Saya suka percaye je. Tapi. Kalau awak berniat nak tipu saya. Saya still akan act yes saya percaya.
:: Saya tak reti buat keputusan bila orang minta pandangan. Kalau macam lepak-lepak ke. Than member tanye. Nak makan katne ke. Nak makan ape ke. Nak pegi mana ke. Saya akan jawab. “taktau”. Sakit hati kalau ajak saya keluar. Haha. Sebab tu la kalau nak bawa saya lepak ke. You kena decide nak buat ape. You kena plan everything. Betul. Kalau you tanye saya. Saya just akan jawab “taktau” je. Biasanyer saya suke jadi follower je kalau lepak-lepak dengan orang.:)
:: Saya takut lipas okey. Seriously.!! Saya tau. Ramai gak yang benci lipas rite.? Tapi. Some of you maybe sekadar benci tapi tak takut sangat kan. ?
Saya fobia lipas tau. Saya memang lemah gile-gile dengan lipas. omg.
Masa kecil dulu. My mum suke ugut saya dengan lipas. Shit gile. Haha. Menyampah ye tak. Bila orang tau weakness awak. And they use it untuk lemahkan awak. Abang sepupu suke sangat usik saya. Diorang tau saya takut gile dengan lipas. So. Diorang suke acah-acah sumting and cakap,”lipas.”!!! In fact diorang tengah pegang benda lain. Saje nak buat saya jerit macam histeria. Jahat gile.!! Haha. Saya memang cepat sangat nangis bila orang takutkan saya dengan lipas. Semangat saya sangat lemah. Taktau camana nak ubah. Orang selalu cakap. Kalau awak takutkan sesuatu. Face it. Haha. omg. Mean. In my situation. Takut lipas. So kena beranikan diri berkawan dengan lipas. Oh no. Fucking freaking lah. Memang tak la. Saya mati dulu kowt. Haha. Bukan tak pena cuba . Dah cuba . Tapi. Saya tak boleh. Memang tak boleh. Lipas tu my weakness yg pertama.
:: You ade tempat yang sensitif.? Mean. Kat mana-mana tubuh badan.? Saya tak maksudkan kat tempat sulit okay.!! Haha. Saya tak boleh bila orang pegang kat belakang leher. Sangat sensitif. Paling lama boleh tahan bila orang pegang, satu saat je. Satu saat ok.!! Kawan-kawan pompuan suke sangat nak cekik leher saya. Saje nak tengok saya jerit-jerit histeria. Saya takleh nak berlagak normal bila belakang leher disentuh. Tak dapat tahan. Pernah member laki sorang ni. Manager tempat parttime dulu. Dia terkam leher saya dari belakang. And lama gak dia buat camtu. Sampai kebas satu badan sebab takley tahan. Yeah you know. Weakness. Shit. Manager tu bila tengok saya dah pucat teruk, baru dia lepas. Tau pun takut. Sejak tu, die dah tak berani buat lagi. Kalau buat pun, kejap je. Haha..^.^
:: Saya suka warna merah+hitam. Kaler tu nampak hot. And. Ala-ala gothic cket. Bukan terpengaruh dengan budaya gothic okey. Just. Gabungan merah+hitam sangat superb. Kaler yang saya tak suke. Kuning.!!
:: Saya agak degil. Keras kepala. Okay. Sikap degil and keras kepala ni. Ramai member yang pasan. Maybe nampak sangat kowt secara luaran yang saya degil, keras kepala. Haha. ^.^
:: Saya memang panas baran. Senang gile nak buat saya marah. Tapi. Saya cepat sejuk. Itu je. So. Hot tempered saya takde lah bahaya sangat. Bila marah, karakter saya agak jahat. Agak rude. So. You takkan suka tengok saya dalam keadaan marah. Seriously. Haha. You takkan takut. Tapi you akan rasa menyampah.
:: Saya jenis mood swing. You tau ape maksud mood swing rite. Susah lah nak cari suami macam ni kan . Sume laki pun sure susah nak dekat. Haha. Yes. Sy tau. Orang laki tak suke pompuan yg mood swing like me. Im sorry. Tapi saya memang macam ni.
:: Favourite food. Okay. Saya suka topic makan.!! Well. saya jenis makan kuat. Kalau you tengok fizikal saya yang kecil, you akan fikir saya tak kuat makan. Sebab orang selalu cakap macam tu. Saya suka chinese food. Japanese food. Western food. Seafood. Masakan kampong. Kalau ikut list, chinese food teratas skali. Second Japanese. Third seafood. Followed by masakan kampong and the last one is western food. Masakan cina selain sedap dan bersih, berkhasiat too. Saya tak makan pedas dan tak makan manis. Suka minum susu, horlicks, nestum, soya.:)
:: Saya sangat addicted with kek yam. Sejak kecil, yam cake always ade time my birthday. Saya tak makan terung, kismis, kurma, buah ciku, asam, peria, jeruk. Lagi. Setiap kali makan nasi lemak, perut mesti sakit. Taktau nape. Maybe perut tak ngam sangat dengan nasi lemak kot. Saya suka buah anggur more than buah-buahan lain.
:: Kalau lepak makan kat luar. Saya lebih suka and berselera if orang yang order kan makanan for me. Tapi tak ramai yang boleh order dengan tepat apa yang saya boleh makan dan apa yang saya takley makan. Biasanyer. Orang selalu order apa yang saya takley makan.
:: Saya takley kena marah. Haha. Saya cepat merajuk! Saya takley bile orang tengking ke. Cakap kasar ke. Lebih-lebih lagi bila orang marah. Saya akan nangis kaw2 pnye. Betul. So please jangan tengking saya ke. Jangan cakap kasar or marah saya okey. Saya tak suka n tak boleh..
:: Saya memang sensitif sangat. Cepat merajuk. Tapi. Cepat sejuk gak. Bila gaduh dengan orang. Lepas gaduh, saya akan act macam normal balik. Takder nak tarik muka berminggu-minggu. Saya cepat lupekan pergaduhan tu. Tapi biasanyer. Orang yang gaduh dengan saya je lah yang suke nak simpan berminggu-minggu and taknak tegur saya. Okay. Ramai orang jenis macam tu rite. Saya tak kisah. Haha. Up to them.
:: Saya tak suka tengok movie horror. Yang scary. Ohoho. Memang tak tengok. For me. Movies horror tu sume stupid. Haha. Well. Tak tengok la saya kata bodoh. Sebab takut nak tengok. Haha.^.^
:: Saya penakut. Kalau tido alone, saya takkan off lampu bilik. Tak suke tido dalam keadaan yang terlalu gelap. At least ada cahaya sikit. Tapi kalau ada orang tido by my side. Saya suke tido dalam gelap. See the difference ok.? Kalau stay umah, tido dengan adik-adik. If lampu tak tutup then saya memang tak dapat tido. Saya jenis yang cepat tersedar dari tido. Kira macam. Senang lah you nak kejutkan saya dari tido. Gerak sikit je, saya dah bangun. Kalau dengar bunyi sikit je pun saya senang terbangun. And yang shit nyer. Bile dah terbangun dari tido, agak susah nak tido balik.
:: Penyanyi yang saya love sangat. TU YANG ATAS TU. :)Gareth gates. Jay chou. Sesetengah orang. Tak kenal gareth gates rite. Aha. Google now.!! Jay chou maybe sound familiar. Tapi kalau ade yang tak kenal siapa jay chou than google lah ok.
I love their songs. And love the artist too. Saya minat tapi takde lah sampai addicted. Minat diorang setakat listened to their songs. Takde sampai tahap nak kumpul poster ke. Kumpul cd ke. Im a cool fan okay. Fan yg relax je. I enjoy band scorpions too. Westlife. Air supply. Music diorang romantic metal and tak begitu heavy. Music heavy tak minat sangat.
:: Saya bukan pompuan yang liar. Setakat date today. Baru sekali pernah masuk club. Tahun 2011. Itupun masuk club sebab member ajak last minute. Masa tu. Taktau pun. Tempat yang dia nak ajak tu is club. I just agree and follow lepak. So tu history how boleh masuk club la masa tu. By the way. Saya suke tengok gelagat budak-budak club. Sebab kelakar and fun. Saya selalu lepak bar. Enjoy music and dance. Tak buat ape selain tu. Even tak lah champion menari. Tapi. Saya sangat suke dance.:)
:: Apa yang saya selalu buat bila saya sedih.? Direct cari adam. Or pegi somewhere. Walk around. Random lepak. And watching peoples. Sebab. Bila buat macam tu. Boleh tengok macam-macam jenis orang. Yang boleh bagi saya motivated. Bila you tengok orang yang kekurangan ke. Tu akan buat you wake up back.
Bila rasa lost and rasa shit semacam. Ape you akan buat.? Cari ex you.? Haha. Tak pernah pun setakat ni. Contact ex-bf kalau saya sedih ke aper-aper. Sometimes. Bercakap dengan diri sndiri. Hehe. Bercakap sambil nangis. Saya tanya n saya yang jawab sendiri.
:: Saya suka main hujan.:)
Main hujan terapi yang terbaik bila saya tengah stress.
Yeah. Dalam life. Dalam kehidupan seharian. Ader lah hari-hari yang kite akan rasa sad. Rasa emo semacam kan . Haha.
:: Saya tak reti pilih barang bile shopping. Nak pilih untuk orang boleh. Tapi pilih untuk diri sndiri memang tak reti. Selalu gak. Nak beli satu barang je. Tapi take time whole day dalam shopping complex and still tak beli ape-ape sbab tak reti nak pilih. Haha. And. Kadang-kadang tu. Plan nak beli lain. Tapi bila dah smpai kedai. Lain yang dibeli.:^.^
:: Bila dilarang dari buat sumting. Saya still buat. Haha. Kadang-kadang saya suka cabar kesabaran orang kowt. Tu yang kawan-kawan cakap. Saya degil. Hehe.
:: Saya tak reti naik basikal. Last sekali tunggang basikal time umur 15. Tu pun fail. Orang yang ajar saya naik basikal masa tu budak kecil yang baru umur 6 tahun. Malu tak.? Haha. Budak kecil tu adik saya la. So. Die yang paksa saya naik basikal and. Tolak saya sampai jatuh longkang. Habis luka kaki ni kowt masa tu. That was my last day main basikal. Sampai sekarang. Tak pernah sentuh basikal.
:: Saya takut naik motor too. Tapi. Still naik. Saya tak reti bawa motor okey. Seriously tak reti. Kalau duduk kat sit belakang follow member naik motor, saya agak cuak sikit. So. Peoples yang bawa saya naik motor, kena bawa motor slow je. Takley laju sangat. Sebab saya lemah semangat.
:: Being honestly. Saya suka berkawan dengan budak-budak Chinese and oversea. Mentality diorang sangat awesome. Banyak yang saya boleh belajar daripada diorang. If you malay. Try tengok budak-budak chinese. Diorang sangat clever rite. Harap you perasan. Kalau tak, then its ok. Saya tak pandang rendah kat budak-budak malay pun. Just saya cakap. Saya suka kawan dengan budak-budak chinese and budak-budak oversea. Jangan salah faham plak. ^.^
:: Saya ader keinginan nak duduk kat korea and Jepun. Peoples there sangat superb. Tapi. Is that sound impossible.? Atau. Akan ader chances.?:)
:: Saya suka stay tempat yang boleh enjoy music. Sebab saya jenis yang suka enjoy music. Tapi. Susah nak cari kedai makan yang pasang music kuat. Melainkan lepak bar.
:: Saya boros. Ini kira sikap buruk rite. Haha.
:: Saya suka berjalan-jalan. Lepaking. Selalu nyer. Just keluar dari umah and randomly lepak luar ikut instinct. Tak suka plan. Lebih prefer lepak randomly. Tuhh la my style. Dengan macam tu la saya dapat kawan-kawan baru. Haha.
:: Saya suka baca buku. Novel kureng sikit la. Tak minat sangat. Bukan lah tak baca langsung tapi saya akan baca bila keboringan. Saya suka baca buku motivasi. Or sumting yang banyak fakta and berfaedah. Or komik. Anime. Saya sangat suka komik by ben. Kartunis ben sangat stylo. Karya die yang sy suka is. Le gardenie. Ada simpan banyak koleksi komik die. Ben memang favourite kartunis. Komik die relax2 je. Tak suke bace heavy stories.
:: Saya suka budak-budak. Suka layan budak-budak. And suka manjakan diorang. Kalau gegurl takley ade sikap suka budak-budak.
:: Saya suka perhatikan style orang. Dressup orang. Cara dia bergaul.
:: Saya tak follow sangat dengan dunia artis. Tapi saya still ader artis yang saya suke. Macam maya Karin. fazura. fasha sandha. natasha Hudson . sazzy falak.aishah Sinclair.juliana evans.diana Danielle.sy suke sbab diorang cantik. haha. artis oversea takyah cakap lah. ramai gile kowt yang saya suke.
:: Kalau nak sesuatu, saya cuba hardly tuk dapatkan. Saya just give up bila gagal after try. Kalah bermaruah. Takpe.
:: Saya ada sifat penyayang. Suka sayang orang and treat them nice gile.
:: Saya suka kemas barang. Tak suke tengok barang berselerak. Serabut.
Even sometimes saya sendiri yang suke selerakkan barang-barang. Tapi saya akan kemas balik a few days later. Haha.
:: You nak tau. Saya suka lelaki yg macamana.? Yang soft spoken. Hormat orang. Educated. Gentle. Kind-hearted. Bertanggungjawab. Caring. Bercakap pakai akal. Rajin. Tak kasar sangat. Pandai ambil hati. Bersih. Kemas. Romantic. Sweet. Saya memang suke lelaki yang macam tu. Tak suke yang kasar sangat. Kasar sikit-sikit takper. And. Saya tak suke lelaki yang minum arak. Maybe if die smoking. Saya ok sikit lagi. Tak suke laki yang lembut sangat. omg. Kalau lembut kat saya takper. Jangan lembut kat sume orang. Memang aww laa. Saya suke tengok lelaki yg pakai kemeja. Sangat handsome..
:: Saya berkawan dengan semua jenis orang. Tapi. Jenis member yang saya suke. Tak terlalu sosial. And educated. Tak suke berkawan dengan pengkid, lesbian. Tomboy, gay sume-sume yang belok-belok tu. Mentality diorang saya takley go on. Saya still akan lepak-lepak dengan dorang la tapi tak suke berkawan sangat. Memang lah. Saya akan randomly berkawan dengan orang. Tapi. Saya still akan pilih kawan. Seriously saya tak suke berkawan dengan orang yang terlalu kasar. Yang suke buang masa buat hal bodoh-bodoh. Saya tak suke berkawan dengan orang yang belakangkan family. Orang yang agak pemalas pun saya memang takley la.
:: Saya suka kumpul member-member yang boleh guide me. Sebab itu function member. Taknak lah yang suke cakap besar and merapu tapi takde ape. You suke ke member-member yang hipokrit.? Ahaha. Tak suke rite.? Fuck orang hipokrit. Before this. Saya banyak Ssimpan koleksi member-member hipokrit. Talam dua muka. Saya hope yang diorang boleh berubah. sebab ye laaa. saya takder hak nak marah diorang ke aper. Tapi. Since member-member yang macam tu lagi banyak buat saya sakit hati. So I choose to unfriend! Itu lah paling best boleh buat. Biar orang yang macam tu cari member-member yang satu kepala dengan diorang. Saya tak suke budak-budak skema. You suke ke.? Haha. Seriously. Budak-budak skema freak. Diorang ok je. Tapi. I just don’t like them.
:: Saya agak sporting kat my siblings. Saya memang agak garang tapi adik-beradik tak pernah rasa saya garang. Diorang selesa share everything to me than others. Peoples boley luahkan everything to me. Saya sangat good listener. And biasanyer. Saya just mendengar masalah orang and tak bagi pandangan. Saya prefer untuk jadi pendengar je. Saya tak suke bagi ceramah kat orang balik. haha. Biar diorang fikir how to fix pwob diorang sndiri. Kalau orang nak pendapat saya. Saya akan bagi lah.
:: Saya dalam percintaan. Kalau serius kat someone. Saya memang faithful. Gf yang sporting even jealousy. Takkan curang. Tak kongkong bf. Will come to him bila-bila dia need me. Suke inform everything to him kalau nak pegi mane-mane ke or nak buat ape ke. Dengan bf je saya akan jadi orang yang paling jujur. Saya akan selalu tnye die. If he okay or not. Jaga hati die sangat-sangat. Taknak die hurt sikit pun. Saya akan manjakan die gile-gile. Tegur kesilapan die. Seetle kan barang-barang die. Kemas kan barang-barang die. Dan akan selalu bagi dia ruang. Sebab laki-laki suke celaru. So diorang takley selalu stay with girl. Dia akan jadi orang first yang tau if ape-ape happen to me. Saya akan sayang orang yang dia sayang. Saya akan minta pendapat dia if saya ader pwob. Dia orang first yang saya akan cari.:)
:: Saya suka hari raya more than event lain. Sebab.? Sebab juadah hari raya.!!!! Haha. Im really crazy dengan juadah hari raya. Kuih muih. Rendang. Ketupat. Lemang. Serunding. Haha. Telan air liur okay. Saya suka sangat kuih makmur, tat nenas, batang buruk. Tiga jenis kuih ni lah yang saya akan telan. And. Almond London too. Haha. You mesti suke almond kan. ? Ramai gile kowt yg suke almond. Sape tak suke mmg weird. ^.^
:: Saya suka masak. Even saya tak berapa reti nak masak. Tapi still suke masak.:)
:: Saya jenis cepat bosan. Contoh nyer. Bab makan ke. Interior satu-satu ruang tu ke. Kalau sama je. Mesti rasa bosan kan. ? You pun kalau makan benda yang sama everyday. Mesti muak rite. Agree.? Tapi bab kawan-kawan or bf saya takkan ada rasa bosan. Tengok muka diorang setiap saat pun saya takkan bosan. Tengok family pun tak bosan. You takkan bosan tengok orang yang you sayang. No matter what.
:: Kalau nak sumting. Saya terus buat. Kalau rasa nak cakap sumting. Saya akan terus cakap. Tak suka tahan-tahan. After dapat buat apa yang saya nak. Baru rasa lega. Saya berani mengaku ape-ape. Kalau sayangkan orang ke. Saya akan direct bagitau orang tu. Dah bagitau baru rasa segan sikit. Ehe. ^.^
:: Ape perasaan bila tengok orang yang lebih hot than you.? Mesti rasa rendah diri rite.? So do I. Budak hot selalu buat saya rasa segan. Ehe. Taktau nape. Semulajadi feel macam tu. Tengoklah macam artis ke. Model ke. Kerabat diraja ke. Orang kaya ke. Diorang sangat awesome.! Perfect sangat.! So preety so handsome.! And. Saya rasa nak jadi diorang too. Yeah. Saya tau appreciate ourself. Tapi. Camne pun. Saya memang ada lah juga kan keinginan nak jadi macam diorang. Bila tengok pompuan yang cantik, stylo, educated, famous. Ader rasa jeles dalam hati. I want be them!!! Haha. Gosh.
:: Saya agak kebudakan lagi sampai sekarang pun. Saya tak matang lagi.
:: Saya tak smoke. Tak take drugs. Tak minum arak. Tapi kan . Masa darjah 2 or 3 sumting la. Tak ingat sangat. Saya pernah kutip sisa rokok yang abang sepupu buang dalam longkang. Saya hisap sekali and terbatuk-batuk. Haha. So. Itu kire first and last sentuh rokok. Masa tu. Teringin nak tau. Rokok ni rasa aper kan . Itu yang curi-curi kutip sisa rokok abang sepupu. Kantoi masa tu. Sebab saya batuk. So sume orang pegi kat saya. Ehe..^.^
:: Okay. Saya sedar gak. Saya ader bakat dalam lakonan sebenarnyer. Honestly lah kan . Teringin nak jadi pelakon. Tapi. Segan nak pegi ujibakat sume-sume tu. Time study pernah berlakon gak. Buat persembahan. And kawan-kawan pun cakap. Saya ader bakat. Chewaaah. Tapi tu laaa. Saya segan!!!
:: Dalam hayat saya. Pernah gak betul-betul jadi pompuan yang solehah. Just. Tak pakai tudung je lagi. Solat lima waktu sehari. Tak pakai seksi. Pastu. Saya again tinggalkan solat. Hemm. Saya tak begitu iman kuat. Haih. Malu nyer cakap camni. Rasa hina sgt.
:: Okey. Selit kan cket story keagamaan ok. Seriously. Ramadhan 2011. pengalaman pertama saya join qiamullail kat masjid. Alone. Stay kat masjid. Join solat sume2. Sahur and buka puasa kat masjid. You yang islam pernah ke experienced it.? Kalau yang tak pernah. Try lah tahun 2012 ni okey. Kalau tak pun. Tahun-tahun lain ke. Depends dengan diri masing-masing. Nak rasa, then pegi. Kalau taknak. Takper. You akan rasa satu perasaan yang takleh explained by words kowt. Sumpah tak boleh. Kalau sahur and berbuka puasa dengan orang yang kita kenal tu hal biasa rite. Sejak kecil dah biasa sangat sahur and berbuka puasa dengan orang yang saya kenal. Such as family or kawan-kawan lah. Normal . Tapi ramadhan 2011 tuh la. Pengalaman pertama stay kat masjid woahoho. Best giler kowt. Done everything dengan orang yang saya tak kenal. Yang buat saya rasa macam sedih sikit. Sebab pegi alone. Diorang yang kat dalam tu sume datang dengan family masing-masing. Tapi. Saya tak nanges. Saya tak disuruh oleh sape-sape tuk stay masjid just keinginan dalam hati tu ade nak buat cmtu.
Okey. Saya tak terer dan tak layak nak bagi pendapat kearah keagamaan. Just rasa bersyukur lah sempat buat mcm tu. Tapi. Saya masih tak pakai tudung lagi sekarang. So that’s it. Dan saya sendiri taktau. One day saya akan pakai tudung atau tak…
:: Saya dah khatam Al-Quran. You yang islam dah khatam belum huh.? Haha. Some of my friends ramai yang belum khatam lagi tau. Saya dapat anugerah plajar terbaik dalam kelas agama sebab cepat habiskan pengajian agama. Okey. Saya tak bangga sangat with that. You know why.?
Sebab. I just can read well. Tapi. Tak faham maksud nyer. Agak useless disitu kan . Saya takley faham maksud disebalik surah-surah Al-quran yang saya baca tue. Kalau lah boleh faham ape yang saya baca. Rasanyer. Saya akan happy kowt. And boleh lah nak rasa proud sikit.
Tak banyak yang saya tau about agama. Kalau tau pun. Saya tak amalkan pulak. Lagi satu hal. Memang saya agak jahil gak lah. Saya tak dapat capai line solehah tuh…
Saya suke tengok lelaki yang solat 5 waktu. Lebih-lebih lagi laki-laki yang imam kan solat. Gosh. Melted!! Suke tengok laki2 solat berjemaah. Pakai baju melayu. Pakai songkok.waw. Hati perempuan saya memang terusik!!
:: Sepanjang zaman skolah. Saya tak pernah ader bf. Sebab dah cabar diri untuk tak bercinta. Even masa tu. Saya ader crush juga!!! Hampir-hampir nak je kapel tapi then saya ingat balik yang saya dah berazam taknak ader bf time zaman skolah. Finally. I can do it.! Kawan-kawan sume sure ader memory kapel time zaman skolah kan . Jelesnyer. Saya tak pena ader pengalaman cinta monyet. Ehe.:)
:: Time darjah 4. Saya mimpi. Dalam mimpi tu. Saya tau saya sedang bermimpi. So saya amek kesempatan tu untuk buat ape je yang saya suke dalam mimpi. You got me. ? Harap you faham ape yang saya citer kan ni. haha. Memang fun bila you tau yang you sedang mimpi dalam mimpi. Bunyi mcm weird and freak ye tak. Kalau sape-sape yang tak pernah dapat macam tu. Jangan jeles. Saya dah experienced it. Hehe. ^.^
:: Okey. Saya pernah reject cinta orang. And. Saya sendiri selalu gak being rejected. Bila orang reject kite dalam hati die. Its so pain. And for a while. Happiness you hilang. Rasa sedih. Miserable. Tapi. Kita act like that bukan mean kita takley terima hakikat. Just. We need time nak back to normal again. Agree.? Saya pun. Selalu gak tahan hati. Tengok laki yang saya sayang. Sayangkan pompuan lain. Everywhere. Situation macam ni akan ade. You sendiri akan rasa. It hurt sangat-sangat kan. ?:)
Tapi. Nak buat camane. Dah keadaan nak macam tu. Continue tahan hati and. And.. Haha. Lpas tu I’ve no an idea nak buat ape:)
:: Cakap pasal kahwin. You yang still bujang tu. Agak-agak bila nak kahwin huh.? Haha. Pernah terfikir pasal tu kan. ? Jangan nak tipu cakap tak pena!
Okey. saya memang tak pernah target nak kahwin umur bile. Tapi. Just nak you tau. Saya ready je nak jadi isteri orang. Just if. Orang yang nak kat saya tu lamar saya. Ehe. Kalau boleh. We loved each other. Kalau sorang je yang ader perasaan. And lagi sorang takder. Perkahwinan tu macam takder makna rite. Kalau dah kahwin nanti. Saya akan jaga future husband dengan baik. And taknk bagi die rasa lonely. Saya takkan curang and setia.:)
Please marry me mr right…
:: Saya tak pernah libatkan diri dalam cinta terlarang sume-sume tu. Haha. Saya girl yang straight. Saya bersyukur dilahirkan straight. Taknak cinta belok-belok. Bukan tak pernah pengkid ajak kapel. Tapi. Pegi mati lah cinta belok2 awak tuh. haha. Freak.!
Okey. Kalau you yang bercinta belok2 tu. Jangan terasa hati dengan my words pulak. Saya bukan hina cinta belok2 awak. Tapi. Saya just rasa merapu je sume tu. Terpulang kat diri-sndiri lah nak pertahankan ke aper. Okey. Deal.?:) Saya tak blame awak. Dari sudut yg lain. Awak da memang ade perasaan tu dalam hati rite. Saya faham tu. Sebab member2 ramai gak yang bercinta belok2 ni. And diorang susah nak keluar. Ah. Penat lah nak fikir perasaan cinta belok2 awak. Haha. Seetle kan sendiri mcmana nak jadi normal okey. Good luck!.
:: Kalau you pasan. Saya suke ulang-ulang ape yang saya pernah cakap.:)
Sebab ape saya macam tu? Saya selalu lupa ape yang pernah saya cakap in previous conversations. So. That’s it. Haha.
:: Time darjah 4. Saya pernah cube larikan diri. Okey. Ni sound macam bodoh2 sikit. Tapi. Hahaha. Taktau ape yang ade dalam pemikiran saya masa tu. Kalau tak silap. Saya buat macam tu sbab stress taknak balik umah kowt. Darjah 4 sesi pagi kan . So. Tgahari tu lepas abes waktu skolah. Curi2 larikan diri. Driver my dad masa tu tengah tunggu kat luar pagar sekolah. Saya berjaya cabut lari and jalan kaki pegi beach. Kebetulan. Beach tu dekat sikit dengan sekolah saya. Saya lepak mandi. Main pasir. Sampai larut malam. Then. Baru lah my family found me. Itupun sebab saya tengah follow pasangan couple ni yang time tu nak bawa saya pegi balai polis. Sengal gak kalau ingat balik.:)
:: Saya pernah dapat cincin dan rantai dari lelaki yang sukakan saya. Nama die raynier. Kenal die kat uitm perak. Siap dengan surat cinta kowt. Haha. Serius. Saya sangat appreciate gift tu. Lagipun. Saya agak minat sikit kat budak lelaki tu. Tapi. Kitorang keep in touch masa tu thru surat . Fungsi henset just untuk received call dari die. Seriously suka kawan dengan die. Memang pernah teringin nak serius dekat die. Sebab die pun ask me to wait him. Tapi. Kitorang lost contact since 2007. Saya tak ingat camana kitorang boley lost contact. Lama-lama. Masing-masing senyap macam tu je lah. Sedih gak. Tapi nak buat cmane. Peoples come. Peoples go….
:: Saya pernah bagi gift kat dua orang lelaki je seumur idop. Zach n adam.
Just bagi shirt kat zach. Itupun lepas clash dengan dia. And kat adam. Sy bg barang gym and keychain for his birthday.
Saya bukan girl yang reti nak belikan present untuk orang. So. Agak tak reti sangat nak belikan hadiah untuk orang.
Saya belikan barang-barang tu with money yang saya earn sendiri. So. Good feeling bila dapat bagi sumting dengan duit hasil titik peluh sendiri.
:: Masa study architecture. Time tu. Balik dari kelas malam. Bila balik hostel. Went to my room. Then. Tengok atas katil saya ader sampul. Dalam sampul tu ader gelang. Gelang tu ada nama sy. ‘biby’. Dari unknown person. Siap ader letter lagi. Wish me good luck sumting kowt. Saya tak ingat sangat dah isi surat tu. At first. Saya fikir. Roommate yang bagi ke. Or kawan-kawan rapat ke. Yelah. Manatau saje je nak pedajal saya ke. Kan kawan-kawan suke buat macam tu. Haha. Tapi. My roommate cakap. Diorang tak bagi and just tolong letak sampul tu kat atas katil saya je sebab diorang jumpe kat bawah pintu bilik kitorang. For me. It was a special gift la. :)
Boleh jadi orang yang bagi gelang kat saya tu sedang baca my blog ke. So kepada awak yang bagi gelang kat saya. I wanna say. Thanks sangat-sangat bagi gelang tu. Appreciate it. Tapi. Saya tak sengaja hilangkan gelang tu. Sorry sgt2. You never know if someone stalk your life kan . Dalam ramai2 member. Just maybe ada sebilangan kecil je yang akan rajin baca my blog.
Setiap orang tu sure ader secret admire masing-masing. Beza nyer. Ramai or tak ramai. And ada yang berani show up and ader yang curi2 je.
:: Cakap pasal ramadhan. Hey. Saya pernah ponteng pose tau. Tahun 2011 paling latest. Taktau nak kata sengaja atau tak sengaja. Tapi pendek citer. Saya ponteng puasa. Saya harap. Itu tahun terakhir saya ponteng. 2012 ni taknak ponteng2 lagi.
:: Nak share about story syawal plak. 2007. First and last year beraya dengan lelaki. Lelaki tu bf sy masa tu. zach. Tak plan pun nak beraya dengan dia. Malam raya tu. Mama zach call ajak datang umah. Sangat-sangat la nervous masa tu. haha. Mama bf call. How you think huh.?:) So. Memula tu cakap taknak follow tapi since mama zach beriya-iya. So. Agree je lah. Zach yang pick up bawa stay umah. Then stay dengan mama die. Mama zach bagitau. Sebenarnyer zach yang beriya-iya nak saya stay with them on raya event. Kalau tak, zach merajuk taknak makan.
Gosh. You tau tak. Saya really touched I tell you!!! Really touched.! Zach begitu treat me nice and too much love me. ! Dia nak saya kenal all his family. Pagi raya diorang balik kampong. Saya follow skali and pakai baju kurung mama zach. Haha.
Ramai gile saudara-mara zach and. Saya rasa segan gile. Diorang sume pk saya ni wife zach sumting. Diorang ziarah kubur. Saya follow. And saya yang payungkan mama zach masa tu. It’s a feeling yang saya tak dapat nak described. Saya tak pernah ader memory dengan zach selama ramadhan. Tak pernah sahur atau berbuka dengan die. Eh ader. Last ramadhan. Saya berbuka dengan diorang sekeluarga kat umah. Hah. Yang tu je laa.
Saya tak pernah beraya dengan adam. Just ader memory dalam bulan ramadhan je. Sahur dengan die.:)
:: Sepanjang couple dengan zach. Tak pernah tangkap gambar dengan die. Memang jenis yang tak suke bergambar berdua dengan lelaki. Zach selalu nak tangkap gambar while kitorang tengah date tapi saya elak. By the way. Saya tak pernah date dengan zach berdua. haha. Selalu je abang die ade with us. Nak pegi mane2 kena ade abang die sekali. well. I guess. Its a good date.:)
:: Parut luka kat kepala saya sangat banyak. Tapi memang ramai yang tak pasan. Kesan hentakan. Kulit kepala saya dah banyak kali terkoyak. So. Saya tak sure if ini lah salah satu punca saya jadi keras kepala and degil.?
Mungkin disebabkan kepala saya dah banyak kali dihentak. So. Ada pena sekali tu. Saya lupa ingatan kejap. Memory saya hilang for a while. And dengan kuasa Tuhan. Later. Baru I got my memory back. Huh. Nasib baik.:(
Hey. You takkan suka bila memory you hilang ok. Sampai sekarang. Kadang-kadang saya masih rasa tak percaya yang saya pernah experienced it. Dapat ke imagine kalau hilang ingatan forever.? huhu.