Subscribe:

Tuesday, 24 July 2012

FOURTH RAMADHAN 2012

Semalam kira sahur keempat dalam bulan ramadhan nie kan. So Alhamdullilah. Saya dikejutkan oleh alarm henset. Lepas tuh. Saya turun lah dapur sambil dengar music dalam henset dengan earphone, dan tolong sediakan makanan untuk sahur. Dah siap semua baru kejutkan akak. Then akak turun dapur tapi dia tak makan. Sebab datang bulan. Dia just bancuhkan minuman panas untuk abang ipar. So. Saya sorang je sahur semalam. hehe. Time bersahur tu, apple sweetheart text. So kitorang mesej sampai pukul 7 pagi kot. Itupun saya yang say goodbye dulu. Kalau tak, mesti apple taknak berhenti mesej. 

Berbuka tadi pula. Ala kadar jugak. err. Bukan ala kadar kot. Agak banyak juga lauk yang akak beli. Rasanya dia singgah bazaar ramadhan kot. so. Kitorang makan sekali lah. Setakat ramadhan sehingga hari nie, saya belum lagi menunaikan solat terawih. Harap-harap minggu depan boleh. Tak kisah lah kat masjid mana-mana pun. :)

Sahur malam nanti pula dah masuk sahur kelima ramadhan. wah. Cepat nyer masa berlalu. Pejam celik esok dah raya. hehe. Apa-apa pun. Ramadhan tahun nie agak tenang bagi saya. Saya rasa macam tu. Taktau lah korang yang lain camana kan. Lain orang, lain perasaan. Saya masih tak buat apa-apa persediaan untuk sambut raya. haih. Just follow the flow lah kot. Tak berani nak rancang. Baju raya pun tak beli lagi. =.=





MEMORI 22 JULAI 2012

22hb julai 2012 arituh, iaitu bersamaan dengan hari kedua ramadhan. Saya berbuka puasa dengan dua orang member dekat bazaar ramadhan jalan raja alang. Dua orang member tu nama nyer joker dan wawa. Actually, tak plan pun nak berbuka puasa sesama. Last minit punya plan je. Tapi tak sangka last minit punya plan tuh laa selalu menjadi kan. So. Saya sampai dulu dekat bazaar tuh. Sekitar pukul 6 petang macam tu kalau tak silap. Saya usha kuih pelita untuk akak. Dan saya tak beli apa-apa untuk diri sendiri time tu sebab niat di hati nak tunggu diorang joker dan wawa sampai, baru ingat nak usha makanan sesama. 

Tapi lain pulak yang jadi. Joker dan wawa sampai lambat kat bazaar sebab salah info punya pasal. Tu alasan diorang. haha. Diorang salahkan saya sebab salah bagi info kononnya. Tapi rasanya saya dah bagitau info tempat yang betul. Haih aper lah diorang nie kan. Sesat nak cari bazaar je nak berjam-jam lama. Lagi dalam 5-10 minit waktu nak berbuka puasa, baru diorang sampai bazaar. Bayangkan lah. Mana sempat nak cari makanan.. Tapi apepun. Kitorang member yang cool. No hal lah setakat lambat tuh kan. Lepas je diorang joker dan wawa sampai, kitorang pun beli air. Lepas beli air baru lah kitorang beli makanan ala kadar. Itupun, kebanyakannya dah banyak gerai tutup. Kitorang berbuka sambil berjalan. Sebab takde tempat duduk. Dah agak-agak macam penat, barulah kitorang bertiga duduk kat satu sudut tepi jalan yang ada penghadang jalan. So kita continue makan kat situ je tanpa meja. 

Kitorang makan dengan sempoi je time tu. Tapi bagi saya. Pengalaman berbuka macam tu agak seronok juga kot. Pertama dan terakhir. haha. Lepas kitorang makan, terus gerak pergi mid valley pula. Main bowling. Yang ni tak rancang pun. Last minit punya plan jugak. haha. Semua last minit lah punya rancangan. Kita gerak pergi mid valley dengan teksi. Ingat memula tuh nak naik bas. Tapi masing-masing tak nampak kelibat bas pun lalu kat jalan raja alang tuh. So kitorang terpaksa berdiri kat tepi jalan raya nak tahan teksi. Itupun agak macam kelakar jugak. Sebab. Takde teksi nak berhenti time kita tahan. So kitorang pun jadi perhatian orang ramai lah time tu. Lama jugak kot saya, wawa dan joker berdiri tepi jalan. haih. Tak dapat bayangkan kalau sorang-sorang tunggu teksi time tu. Malu beb! haha.

So lepas main bowling kat mid valley tuh, kitorang pun balik. Tapi balik asing lah. Saya sorang. Diorang berdua. Apepun. Thanks lah sebab dapat luangkan masa bersama-sama kawan. Even banyak perangai gila masing-masing masa tuh kan. Tapi yang penting kita happy. Dan sebelum terlupa. Saya sempat tengok movie batman time tu jugak. Tapi tengah hari. Kat gsc the club mid valley. Even kena bayar rm25, tapi saya rasa berbaloi lah sebab selesa. Memula ingat nak tengok kat pawagam biasa je, tapi bila tengok orang ramai beratur panjang. Then saya pun rasa malas nak beratur. hehe. Malas nak buang masa. Lagi pun saya sorang je. Lain lah if ramai-ramai kan. Best lah nak beratur panjang. Sekurangnya ada teman nak berbual sementara nak tunggu giliran sampai. Dan sebenarnya. beratur tuh satu kelemahan saya. Kira satu perbuatan yang saya sangat tak suka nak buat. Cukup benci nak beratur. Tak sabar nak tunggu step up movie pulak.