semalam. saya dah public kan semula blog nih. finally. heheh. :) setelah tiga bulan private kan. kawan-kawan twitter yang mendorong saya untuk berbuat demikian sebenarnya. dan saya rasa, dah sampai masanya untuk berkongsi cerita bersama kawan-kawan di luar sana. fikir-fikirkan balik, takde lah masalah if public visit my blog kan. :) lagipun saya ber blogging bukan untuk mencari publisiti. (amboih publisiti? ayat takleh bla.haha )
blog adalah medium dimana saya boleh mencurahkan apa saja yang saya mahu dan suka. ala-ala diary tapi bukan sepenuhnya diary. alaa. blog bukan sekadar tempat untuk meluahkan perasaan atau menyindir seseorang okey. haha. awak jer yang suka salah guna blog sebagai tempat melepaskan perasaan cinta segala. :P apapun, kena lah bijak balance penulisan. itu lebih baik pada saya...
saya cukup muak bila jenguk blog siapa-siapa saja yang lebih kepada perasaan cinta. entri sebegitu membuatkan saya muak dan malas. kalau sekadar satu atau dua atau tiga entri berkenaan cinta, mungkin saya boleh faham. yelah siapa tak suka bercerita pasal cinta bukan? saya pun suka aper. :) tapi janganlah sampai keseluruhan blog asyik cakap pasal cinta. duh. letih lah beb. pelbagaikan lah isi kandungan blog awak. sebab saya juga suka belajar melalui kisah hidup orang. jenis saya, suka stalk blog mereka-mereka ynag bercakap mengenai ilmu pengetahuan. serius suka! :) sebab saya suka explore benda-benda yang boleh buat saya berfikir mengenai kehidupan.
kepada visitors, blog saya memang agak cool dan ringkas bukan? :) ia tidak begitu sebelum ini. di awal-awal dulu, blog milik saya nampak serabai. chatbox nak letak. lagu nak letak. radio pun sakai nak letak dalam blog. kira nya, semua ada dalam blog saya sebelum ini. dan macam-macam lagi cool emotions semua-semua tuh. lepas tuh. saya rasa tak puas hati tengok blog sendiri sedemikian rupa. yelah. macam blog orang sakai. bhahahahahaha. so saya explore slowly sendirian berhad. google itu ini. berjaga sehari suntuk. dan akhirnya. jadilah blog seperti yang saya idamkan. seronok ada identiti sendiri dalam blog bukan? tak perlu terikut-ikut dengan mana-mana blog. tak elok lah ciplak-menciplok nih. :)
saya tak tahu akan ber blogging sampai bila. kerana ceritera hidup dalam sehari-hari hidup sentiasa ada. hehe. saya berazam taknak kumpul followers dalam blog tapi. hehe. since itu adalah..adalah..adalah...
*
*
*ADALAH??????
uh.haha. entahlah. penghabisan ini awak lah tentukan sendiri okey. ^.^
*
*
*ADALAH??????
uh.haha. entahlah. penghabisan ini awak lah tentukan sendiri okey. ^.^