Subscribe:

Sunday 1 April 2012

MULTITASKING MALAM ISNIN

mengada lah kan malam-malam nih. berjaga sorang-sorang dekat ruang tamu. pagi nih dah masuk hari isnin. hari untuk bekerja. grrr. mata oh mata. what happened to you? ish ish. =.=. jam pada lappy saya dah pun menunjukkan pukul 1.08 pagi. dan saya busy kan diri dengan blog dan juga ber tweet. sambil ber music layan hits.fm. no music no life lah beb! haha.

nih kira first day dan first night lah saya too much friendly dalam twitter. haha. selalu sumpah tak macam nih.
mungkin sebab malam nih mood ada. my family semua dah tidur. so. saya lah conquer tv. selalunya, adik-adik kecil lah yang kawal tv tak bagi saya yang kakak nih tengok my favourite channel. nasib baik korang comel! ^.^diorang lah teman bergaduh everyday. before kerja kena menghadap diorang, pastu balik dari kerja pun kena hadap diorang lagi! duh.. tahu-tahu saja lah mood saya yang swing nih. kalau kena mood caring takpe lah juga. if mood saya shitto? hah. kesian lah adik-adik yang comel itu kena marah. :( sob sob. hehe. tapi diorang nih tak takut sangat kat saya pun. mungkin sebab saya lebih banyak manjakan diorang daripada marah. takut dekat saya pun kejap-kejap je. 

weekdays saya selalu bangun dalam pukul 6 pagi atau 7 pagi. bermalas-malasan di atas katil empuk sebelum pergi mandi. lepas tuh baru lah bersiap pergi kerja pulak. sumpah liat nak bangun tidur on weekdays. grrr. kalau malas kerja, then duit nak korek mana pulak kan. orang cina selalu cakap. kalau malas, tak dapat makan. haha. 

perasan tak. perempuan nih memang hebat dalam multitasking kan? hehe. nih la skiil yang lelaki tak boleh buat. ^.^