2011, saya dan some friends lepak-lepak dekat laundry the curve. saya tak snap gambar banyak-banyak sebab that night saya sexy sikit. okey saya admit yang im sexy sikit actually. just malam tuh sexy too much pulak.
emm. saya nak bagitahu awak pendapat saya nih. hope sporting dan open minded okey. saya dapat rasakan. bila everytime saya pakai seksi, ramai lah laki-laki tak kelip-kelip mata. dalam hati sebenarnya rasa takut. dalam situasi macam nih, saya tak berani layan siapa-siapa pun yang come tegur tau hehe. sebab they all hipokrit. they come to me sebab saya pakai macam tuh. so far. so dirty mind.
lagipun saya tak berani kawan dengan laki-laki yang mata rambang. saya prefer laki-laki yang tak nak pandang gegurl no matter what. maksud saya macam tak kira lah cantik macamana pun pompuan tuh, tapi laki-laki takkan pandang. hah. lelaki yang macam tuh lah yang boleh dipercayai. sebab mereka tidak tertipu oleh luaran semata-mata. saya nih jahil banyak tau. bukan sikit. sebab tuh lah saya kena cari lelaki yang saya maksudkan tadi. sebab lelaki seperti itu lah yang boleh sejukkan hati saya atau membimbing saya.
saya memang suka sangat berfesyen. dan saya boleh nilai sendiri. ramai lelaki yang suka bila perempuan tahu berfesyen. diorang akan come to us. diorang akan cakap kita nih cantik lah. beautiful lah. dan macam-macam lagi kata pujian. tapi. saya sebagai perempuan, saya tak berbangga dengan semua tuh. i mean, saya tak berbangga dengan pujian melambung semua tuh. tak bagi kesan langsung. cuma kadang-kadang rasa malu segan juga. yelah. perempuan kan. ego macamana pun masih tak boleh lari dari hakikat sebagai perempuan yang ada perasaan ego.
bagi saya, perempuan yang bertudung dan ada personaliti yang sopan tuh lagi comel dan cantik di mata saya. yang bertudung tapi perangai tak sopan, memang out lah. haha. tak comel langsung okey. apapun. saya tak layak menilai. cuma bercakap jujur dengan apa yang saya rasa saja. saya hormat kepada mereka yang bertudung dan berperangai sopan. sangat-sangat salute. :)
kalau nak bandingkan dengan saya. ish ish. jauh benar. saya tidak sopan. saya macam-macam. gila-gila. suka mencarut. bla bla bla yang tidak ada persamaan dengan seorang muslimah. yang dah pakai tudung jangan lah freehair in future pulak okey. :) kekalkan lah begitu. jadikan kami yang freehair ini berasa malu dengan awak. doakan lah kami akan berubah. huh. Amin. :)