Subscribe:

Thursday, 25 October 2012

MMU VISIT




Hari ini saya dan dua orang team Arecca Architect Company follow cik arkitek adrianta ke Multimedia University Cyberjaya untuk buat presentation mengenai beberapa projek. Jadi ini dikira sebagai menambah ilmu pengetahuan kepada kami bagaimana hendak berdepan dengan klien dalam situasi sebenar. Bagaimana mahu yakinkan pihak klien bahawa projek yang diusulkan oleh pihak arkitek boleh dipercayai. Dan sudah tentu pengalaman sebegini tidak akan saya lupakan. 

Ikutkan hari ini, Arecca Architect Company bukanlah hari bekerja pun. Cuti sempena Hari Raya Aidiladha. Tapi. Demi ingin turut serta dalam  menjayakan misi presentation yang disempurnakan oleh Cik Arkitek kitorang iaitu cik Adrianta, saya dan dua lagi rakan sekerja sanggup ketepikan soal cuti. Sebelum ke Multimedia University Cyberjaya, kitorang berempat singgah makan tengahari kat restoran saba di sekitar Cyberjaya. Team daripada Arecca Architect cuma kami berempat. Ketika kami sampai di restoran saba tersebut, beberapa orang besar selaku developer, QS person juga turut serta untuk makan tengahari bersama. Mereka antara orang-orang penting yang bekerjasama dalam menjayakan presentation petang tadi.  

Saya berasa sangat berbesar hati dapat turut serta pada hari ini. Berjumpa dan dapat duduk bersama-sama orang kuat Multimedia University didalam bilik mesyuarat tadi sangat-sangat tidak dapat dilupakan. Ia satu penghargaan buat diri saya yang masih kerdil didalam bidang architecture ini. Saya harap dapat explore lebih banyak lagi dan boleh improve kan skiil dari masa ke semasa. InsyaAllah. 




Thursday, 18 October 2012

SHOWDOWN 2012 BERSAMA BOYFIE

Cerita nie dah berlalu pun. dah lebih kurang sebulan yang lalu. Saja je nak kongsi ceritera ni kat awak. 15 september 2012, bersamaan hari sabtu. Boyfriend saya terlibat sekali dengan program showdown 2012 kat 1 utama shopping centre kat damansara. Saya bertindak sebagai peneman beliau je. So. Pada hari tersebut, memang ramai penari-penari dari seluruh malaysia berkumpul. Yelah kan. Dah namanya program tarian. For sure lah penari yang ramai turun. Takkan pelumba kereta, atau pemain bola sepak, atau tukang masak pula yang ramai. haha. Saja je cakap kosong. Cool beb:)

Saya takde lah asyik berkepit dengan boyfriend. Saya biarkan dia buat aktiviti dia, dan saya buat aktiviti saya. Walaupun macam tu. Dia kejap-kejap akan datang lepak dengan saya. Taknak bagi saya rasa dia sibuk dan lupakan saya. hehe. First time seumur hidup ni, tengok showdown secara live. Sebab biasanya just lepak tengok depan tv je. Itupun tak follow sangat. 

Tapi sebenarnya, showdown kali tu bukan saya nak lepak tengok sangat pun. Disebabkan boyfriend terlibat buat show, tu yang saya bersemangat nak pergi. Seronok dan enjoy tengok budak-budak remaja menari. Tapi. Hati saya tak tergugat lah. Walaupun hari tu boleh cuci mata puas-puas. hehe. Tumpuan saya tetap kepada boyfriend juga. Saya asyik perhatikan je dia dari jauh, ape yang dia buat. Dengan siapa dia bergaul. 

Malam 14 sepetember 2012 tu. Saya dan boyfriend ada dating dan sempat gak tengok dia training untuk show. Dia pakai kemeja biru yang saya suka. Taktau lah nape. Suka sangat tengok dia pakai baju kemeja biru tu. Nampak sangat-sangat hensem dan good looking. Dan. Buat hati saya cair. Dan buat mata saya taknak tengok orang lain. hemmm. Ni terlebih puji dah. Tapi saya tak pernah bagitau dia. Walaupun camtu, boyfriend tetap tau saya suka dia pakai baju tu. hehe. Dia sentiasa tau apa yang saya suka atau tak. Dia sentiasa tau apa yang ada pada saya, baik buruk saya. Dan dia tetap tak tinggalkan saya. Itu salah satu yang penting dalam satu-satu hubungan kan. 

Kelemahan boyfriend yang saya kadang-kadang risau, panas baran dia je laaaa. Dia kalau marah, saya pun boleh jadi senyap membisu. Tapi setiap kali dia terlepas marah kat saya, dia cepat-cepat pujuk. Minta maaf bagai. Kekadang tu, saya rimas gak bila dia lepaskan kemarahan kat saya. Tapi. Bila dia berlembut. Saya lagi lembut. hehe. Saya tak sanggup nak biarkan dia dalam keadaan marah atau serba-salah lama-lama. 

eh. Dah tertulis pasal boyfriend pula. hehe. Sambung cerita pasal showdown hari tu. Program tu habis lewat tengah malam. Dalam pukul 1 lebih camtu kot. Ada artis-artis yang saya tak minat sangat. Macam joe flizzow. Dan lain-lain. hehe. Lepas je abes, kami ramai-ramai naik bas tv3 dan pulang ke tune damansara. Sebab semua peserta duduk sana. Saya join sekali. Lepas tu kawan-kawan boyfriend dari group lain asyik sakat kitorang. hehe. Bagi saya biasalah tu. Macam tak biasa kacau pasangan kekasih ni kan. ^.^

Lepas tu. Keesokkan harinya. 16 september 2012 bersamaan hari ahad. Kitorang lepak-lepak lah pergi mana-mana. Tapi yang lebih penting. Yang saya tak dapat nak lupakan sampai bebiler. Hari tu. Boyfriend temankan saya pergi sri petaling untuk cari lokasi office baru. Kitorang bergerak kesana-sini dengan public transport. walaupun dia sangat penat masa tu. Dia sanggup temankan saya. Taknak bagi saya buat kerja sorang diri. Saya tersentuh beb. Nak nanges rasanyer. :( Lepas tu. Kitorang makan kat gerai tidak jauh dari lokasi office. Time tu. Kita sembang banyak benda. Dia cakap. Dia dapat rasakan yang kami berdua ada jodoh. Emmmm. :))

Walaupun masa tu, saya kekurangan bajet. Tapi boyfriend sanggup keluarkan belanja untuk semuanya. dan dia siap bagi duit saku kat saya lagi. lepas tu. Kitorang berdua gerak pegi bukit bintang. boyfriend dan krew dia buat baskin kat situ. Baskin ni macam menari dan orang akan bagi duit. hah lebih kurang macam tu lah. Tapi diorang menari sebab kepuasan bukan sebab duit pun. Itu apa yang saya tengok laa. Kalau dah minat menari, sanggup buat apa je ke arah tarian kan. :) Lepas diorang baskin, then kitorang lepak kat kedai minum area situ. Kebetulan kedai tu bersebelahan dengan kelab malam gay. awww. So memang ramai lah gay dan pondan kat situ. Taktau lah nak kata ape. Malas nak masuk campur. 

sepanjang lepak dengan boyfriend time showdown tu, kitorang tak tangkap gambar langsung. saya saja taknak. sebab. kalau boleh. saya taknak kitorang tangkap gambar terlalu banyak. biarlah sedang-sedang saja. InsyaAllah akan berkat lah hubungan ni. saya akan cuba buat sebaik mungkin ke arah perhubungan yang betul dan berkat. Amin. 

lagi dalam dua minggu lebih camtu, my birthday. tapi hari tu pula waktu kerja weekdays. ingat nak ajak lepak dengan boyfriend. samada saya yang ke rumah beliau atau pun dia yang datang kesini. tapi. Hanya Allah yang boleh menentukan takdir pada hari tersebut. Kita cuma merancang banyak-banyak. Macam biasa lah. :)






SAKIT HATI = ASAM GARAM HIDUP





Pernah tak cuba faham. Apekah maksud "sakit hati" dalam konteks bahasa skema.? haha. Sebenarnya saya sendiri pun tak pernah ambil tahu. Ape yang saya tahu, sakit hati memang satu penyakit yang boleh buat mood saya rosak. Sakit hati takde penawarnya. Kalau ada siapa-siapa ada penawar untuk menyembuhkan sakit hati ni, tolonglah share kan kepada saya ye. Okey lah. Saya pun tahu lah. Bila sakit hati, kena ingat Tuhan. Kena berzikir. Dan solat semua-semua kan. 

Cuma itu kalau jawapan dari segi keagamaan. Saya nak bawa awak kepada realiti. Sakit hati nie memang susah nak dirawat. Dan memang takde ubat. Saya taktau lah kalau awak. Tapi bila saya sakit hati, apa yang saya selalu buat untuk menenangkan jiwa dan raga ni. Saya akan keluar pergi mana-mana tanpa arah tuju. Dan akhirnya dari takde arah tuju tu, tetiber boleh jadi ada tuju akhirnya. haha. Tak faham? Okey macam nie. Biasalah kalau sakit hati ni kan. Semua rasa tak kena je. So saya akan keluar dari rumah dan naik public transport pergi mana-mana. Dan bila bas dah sampai ke satu tempat ni, saya akan turun dan tetiber saya akan ada benda nak dibuat disitu. hah. Lebih kurang macam tu lah. Kalau bab nak bagi orang faham ni, agak payah beb. haha. Tolong faham-faham sendiri lah ye.

Biasanya kalau kebetulan tengah lepak dalam mall dalam keadaan hati tengah sakit, saya prefer tengok wayang sorang-sorang. Tak contact kawan-kawan. Memang terasa freedom lah. Sebab jenis saya nie, bila tengah takde mood, tak suka bergaul dengan orang. Melainkan kalau member tahu peel saya. Biasalah kan. Bukan semua member boleh nak ikut peel kita. Saya nak mengelak daripada tersakitkan hati member, tu pasal taknak ajak diorang lepak time keadaan macam tu. Bayangkan lah. Kita tengah sakit hati. Pastu kena layan karenah member yang menyakitkan hati. Lepas tu kita sakitkan hati diorang balik. nah. Kesimpulannya. Semua sakit hati. haha. Tak best lah kan...

Sakit hati ni boleh terjadi akibat daripada macam-macam sebenarnya. Depends on person juga. Kalau macam saya sendiri. Saya cepat sakit hati bila orang tak bagi ape yang saya nak. Memang membuak-buak perasaan sakit nak marah. yelah. Kalau dah sakit hati, konfem lah nak angin, nak marah bagai.. Dan bila pakwe marah saya, saya akan sakit hati juga tapi emosi nyer terbalik. Saya sakit hati dan akan menangis. haha. Tadi sakit hati nak marah kan? hah kalau kena marah, sakit hati dan menangis lah jawabnyer. Itu lah permainan sakit hati ni kan. Nampak? Mungkin juga akan buat marah, mungkin juga akan buat sedih. Tapi kalau sakit hati dan gembira itu saya tak pernah alami lagi. haha.

Setiap tahun, akan ada je pengalaman dan cerita-cerita mengenai sakit hati nie. Kalau setiap hari nak sakit hati, baik tak payah hidup beb. Itu gedik. Kekadang kan. Memang akan ada orang yang keluar masuk menyakitkan hati kita. Tak kisah lah ape punca. Mesti akan ada. Saya taktau nak kata. Sakit hati ni penyeri kehidupan atau tidak. Sebab kalau nak ikutkan kepala saya, sakit hati perosak bukan penyeri. haha. sorry lah. Saya sangat tak suka sakit hati. Nak buat apa pun tak jadi. Gelisah campur celaru jadi nya. Kalau kuasa di tangan saya, sikit pun saya taknak hati saya disakiti. Atas alasan apa sekalipun. Saya taknak hati saya diganggu

Semua orang macam nie kan. Tapi apa yang saya boleh pelajari. Banyak benda lah sebenarnya. yelah. Kena juga terima hakikat yang kita tak boleh elak dari disakiti. Cuma. kita mampu mengubatinya. Sekarang ni. Saya bukan berstatus single lagi macam sebelum ni. so. Saya punya ubat dan penawar segala luka mestilah kekasih hati. hehe. Tuhan selalu dihati. keluarga pun. kawan-kawan pun. Ikut pada keadaan lah. Memang sentiasa ada jalannya. Banyak benda boleh dibuat kalau nak reda kan luka di hati. 

Kalau zaman ketika saya tak matang dulu-dulu. Bila sakit hati je, saya akan gaduh dengan orang yang buat saya sakit hati. Biasalah remaja kan. Tak suka fikir panjang. Main gaduh je lah. Macam cool je gaduh-gaduh ni kan. hehe. Tapi kalau tengok musuh saya dibelasah oleh tangan sendiri, memang terasa kepuasan yang perrrrgggghhhh. Nikmat beb. so. Itu kisah dulu-dulu. Kalau sekarang. Bila berhadapan dengan orang yang menyakitkan hati saya, saya akan bersemuka dan berbincang. Cuba bertanya dari A-Z. Ape kes sampai dia nak buat saya sakit hati. Kalau betul salah saya, saya akan minta maaf. Tapi kalau dia saja-saja nak tengok saya sakt hati. Saya akan angkat kaki dan blah. Cuba elakkan diri daripada orang sebegitu. hah. Senang cerita. Biar dia layan perasaan dia sorang diri. Lama-lama dia yang akan jadi sakit hati sendiri. Betul tak. haha.  Ingat depa je reti main saiko dengan hati orang ke? Saya pun terer baq hang..

Lagi satu situasi sakit hati nie. Bila tengok orang yang kita sayang sakit hati. Kita pun akan terasa sekali kan? Macam... dia disakiti oleh orang ke. Dia dianiaya ke. Dia ditipu ke. hah. Yang ni ape kita mau bikin? Ape mau buat? Nak masuk campur pun tak boleh sebab risau nanti memburukkan keadaan. Tapi nak duduk diam seolah-olah takde apa berlaku pun tak betoi. Jammed otak. =.=

So. Kalau boleh. Jangan bagi peluang kat orang untuk menyakiti kita. Cakap senang tapi buat pun senang maaa. :p
^.^


SAKIT HATI ITU ASAM GARAM HIDUP




Wednesday, 17 October 2012

MELAYU VS CINA

Okey sebelum tu, saya nak minta maaf kalau-kalau ada menyinggung perasaan sesiapa. Sebab saya menulis berdasarkan buah fikiran yang secara tiba-tiba menerpa di kepala hotak nie. Tapi sebenarnya saya tak suka minta maaf sebab setiap orang ada pendapat masing-masing. Tapi minta maaf saya ni cuma sebagai pembuka kata agar awak rasa sejuk hati. Dan tidak terlalu emo semasa proses meneruskan pembacaan nanti. Saya benarkan awak bermonolog dengan pendapat sendiri. Dan saya benarkan awak untuk berfikir cara awak. Tetapi untuk berdebat dengan saya pasal entri ni, simpan saja lah niat awak kan. Sebab saya sangat-sangat pasti apa yang saya beritahu, semuanya memang logik dan benar-benar kenyataan, bukan rekaan semata-mata untuk menyakitkan hati bangsa melayu. 

Setelah saya cuba menjalankan ujikaji tanpa perancangan, iaitu secara spontan lah dalam maksud lain nie kan. Saya perhatikan secara kasar. Di dalam negara malaysia nie. Terdapat sebilangan besar kelompok orang berbangsa melayu jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain seperti cina, india, bumiputera sabah & sarawak, dan tidak lupa juga keturunan yang dah berdarah campuran ni. Begitu juga dengan kepercayaan yang dianuti. Macam yang awak semua tahu lah. antara agama-agama yang dianuti seperti islam, kristian, buddha, dan bermacam-macam lagi. 

 Jadi apa yang saya cuba sampaikan disini bukan sebab persoalan kaum atau agama yang dianuti ke apa. Cuma saya nak bagitau kat awak semua... Tentang purata kaum yang berada di hadapan dan juga yang berada ketinggalan jauh di belakang. Jika lihat secara rambang. Saya dapati. Kaum cina lebih mendominasi dalam kelompok kaum yang paling berjaya meninggalkan kaum-kaum lain jauh di belakang. Tidak kisah lah dimana tempat sekalipun didalam malaysia ini. Kaum cina berjaya dari pelbagai aspek. Buah fikiran mereka juga lebih memandang ke hadapan. Malah mereka merancang kearah kejayaan dengan hebat. Pendekkan cerita, "SMART". Inilah perbezaan yang amat ketara tentang mereka jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain. 


Saya sangat cemburu melihat seluruh kaum cina lebih maju dan berjaya di dalam negara ini melebihi bangsa-bangsa lain. Kebanyakan majikan terkaya dan berpengaruh juga terdiri daripada kaum cina. Bangsa melayu lebih mendominasi dari segi menjadi pekerja dibawah kaum cina ini. Kebanyakannya beginilah apa yang saya lihat. Sehingga hati kecil saya berkata. Mengapakah nasib melayu semakin ketinggalan jauh di belakang? Adakah melayu ini malas? Dan saya selalu mendengar perbualan diantara rakan-rakan saya. Yang pada saya ada benarnya walaupun kedengaran menyakitkan hati dan sinis. Mereka beranggapan melayu cepat berpuas hati dan malas berusaha, malas bekerja, malas berfikir, dan kaum yang sangat banyak mendatangkan masalah. 

Ya. Jika ikutkan hati, sememangnya kaum melayu boleh marah dengan penyataan mereka itu. Tapi. Sekiranya awak marah, maknanya awak tidak menerima kenyataan yang sedia ada. Sememangnya kaum melayu kebanyakkannya begini. Tidak semua tetapi tetap ada dan jumlahnya ramai. Kaum yang lain semua sibuk berlumba-lumba menuju ke menara gading. Mereka mengejar ilmu. Tetapi bagi melayu pula, belajar bukanlah perkara utama. Malah ramai yang memilih untuk terus bekerja dan berpuas hati dengan sijil yang tidak seberapa itu. Dan walaupun begitu, melayu ini masih mengharapkan dapat menjawat jawatan yang tinggi dalam sesuatu pekerjaan. Ini tidak akan berlaku bukan? Lainlah jika awak dilahirkan sebagai antara ahli keluarga mereka yang berpengaruh, kaya. Bolehlah awak gunakan pengaruh keluarga untuk terus hidup senang. Tetapi sekiranya awak bukan dalam kelompok sebegitu, maka hendak atau tidak awak masih perlu bekerja dibawah orang. Tanpa sijil yang diiktiraf di peringkat yang lebih tinggi seperti yang diperlukan, saya rasa peluang awak untuk menjawat jawatan penting dalam sesuatu pekerjaan adalah sangat tipis. 

Dapat lihat permainan semua nie kan? Saya suka bergaul dengan kaum lain. Sebab. Pengetahuan saya akan lebih terbuka luas sekiranya saya bercampur dengan mereka. Saya suka dengan cara mereka berfikir, memberi pendapat. Dan mereka lebih terbuka. Tidak terlalu cepat emo. Saya dapat lihat sendiri. Sekiranya bangkitkan apa-apa isu pada rakan melayu sendiri, dengan cepat mereka bercakap tanpa berfikir. Pada saya, perbualan seperti itu cuma tidak membawa makna. Sebab pada saya, kita berbual untuk sama-sama memberi dan menerima pendapat. Walaupun ada sesetengah hal yang kita tidak setuju, tetapi kita perlu tahu bagaimana untuk berkomunikasi. Itu lah matlamat sesuatu perbualan sebenarnya. Bukan untuk berlumba-lumba nak buktikan siapa betul, siapa salah. Perbualan yang tidak terlalu serius tetapi berisi. Faham maksud saya? :)

Melayu selalu cakap macam ni bila saya usulkan tentang kaum cina yang lebih berduit dan mampu memiliki apa-apa saja. 

"cina banyak duit, buat apa semua boleh lah. bukan macam kita. Nak buat apa pun kena fikir banyak kali. "

Jadi persoalan saya disini adalah. Adakah kaum melayu tidak boleh mengubah takdir menjadi seperti kaum cina tersebut? Abaikan apa yang negatif. Ambil yang positif. Kenapa tidak ramai kaum melayu yang berlumba-lumba untuk menjadi orang yang berjaya? Kenapa mereka lebih suka memiliki motor berbanding kereta? Kenapa melayu sangat ramai mengabdikan diri dengan permotoran? Dan berbangga apabila menunggang motor dengan laju diatas jalan? Saya tidak merendahkan bangsa saya sendiri. Tetapi. Kadangkala saya tertanya-tanya. Dimanakah halatuju bangsa melayu ini. Kerana semakin hari semakin menjadi lain macam. Berpecah-belah. Ketinggalan jauh di belakang. Memburukkan antara satu sama lain. Tidak boleh ke kalau bangsa melayu juga berdiri sama tinggi dengan bangsa cina yang berjaya jauh kehadapan itu? Saya teringat dengan kata-kata beberapa jiran cina. Mereka cakap lebih kurang macam nie lah. Situasi masa tu kat kedai makan bersebelahan dengan jalan raya. Dan banyak mat rempit menunggang motor sambil membuat kecoh disitu. Dan masing-masing membuat aksi-aksi yang konon-kononnya style pada mereka. Tidak pada mata perempuan okey. 

"Budak melayu ni teruk lah. kerja diorang buang masa, buat kecoh. Apa sangat lah main motor. Tengok cina manada main motor. semua main kereta. Baru power. Main motor ingat dah hebat sangat lah tu. "
Pada pemahaman saya lepas dengar diorang cakap camtu, saya terasa bangsa melayu terlalu miskin. Sebab tu lah diorang cakap macam tu. So diorang bandingkan yang melayu ni mampu pakai motor je. Cina pula semua mampu pakai kereta. hah. lebih kurang camtu lah. Sape yang takde kereta tu, jangan terasa lah ye. Sebab saya pun takde kereta lagi. Motor pun takde. haha. Tapi saya ni suka berfikiran terbuka. Dan sebenarnya ada betulnya cakap cina tu. Kalau saya duduk dalam bas ke, saya suka perhatikan keadaan jalanraya diluar tingkap. Dan memang betul. Kaum cina semuanya pandu kereta. Lepas tu kereta pula baik punyer brand. (tak kisahlah kereta milik sendirian berhad atau pun hak milik keluarga). Dan kaum melayu pula lebih ramai naek motor. Kalau pun pandu kereta, kereta biasanya lebih banyak yang biasa-biasa je. Ini secara mata kasar je okey. Bukanlah saya maksudkan takde langsung kaum melayu yang pakai kereta mewah. Tapi. Sangat sederhana jumlahnya. Awak kena faham maksud saya. Hah. 

Sebenarnya. Sedih mengenangkan bangsa sendiri. Jangan hairan kerana saya kurang menekankan bangsa-bangsa lain seperti india, bumiputera sabah & sarawak, dan yang berketurunan campuran itu. Pada saya, mereka berada di dalam kelompok yang sedang-sedang. Sebab tuh la saya tak sentuh pasal kaum lain. So ambil contoh antara cina dan melayu je.

Lagi satu. Kadangkala rakan-rakan melayu saya yang sangat sentif dengan soal perkauman ni. Selalu cakap camni kat saya.

"Cina tu jadi kaya sebab diorang buat semua kerja. yang haram pun tetap halal bagi diorang."

Saya agak terkejut dengan penyataan rakan saya yang sebangsa dengan saya ni. Pada saya sendiri. Kebanyakan kaum cina menjadi kaya kerana perancangan mereka dalam merangka satu-satu rancangan itu sangat luar biasa. Mereka bekerja secara gigih dan sangat rajin. Maka itulah takdir hidup mereka terurus dan  berjaya. Sedangkan sekiranya mereka mampu berjaya dengan membuat kerja-kerja yang halal, apatah lagi lah kalau mereka buat kerja haram kononnya. Pendekkan cerita, buatlah apa saja, mereka tetap akan berjaya. Kerana mereka sangat bijak merancang dan menjalankannya mengikut perancangan. Itu yang perlu kita ambil dan contoh. Abaikan yang tidak baik. Ambil yang elok.

Soal haram atau halal kita tidak punya hak untuk berkata begitu. Kerana sesiapun tidak kira bangsa ataupun agama, didalam diri masing-masing tetap ada perwatakan atau peribadi yang sedikit jahat. Tidak boleh katakan kaum cina suka buat kerja haram. Kerana jika diikutkan, tidak ada satu bangsa atau kaum pun yang terlepas daripada melakukan kerja-kerja yang haram. Malah penganut agama islam juga turut ada. Seperti yang kita tahu kan. Penganut agama islam dikatakan berperibadi mulia dan sangat tinggi akhlaknya. Penganut islam tidak akan melakukan kerja-kerja haram. Tetapi. Wujud lagi kah keadaan itu dalam jumlah yang ramai di zaman sekarang? Apa yang saya cuba sampaikan adalah. Semua bangsa berani melakukan kerja haram. (tidak termasuk saya)

Hemm. Saya harap. Banyak sebenarnya harapan saya. Tetapi. Sangat lah elok sekiranya rakan-rakan sebangsa dengan saya yang lain juga boleh merancang dengan bijak ke arah mencapai kejayaan. Senang cakap kan.? :) Tapi itulah harapan saya. Saya nak tengok bangsa melayu kembali disegani. Taknak tengok kaum saya jauh ketinggalan di belakang. 

HARAPAN HANYA LAH HARAPAN...HAIH...



Wednesday, 3 October 2012

CORETAN HARI INI

Sekarang dah pun masuk bulan oktober. Dan hari ini genap hari ketiga saya bertugas di sebuah syarikat firma arkitek yang terletak di daerah sri petaling. Saya sungguh seronok apabila berpeluang menimba sedikit-sebanyak pengalaman disini. Dan peluang itu sudah tentu tidak akan saya sia-sia kan. Walaupun pada mulanya saya buntu memikirkan soal tempat tinggal. Maklumlah. Rumah sewa baru yang didiami dalam lebih kurang dua minggu yang lalu terletak jauh sedikit daripada pejabat, iaitu di pantai dalam. 

Saya sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada alam pekerjaan saya yang lama. Goodbye Mont Kiara. Kesana-sini berpindah-randah mencari pengalaman hidup. Itulah keseronokan sebenar bagi saya secara peribadi. 

Semasa Encik Adrianta menawarkan peluang tersebut kepada saya untuk menimba ilmu di pejabat beliau, saya tanpa berfikir panjang terus bersetuju. Saya meminta tempoh selama dua minggu dari hari tersebut untuk mempersiapkan diri dan ingin menyelesaikan beberapa hal penting terlebih dahulu. Soal rumah, pengangkutan dan sebagainya lah. Encik Adrianta beritahu saya, pejabat beliau terletak di sri petaling. Dan saya memang sangat-sangat tidak begitu familiar dengan tempat tersebut. 


Dan kebetulan pula, teman lelaki saya datang ke Kuala Lumpur pada tarikh 24hb September 2012 untuk berjumpa dengan saya. hehe. Dia memang sangat baik. Selalu disisi bila saya memerlukan dia. Jadi, dia lah temankan saya kesana-sini. Kami bersama-sama mencari lokasi pejabat Encik Adrianta ini di sri petaling. Dan membantu saya mencari mana-mana rumah atau bilik yang boleh disewa di tempat berdekatan. Dia juga yang menolong saya memindahkan barang-barang ke rumah baru. Walaupun penat, tapi apabila melakukan aktiviti bersama insan tersayang, memang bahagia saja rasanya. :)

Dalam lebih kurang seminggu juga saya dan teman lelaki bersama. 27hb-30hb september 2012. Teman lelaki ajak saya tidur dirumah keluarga dia kat perak. Itu satu perasaan yang sangat indah. Walaupun saya pernah berjumpa dan berkenalan dengan mak bapa dia, namun setiap kali berjumpa akan ada perasaan dan debaran dalam hati ni. Normal lah bukan? ehem. Cuak je rasanya. 

27hb September 2012 tu, buat pertama kalinya saya dan teman lelaki naik bas bersama. Sebab selalunya, samada saya yang akan pulang seorang diri ataupun dia. Kali itu, tanpa perancangan tiba-tiba kami bersepakat balik bersama. Seronok juga bila tidak merancang untuk melakukan sesuatu. hehe. Keluarga dia ajak saya makan malam diluar bersama. Terharu ouh. :) Dan saya turut serta melawat rumah baru keluarga teman lelaki. Dan sempat juga ikut mereka berniaga. Teman lelaki saya bertindak sebagai chef. Hati saya sentiasa cair melihat dia yang boleh melakukan apa-apa jua kerja dengan baik. Dia seorang lelaki yang boleh diharap.  

Hidup tak selalu pahit, tak selalu manis. Itu hakikat yang semua orang tahu. Tapi malas nak ambil tahu bila ianya berkaitan yang pahit bukan?. Yang manis lebih seronok untuk dikenang.