Sekarang dah pun masuk bulan oktober. Dan hari ini genap hari ketiga saya bertugas di sebuah syarikat firma arkitek yang terletak di daerah sri petaling. Saya sungguh seronok apabila berpeluang menimba sedikit-sebanyak pengalaman disini. Dan peluang itu sudah tentu tidak akan saya sia-sia kan. Walaupun pada mulanya saya buntu memikirkan soal tempat tinggal. Maklumlah. Rumah sewa baru yang didiami dalam lebih kurang dua minggu yang lalu terletak jauh sedikit daripada pejabat, iaitu di pantai dalam.
Saya sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada alam pekerjaan saya yang lama. Goodbye Mont Kiara. Kesana-sini berpindah-randah mencari pengalaman hidup. Itulah keseronokan sebenar bagi saya secara peribadi.
Semasa Encik Adrianta menawarkan peluang tersebut kepada saya untuk menimba ilmu di pejabat beliau, saya tanpa berfikir panjang terus bersetuju. Saya meminta tempoh selama dua minggu dari hari tersebut untuk mempersiapkan diri dan ingin menyelesaikan beberapa hal penting terlebih dahulu. Soal rumah, pengangkutan dan sebagainya lah. Encik Adrianta beritahu saya, pejabat beliau terletak di sri petaling. Dan saya memang sangat-sangat tidak begitu familiar dengan tempat tersebut.
Dan kebetulan pula, teman lelaki saya datang ke Kuala Lumpur pada tarikh 24hb September 2012 untuk berjumpa dengan saya. hehe. Dia memang sangat baik. Selalu disisi bila saya memerlukan dia. Jadi, dia lah temankan saya kesana-sini. Kami bersama-sama mencari lokasi pejabat Encik Adrianta ini di sri petaling. Dan membantu saya mencari mana-mana rumah atau bilik yang boleh disewa di tempat berdekatan. Dia juga yang menolong saya memindahkan barang-barang ke rumah baru. Walaupun penat, tapi apabila melakukan aktiviti bersama insan tersayang, memang bahagia saja rasanya. :)
Dalam lebih kurang seminggu juga saya dan teman lelaki bersama. 27hb-30hb september 2012. Teman lelaki ajak saya tidur dirumah keluarga dia kat perak. Itu satu perasaan yang sangat indah. Walaupun saya pernah berjumpa dan berkenalan dengan mak bapa dia, namun setiap kali berjumpa akan ada perasaan dan debaran dalam hati ni. Normal lah bukan? ehem. Cuak je rasanya.
27hb September 2012 tu, buat pertama kalinya saya dan teman lelaki naik bas bersama. Sebab selalunya, samada saya yang akan pulang seorang diri ataupun dia. Kali itu, tanpa perancangan tiba-tiba kami bersepakat balik bersama. Seronok juga bila tidak merancang untuk melakukan sesuatu. hehe. Keluarga dia ajak saya makan malam diluar bersama. Terharu ouh. :) Dan saya turut serta melawat rumah baru keluarga teman lelaki. Dan sempat juga ikut mereka berniaga. Teman lelaki saya bertindak sebagai chef. Hati saya sentiasa cair melihat dia yang boleh melakukan apa-apa jua kerja dengan baik. Dia seorang lelaki yang boleh diharap.
Hidup tak selalu pahit, tak selalu manis. Itu hakikat yang semua orang tahu. Tapi malas nak ambil tahu bila ianya berkaitan yang pahit bukan?. Yang manis lebih seronok untuk dikenang.
No comments:
Post a Comment