Hari ini saya dan dua orang team Arecca Architect Company follow cik arkitek adrianta ke Multimedia University Cyberjaya untuk buat presentation mengenai beberapa projek. Jadi ini dikira sebagai menambah ilmu pengetahuan kepada kami bagaimana hendak berdepan dengan klien dalam situasi sebenar. Bagaimana mahu yakinkan pihak klien bahawa projek yang diusulkan oleh pihak arkitek boleh dipercayai. Dan sudah tentu pengalaman sebegini tidak akan saya lupakan.
Ikutkan hari ini, Arecca Architect Company bukanlah hari bekerja pun. Cuti sempena Hari Raya Aidiladha. Tapi. Demi ingin turut serta dalam menjayakan misi presentation yang disempurnakan oleh Cik Arkitek kitorang iaitu cik Adrianta, saya dan dua lagi rakan sekerja sanggup ketepikan soal cuti. Sebelum ke Multimedia University Cyberjaya, kitorang berempat singgah makan tengahari kat restoran saba di sekitar Cyberjaya. Team daripada Arecca Architect cuma kami berempat. Ketika kami sampai di restoran saba tersebut, beberapa orang besar selaku developer, QS person juga turut serta untuk makan tengahari bersama. Mereka antara orang-orang penting yang bekerjasama dalam menjayakan presentation petang tadi.
Saya berasa sangat berbesar hati dapat turut serta pada hari ini. Berjumpa dan dapat duduk bersama-sama orang kuat Multimedia University didalam bilik mesyuarat tadi sangat-sangat tidak dapat dilupakan. Ia satu penghargaan buat diri saya yang masih kerdil didalam bidang architecture ini. Saya harap dapat explore lebih banyak lagi dan boleh improve kan skiil dari masa ke semasa. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment