Subscribe:

Sunday, 22 January 2012

MIMPI YANG ANEH

jam sudah pun menunjukkan pukul 4.05 pagi. dan saya masih belum terfikir untuk masuk tidur. belum rasa mahu tidur. dan tidak rasa mengantuk.

saya baru sahaja menghabiskan pembacaan novel karya ramlee awang murshid. saya sungguh tertarik untuk membaca karya beliau disebabkan semua buku yang dihasilkan beliau mempunyai jalan cerita yang sangat luar biasa. ia tidak menekankan tema percintaan semata-mata. tapi. secara keseluruhannya. beliau melengkapkan cerita dengan keseimbangan. beliau mengolah cerita dengan begitu kemas dan tersusun.genre seram, genre kepercayaan makhluk halus. menarik tau. awak kena cuba baca jugak.! :)

balik kepada tajuk utama. mengenai mimpi aneh seperti yang saya maksudkan diatas.
yah. memang mimpi selalunya dikaitkan dengan mainan tidur. bercirikan fantasi semata bukan.? saya tahu itu.
cuma. semalam. mimpi saya itu sedikit aneh.
menunggang basikal beramai-ramai yang mana sepanjang perjalanan diketuai oleh saya. kami cuma ingin menuju ke satu tempat. iaitu sandakan. kami begitu seperti sangat terdesak untuk pergi ke sana.
kami melalui perjalanan yang sangat panjang namun di akhir mimpi itu, kami semua tidak sempat sampai ke destinasi yang ingin dituju.

mimpi yang tergantung. saya sungguh benci situasi sebegitu.
sebenarnya. soha yang kejutkan saya dari tidur. menyebabkan saya tersedar dari tidur. sedih nya. berpisah dari dunia mimpi sebelum sempat mengakhiri ekspedisi. :(

mimpi itu meninggalkan kesan kepada saya. sehingga saat ini. saya masih memikirkan tentang nya. hmmm..
sebelum mendapat mimpi itu. dalam mimpi yang sama. saya mimpikan adam dan faisal sekali.
saya menenangkan adam yang resah. usap pipi dia dengan penuh kasih sayang. rasanya. ini kali kedua saya mimpikan adam dan faisal sekali.
bagaimana mereka berdua boleh tersesat masuk dalam mimpi saya huh.? :)

selepas mimpikan adam dan faisal. barulah saya termimpikan ekspedisi berbasikal beramai-ramai itu pulak.
kalau ikutkan dalam dunia kenyataan. saya tidak reti tunggang basikal tau. :)
tapi dalam mimpi semalam. saya sangat hebat dengan basikal.
sepatutnya kena tulis tunggang basikal atau kayuh basikal.? okey. saya sangat lemah dalam bab penggunaan tatabahasa. :)))))

No comments: