Subscribe:

Friday, 20 January 2012

LONELY BUT IM OKAY

Benar. Lonely tapi saya masih okay. Saya okay tapi saya perlukan dia disisi. Sekurangnya seseorang yang saya rasa selesa nak bersembang panjang tentang topik-topik yang tidak membawa faedah. haha. yah. saya suka kan topik sebegitu. :)
Awak kena faham. saya tidak maksudkan gosip, mengumpat, fitnah atau yang sekutu nya tau.

Jam sudah pun menunjukkan hampir pukul 2 pagi. Dan saya masih terus duduk lepak di ruang tamu rumah, menaip blog. aktiviti yang saya isi bila saja saya mempunyai masa lapang. hey. bukan senang tau hendak ada masa lapang macam ini. gunakanlah peluang sebegini dengan sebaiknya selagi fasa remaja tidak habis. haha.

Saya mungkin akan berada di johor ini selama dua minggu. kalau ikut pada perancangan awal. saya cuma perlu duduk sini selama kurang daripada seminggu. nah. biasanya keadaan kadang-kala selalu diluar jangkaan bukan. saya buang masa dengan menonton televisyen, melayari internet, kongsi cerita dalam blog, menulis diari. sungguh relax. :)

Secara luaran. Saya sememangnya nampak tenang. tapi. Jauh di dalam hati dan minda saya dipenuhi dengan rasa kecelaruan. masih sangat banyak hal yang saya selalu runsingkan. hal yang saya tidak ketemukan jalan penyelesaiannya. hal yang tidak ada titik noktah. ia sangat mengganggu konsentrasi saya.
bila mana konsentrasi saya terganggu, sangat sukar untuk berlagak seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. maksud ketenangan di wajah saya membawa maksud saya sedang dalam kebuntuan yang amat sangat. dan. saya cukup yakin. orang lain juga seperti itu. menunjukkan ketenangan di raut wajah masing-masing bila dilanda masalah bukan? :)
semakin tenang raut wajah ini, semakin sulit masalah yang saya hadapi.

Kelmarin lalu. Saya selongkar barang-barang khazanah yang saya simpan di rumah sejak tahun 2008 lagi. Dan. Saya jumpa semula cebisan nama sharul yang saya pernah buat. Tapi saya tidak berkesempatan untuk bagi cebisan nama kat sharul sebab takdir tidak mengizinkan. sharul merupakan lelaki yang pernah saya minat dulu. saya jumpa dan kenal dia dalam tahun 2008. saat itulah saya mula menaruh minat kat sharul. cuma. belum sampai tahap jatuh hati lah. pada pandangan saya sebagai individu dan sebagai seorang perempuan. sharul memiliki raut wajah yang sangat comel. suka bagi nasihat. cuma. satu hal yang saya tidak begitu berkenan. dia sangat kasar. Dan saya sangat bencikan kekasaran.

Saya hampir-hampir tidak ada ingatan tentang cebisan nama sharul tersebut sehinggalah saya ketemukannya kembali. tidak tahu sama ada saya dan sharul boleh bertemu lagi atau tidak di masa akan datang. Seandainya kami akan dipertemukan kembali, saya akan bagi cebisan nama itu kepada sharul. Dan terpulang samada sharul hendak simpan atau buang. Saya tidak kisah.

Saya seorang perempuan yang tipikal. dan mungkin sedikit pelik. Saya sendiri dapat rasakan yang saya memang tidak begitu normal seperti gadis-gadis lain.
Perwatakan juga selalu berubah-ubah setiap masa. sebenarnya. saya juga tidak begitu gembira ditakdirkan menjadi seperti ini. Saya terasa asing dikalangan rakan-rakan sendiri.
Tapi menyesali perkara yang sudah ditakdirkan bukanlah satu sikap yang bijak. Daripada terus-terusan mempersoal, lebih baik saya teruskan saja menjalani kehidupan seperti biasa bukan. :)

Saya pernah ditakdirkan kehilangan memori untuk seketika waktu. Saya pernah beritahu pasal ini in previous blog juga. itu merupakan detik yang sangat mengerikan. Syukur. Tuhan kembalikan memori itu kepada saya semula selepas itu. Dan. Semua memori sepanjang hidup masih tersimpan kemas didalam kepala ini. Walaupun samar-samar, saya masih mampu ingat setiap detik cerita yang pernah saya lalui. Dan setiap kali teringatkan kenangan yang pahit, airmata saya akan turun dengan deras sekali.

Setiap kali merindukan insan-insan yang saya sayang, emosi saya akan terganggu...
Layankan perasaan. Seribu satu macam rasa. :)

Saya mendapat petunjuk mengenai jodoh melalui naluri. Sebanyak mana saya cuba untuk menghiraukannya, ia masih tetap ada. Adakah saya boleh tolak takdir? atau terus percaya pada naluri bahawa dia lah jodoh saya.?
Disebabkan perkara ini lah saya memilih untuk tidak keep in touch dengan dia lagi. Apapun. Saya hanya boleh follow the flow. Saya tidak mampu untuk menyakitkan hati dia. Saya terlalu sayangkan dia. disebabkan perasaan sayang saya inilah saya lepaskan dia kepada orang lain. Bagi dia peluang untuk bersama dengan mana-mana perempuan yang dia mahu. Biarkan dia hidup bersama mereka.
Mungkin ini bukanlah satu pengorbanan. Cuma. lebih tepat. Saya cuma ikut jalan cerita yang Tuhan bagi. tidak merancang dan tidak menolak.

Saya tidak sanggup lihat kedukaan perempuan lain sekiranya saya terus berhubung dengan dia. Saya harap. Apa yang saya buat ini betul. dan untuk kebaikan semua pihak. dan sesungguhnya juga. Tuhan lagi tahu apa yang terbaik untuk kami. Saya tidak ada kuasa untuk menentukan jalan cerita di dalam percintaan. :)

No comments: