jam dinding menunjukkan pukul 6.12 pagi. begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita semua.
saya sebenarnya bukan bangun seawal ini. tetapi. belum lagi tidur semalaman. saja berterus-terang risau sekiranya awak tertanya-tanya kerana seawal jam itu sudah duduk di hadapan pc bersama blog. :)
saya sudah terbiasa begini. kadangkala berjaga tidak tidur sehingga dua malam. mengisi masa dengan apa-apa aktiviti yang saya tidak rancang. kedengaran pelik bukan.?
sebenarnya pagi ini. saya didorong oleh satu perasaan yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata.
mukadimah berbasa-basi yang sungguh putar-belit bukan.? :)
okey. jangan pening-pening kan kepala anda. saya maksudkan. kepercayaan kepada diri sendiri.
ramai diantara kita. kadang-kala tidak selalu yakin pada diri. rendah diri dan sebagainya.
persoalannya. kenapa boleh jadi begitu.?
kenapa kita mudah rasa rendah diri terhadap keupayaan masing-masing.?
dan selalu berasa orang lain lebih hebat.?
bla.bla.bla.
saya lebih bercakap mengenai diri sendiri. terpulang kepada awak sekiranya ingin terasa sekali. :)
memang selalu sangat. saya memandang diri sendiri di cermin. cermin diri.
dan bercakap dengan imej pantulan sendiri. awak tahu apa yang saya selalu persoalkan.?
antaranya macam..
"kenapa saya tidak secantik maya karin.?"
"kenapa saya tidak sepintar einstein?"
"kenapa saya tidak selembut wanita?"
"kenapa saya tidak semewah kerabat diraja?kenapa saya tak dilahirkan dari golongan mereka?"
"kenapa saya jahil?"
"kenapa saya dilahirkan kompleks begini?"
"kenapa hidup saya huru-hara dan celaru?"
begitulah. persoalan demi persoalan yang saya soalkan. bila melihat balik keadaan diri sendiri yang begitu banyak kekurangan. terasa lagi hina diri ini. agak tipikal bukan?
:)
semua ini cuma kadang-kadang saja. tidak selalu saya berasa tidak yakin diri.
saya juga suka percaya pada diri sendiri. Tuhan kurniakan banyak kekuatan kepada saya yang tidak ada pada orang lain. jadi. saya perlu gunakan kekuatan itu dengan sebaik mungkin.
bukan kekuatan sebagaimana superhero dalam kaca tv okey. bukan itu.
selalunya. saya bergerak kesana-sini mengikut naluri hati. berbuat sesuatu juga dengan kata hati. risiko tetap ada. tetapi. sekiranya disertakan dengan niat yang baik. semuanya akan berjalan dengan lancar.
sudah namanya hidup. berbuat apa saja pasti ada risikonya.
saya selesa mengamalkan percaya pada diri melebihi percaya pada orang lain. kadang-kala. nasihat orang hanya buat saya ter stuck di situ dan tidak berani melangkah. apabila saya memberi peluang kepada orang untuk menyuarakan pendapat mereka tentang apa yang patut saya lakukan, saya akan menjadi stuck sangat-sangat. keadaan itu seolah-olah orang yang menentukan hidup saya.
saya tidak begitu hebat dalam menyampaikan sesuatu. hanya saya sahaja yang faham apa yang saya cuba sampaikan. minta maaf kalau awak tidak memahami maksud saya.
apapun. seeloknya kita percaya pada kebolehan diri-sendiri bukan.? :)