Okey sebelum tu, saya nak minta maaf kalau-kalau ada menyinggung perasaan sesiapa. Sebab saya menulis berdasarkan buah fikiran yang secara tiba-tiba menerpa di kepala hotak nie. Tapi sebenarnya saya tak suka minta maaf sebab setiap orang ada pendapat masing-masing. Tapi minta maaf saya ni cuma sebagai pembuka kata agar awak rasa sejuk hati. Dan tidak terlalu emo semasa proses meneruskan pembacaan nanti. Saya benarkan awak bermonolog dengan pendapat sendiri. Dan saya benarkan awak untuk berfikir cara awak. Tetapi untuk berdebat dengan saya pasal entri ni, simpan saja lah niat awak kan. Sebab saya sangat-sangat pasti apa yang saya beritahu, semuanya memang logik dan benar-benar kenyataan, bukan rekaan semata-mata untuk menyakitkan hati bangsa melayu.
Setelah saya cuba menjalankan ujikaji tanpa perancangan, iaitu secara spontan lah dalam maksud lain nie kan. Saya perhatikan secara kasar. Di dalam negara malaysia nie. Terdapat sebilangan besar kelompok orang berbangsa melayu jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain seperti cina, india, bumiputera sabah & sarawak, dan tidak lupa juga keturunan yang dah berdarah campuran ni. Begitu juga dengan kepercayaan yang dianuti. Macam yang awak semua tahu lah. antara agama-agama yang dianuti seperti islam, kristian, buddha, dan bermacam-macam lagi.
Jadi apa yang saya cuba sampaikan disini bukan sebab persoalan kaum atau agama yang dianuti ke apa. Cuma saya nak bagitau kat awak semua... Tentang purata kaum yang berada di hadapan dan juga yang berada ketinggalan jauh di belakang. Jika lihat secara rambang. Saya dapati. Kaum cina lebih mendominasi dalam kelompok kaum yang paling berjaya meninggalkan kaum-kaum lain jauh di belakang. Tidak kisah lah dimana tempat sekalipun didalam malaysia ini. Kaum cina berjaya dari pelbagai aspek. Buah fikiran mereka juga lebih memandang ke hadapan. Malah mereka merancang kearah kejayaan dengan hebat. Pendekkan cerita, "SMART". Inilah perbezaan yang amat ketara tentang mereka jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain.
Saya sangat cemburu melihat seluruh kaum cina lebih maju dan berjaya di dalam negara ini melebihi bangsa-bangsa lain. Kebanyakan majikan terkaya dan berpengaruh juga terdiri daripada kaum cina. Bangsa melayu lebih mendominasi dari segi menjadi pekerja dibawah kaum cina ini. Kebanyakannya beginilah apa yang saya lihat. Sehingga hati kecil saya berkata. Mengapakah nasib melayu semakin ketinggalan jauh di belakang? Adakah melayu ini malas? Dan saya selalu mendengar perbualan diantara rakan-rakan saya. Yang pada saya ada benarnya walaupun kedengaran menyakitkan hati dan sinis. Mereka beranggapan melayu cepat berpuas hati dan malas berusaha, malas bekerja, malas berfikir, dan kaum yang sangat banyak mendatangkan masalah.
Ya. Jika ikutkan hati, sememangnya kaum melayu boleh marah dengan penyataan mereka itu. Tapi. Sekiranya awak marah, maknanya awak tidak menerima kenyataan yang sedia ada. Sememangnya kaum melayu kebanyakkannya begini. Tidak semua tetapi tetap ada dan jumlahnya ramai. Kaum yang lain semua sibuk berlumba-lumba menuju ke menara gading. Mereka mengejar ilmu. Tetapi bagi melayu pula, belajar bukanlah perkara utama. Malah ramai yang memilih untuk terus bekerja dan berpuas hati dengan sijil yang tidak seberapa itu. Dan walaupun begitu, melayu ini masih mengharapkan dapat menjawat jawatan yang tinggi dalam sesuatu pekerjaan. Ini tidak akan berlaku bukan? Lainlah jika awak dilahirkan sebagai antara ahli keluarga mereka yang berpengaruh, kaya. Bolehlah awak gunakan pengaruh keluarga untuk terus hidup senang. Tetapi sekiranya awak bukan dalam kelompok sebegitu, maka hendak atau tidak awak masih perlu bekerja dibawah orang. Tanpa sijil yang diiktiraf di peringkat yang lebih tinggi seperti yang diperlukan, saya rasa peluang awak untuk menjawat jawatan penting dalam sesuatu pekerjaan adalah sangat tipis.
Dapat lihat permainan semua nie kan? Saya suka bergaul dengan kaum lain. Sebab. Pengetahuan saya akan lebih terbuka luas sekiranya saya bercampur dengan mereka. Saya suka dengan cara mereka berfikir, memberi pendapat. Dan mereka lebih terbuka. Tidak terlalu cepat emo. Saya dapat lihat sendiri. Sekiranya bangkitkan apa-apa isu pada rakan melayu sendiri, dengan cepat mereka bercakap tanpa berfikir. Pada saya, perbualan seperti itu cuma tidak membawa makna. Sebab pada saya, kita berbual untuk sama-sama memberi dan menerima pendapat. Walaupun ada sesetengah hal yang kita tidak setuju, tetapi kita perlu tahu bagaimana untuk berkomunikasi. Itu lah matlamat sesuatu perbualan sebenarnya. Bukan untuk berlumba-lumba nak buktikan siapa betul, siapa salah. Perbualan yang tidak terlalu serius tetapi berisi. Faham maksud saya? :)
Melayu selalu cakap macam ni bila saya usulkan tentang kaum cina yang lebih berduit dan mampu memiliki apa-apa saja.
"cina banyak duit, buat apa semua boleh lah. bukan macam kita. Nak buat apa pun kena fikir banyak kali. "
Jadi persoalan saya disini adalah. Adakah kaum melayu tidak boleh mengubah takdir menjadi seperti kaum cina tersebut? Abaikan apa yang negatif. Ambil yang positif. Kenapa tidak ramai kaum melayu yang berlumba-lumba untuk menjadi orang yang berjaya? Kenapa mereka lebih suka memiliki motor berbanding kereta? Kenapa melayu sangat ramai mengabdikan diri dengan permotoran? Dan berbangga apabila menunggang motor dengan laju diatas jalan? Saya tidak merendahkan bangsa saya sendiri. Tetapi. Kadangkala saya tertanya-tanya. Dimanakah halatuju bangsa melayu ini. Kerana semakin hari semakin menjadi lain macam. Berpecah-belah. Ketinggalan jauh di belakang. Memburukkan antara satu sama lain. Tidak boleh ke kalau bangsa melayu juga berdiri sama tinggi dengan bangsa cina yang berjaya jauh kehadapan itu? Saya teringat dengan kata-kata beberapa jiran cina. Mereka cakap lebih kurang macam nie lah. Situasi masa tu kat kedai makan bersebelahan dengan jalan raya. Dan banyak mat rempit menunggang motor sambil membuat kecoh disitu. Dan masing-masing membuat aksi-aksi yang konon-kononnya style pada mereka. Tidak pada mata perempuan okey.
"Budak melayu ni teruk lah. kerja diorang buang masa, buat kecoh. Apa sangat lah main motor. Tengok cina manada main motor. semua main kereta. Baru power. Main motor ingat dah hebat sangat lah tu. "
Pada pemahaman saya lepas dengar diorang cakap camtu, saya terasa bangsa melayu terlalu miskin. Sebab tu lah diorang cakap macam tu. So diorang bandingkan yang melayu ni mampu pakai motor je. Cina pula semua mampu pakai kereta. hah. lebih kurang camtu lah. Sape yang takde kereta tu, jangan terasa lah ye. Sebab saya pun takde kereta lagi. Motor pun takde. haha. Tapi saya ni suka berfikiran terbuka. Dan sebenarnya ada betulnya cakap cina tu. Kalau saya duduk dalam bas ke, saya suka perhatikan keadaan jalanraya diluar tingkap. Dan memang betul. Kaum cina semuanya pandu kereta. Lepas tu kereta pula baik punyer brand. (tak kisahlah kereta milik sendirian berhad atau pun hak milik keluarga). Dan kaum melayu pula lebih ramai naek motor. Kalau pun pandu kereta, kereta biasanya lebih banyak yang biasa-biasa je. Ini secara mata kasar je okey. Bukanlah saya maksudkan takde langsung kaum melayu yang pakai kereta mewah. Tapi. Sangat sederhana jumlahnya. Awak kena faham maksud saya. Hah.
Sebenarnya. Sedih mengenangkan bangsa sendiri. Jangan hairan kerana saya kurang menekankan bangsa-bangsa lain seperti india, bumiputera sabah & sarawak, dan yang berketurunan campuran itu. Pada saya, mereka berada di dalam kelompok yang sedang-sedang. Sebab tuh la saya tak sentuh pasal kaum lain. So ambil contoh antara cina dan melayu je.
Lagi satu. Kadangkala rakan-rakan melayu saya yang sangat sentif dengan soal perkauman ni. Selalu cakap camni kat saya.
"Cina tu jadi kaya sebab diorang buat semua kerja. yang haram pun tetap halal bagi diorang."
Saya agak terkejut dengan penyataan rakan saya yang sebangsa dengan saya ni. Pada saya sendiri. Kebanyakan kaum cina menjadi kaya kerana perancangan mereka dalam merangka satu-satu rancangan itu sangat luar biasa. Mereka bekerja secara gigih dan sangat rajin. Maka itulah takdir hidup mereka terurus dan berjaya. Sedangkan sekiranya mereka mampu berjaya dengan membuat kerja-kerja yang halal, apatah lagi lah kalau mereka buat kerja haram kononnya. Pendekkan cerita, buatlah apa saja, mereka tetap akan berjaya. Kerana mereka sangat bijak merancang dan menjalankannya mengikut perancangan. Itu yang perlu kita ambil dan contoh. Abaikan yang tidak baik. Ambil yang elok.
Soal haram atau halal kita tidak punya hak untuk berkata begitu. Kerana sesiapun tidak kira bangsa ataupun agama, didalam diri masing-masing tetap ada perwatakan atau peribadi yang sedikit jahat. Tidak boleh katakan kaum cina suka buat kerja haram. Kerana jika diikutkan, tidak ada satu bangsa atau kaum pun yang terlepas daripada melakukan kerja-kerja yang haram. Malah penganut agama islam juga turut ada. Seperti yang kita tahu kan. Penganut agama islam dikatakan berperibadi mulia dan sangat tinggi akhlaknya. Penganut islam tidak akan melakukan kerja-kerja haram. Tetapi. Wujud lagi kah keadaan itu dalam jumlah yang ramai di zaman sekarang? Apa yang saya cuba sampaikan adalah. Semua bangsa berani melakukan kerja haram. (tidak termasuk saya)
Hemm. Saya harap. Banyak sebenarnya harapan saya. Tetapi. Sangat lah elok sekiranya rakan-rakan sebangsa dengan saya yang lain juga boleh merancang dengan bijak ke arah mencapai kejayaan. Senang cakap kan.? :) Tapi itulah harapan saya. Saya nak tengok bangsa melayu kembali disegani. Taknak tengok kaum saya jauh ketinggalan di belakang.
HARAPAN HANYA LAH HARAPAN...HAIH...
1 comment:
good entry:)
Post a Comment