amboi kan. tajuk entri bukan main. kenapa masih single nih ditujukan pada diri saya sendiri okey. saya tak berniat langsung nak kaitkan awak-awak yang masih single diluar sana. haha. kenapa awak masih single fikirkan sendiri je la. kenapa saya pula yang perlu jawab kan?
so saya terpandang kan diri sendiri yang masih belum berpunya nih. tiada insan istimewa disisi. lonely kononnya. sebenarnya kalau ikutkan jiwa muda atau darah muda nie, saya boleh je ada boyfriend. cinta monyet bersepah sana-sini. cuma mungkin saya belum terbuka hati nak bercinta dan cari pasangan lelaki sebab...banyak sebab lah. saya takut orang mainkan perasaan saya ke. takut ditinggalkan ke. even semua tuh lumrah dalam percintaan,tapi kalau boleh saya taknak lah hal sebegitu berlaku kan. dah bosan lah nak sembuhkan diri dari patah hati ni. hehe. ingat senang ke nak stay single bila dah terbiasa in relationship? saya buat-buat okey tapi in fact saya desperate nak boyfriend. tapi mesti lah nak yang the real one punya. bukan cinta main-main. bukan just come and go. nak lelaki yang serious kat saya.
dan lagi satu sebab saya masih single sekarang. saya terlalu sibuk dengan rutin harian sebagai seorang pekerja, dan kakak yang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. bila macam penat sangat, takde masa nak jumpa orang sangat. lepak dengan kawan-kawan pun on weekend je. itupun tak selalu boleh jumpa. ada hal ini lah. hal itu lah. kalau dah sibuk yang macam ni, bila lah orang nak ngorat saya kan? haha. manader orang suka kat pompuan yang sibuk.
mengeluh kenapa masih single bukan lah penting sangat pun. cuma saja kongsi luahan hati niih. :) Korang jangan sekali-kali fikir saya jual mahal ke, memilih ke. memang ada lah segelintir tuh kan yang selalu nak cuba masuk line. usha saya. layan saya sweet gitu. tapi. tuh la. saya tak nampak yang mana satu mr. right. so. saya tak boleh sesuka hati terima cinta orang.
nevermind. mungkin tahun ini saya akan jumpa lelaki itu? haha. jeng jeng. wink wink ^.^. ingatan saya kat faisal masih ada. saya masih sayangkan dia juga. begitu juga dengan adam. jadi. doakan saya cepat-cepat dapat boyfriend, dapat pacar okey. :)
4 comments:
salam biby, u suka menulis cerita. i dengan membe tengah on project nak buat satu blog yang kumpulkan cerita-cerita dari various writer. kalaw u sudi, buat la satu cerita, then i publish situ. kalaw u nak jadi writer situ pon boleh. =) thanks.
this is the blog. do check. thanks
http://sepenaraya.blogspot.com/
okeh pasni jumpelah tue..
jom kapel!!! :P
Post a Comment