Subscribe:

Wednesday, 16 May 2012

CERITERA 13 MAY

sekarang dah pun 16 may 2012. so cerita yang saya nak kongsi nih berlaku pada 13 may 2012. sebab tuh la saya letak tajuk entri "ceritera 13 may". haha. dah taknak fikir panjang-panjang nak bubuh tajuk apa tadi. 

jadi takyah buang masa. saya teruskan pada cerita je okey. okey kan? :)

*
*
*
*

13 may 2012 tu. saya dijemput kawan gegurl yang bernama dyla untuk join event company dia kat tasik puchong prima. saya kurang ingat sangat tasik apa tah. kalau familiar area puchong, mesti tahu tempat nih. sebab saya pun first time je lepak situ. terpencil. so bila dah sampai kat situ, masing-masing pun tukar baju. so saya dan dyla pun naik banana ski bersama dengan empat orang yang lain tapi saya tak kenal diorang. sebenarnya, saya cuak nak naik sebab saya nih takut kalau terjatuh dalam air. tasik tuh dalam kot. saya trauma lah sebab pernah lemas sebelum ni time kecil-kecil dulu. tapi disebabkan nak juga rasa keseronokan main air, saya beranikan je diri. 

dah sampai kat tengah-tengah tasik, kitorang pun dijatuhkan. jantung saya memang dup dap masa tu. saya takut sangat-sangat. saya tak ingat apa selain takut. saya menggeletar dan saya tak dapat bernafas untuk seketika. pastu pandangan saya bertukar kelam. saya rasa gelap. lepas tu. saya dah tak mampu untuk bergerak. seolah-olah mati untuk beberapa saat masa tuh. sebenarnya, saya masih mampu mendengar suara mereka memanggil-manggil nama saya. dan saya ingat lagi. dyla menangis masa tuh. dengan suara dia cemas suruh saya bangun. tapi saya cuma mampu mendengar dan tidak mampu beri sebarang respons. sehinggalah akhirnya saya dapat buka mata dan terus menangis. lepas berehat kejap, then saya pun akhirnya okey. hehe.

lepas tu, saya minum air kejap dan terus main kayak pula dengan dyla. haha. after incident tuh, saya dapat rasakan trauma saya dekat lautan dalam macam dah beransur pulih. saya semakin berani nak main air. hah. apapun. syukur lah saya masih hidup nih. :)






1 comment:

Uchi kay-f @hmad said...

klu kite takut atau trauma jln penyelesaian buat ulang2 kali sampai hilg rase takut tue..>bkn sya yg kata<