Subscribe:

Monday, 2 April 2012

IMPIAN SAYA

My mind suddenly mengingatkan saya kepada apa impian saya. Oh yeah. Impian.? Pernah terfikir apakah impian awak semua? hehe. Jangan cakap takde impian pulak kan. Loser lah siapa takde impian. 

Okey. Impian saya tentulah lebih ke arah kejayaan dalam hidup. Contoh macam nak capai cita-cita. Nak itu nak ini. Nak hidup senang, mewah. Nak berumah-tangga. Alah. standart lah impian macam nih bagi setiap orang kan? heheh. Kalau nak mengaku impian yang lebih jauh. Saya sebenarnya pasang impian nak duduk bermastautin dekat luar negara. Negara pilihan antaranya korea, jepun. Sebab dua negara tuh memiliki penduduk yang awesome. Mentality pula smart semacam. So. Impian yang nih bunyi nya macam agak mustahil sikit. Even orang selalu cakap tiada yang mustahil dalam dunia nih. haha.

Impian saya nak capai cita-cita as an Architect sangat tinggi. Heh. Yang nih agak susah sikit nak tahu samada akan tercapai atau tidak. Sebab perjalanan untuk sampai ke arah arkitek ni sebenarnya sangat lah panjaaaaaaannnnnnngggGGGGGGGGGGGGGG!!! InsyaAllah lah kan. :)

***

So okey. Yang kat atas tuh cuma berbasa-basi je. haha. Relax okey. Saja ber skema kejap. :) Nih yang real punya impian hah. Some of impian saya yang nampak mustahil nak jadi kenyataan pulak. Hehe. Sorry lah sebab saya suka sangat berfikir jauh nun di sana tu haaa. ^.^

Pertama dari segi kediaman sendiri. Kalau ada tanah sendiri nanti. Saya teringin nak ada rumah yang sangat besar dan nampak moden. Exterior ala-ala villa dan resort sikit. Sebab citarasa saya memang kearah mat salleh. Tak suka klasik. Memang anti klasik. Rumah tu nanti berada di tengah-tengah lanskap. Ala-ala rumah di dalam taman begitu lah. Taman itu juga sangat besar. Kalau boleh lebih besar daripada keluasan stadium bola sepak. Awak boleh bayangkan besar macamana yang saya nak? :)
Kalau tak dapat bayangkan juga, pergi lepak stadium bola sepak esok okey.

Saya taknak kolam renang dekat luar tapi kat dalam bangunan rumah. Kolam renang mestilah dekat tingkat atas rumah. Ala-ala dalam kapal titanic gitu. Bab makan pula. Saya nak gaji seorang chef terkemuka dunia masakkan untuk kami sekeluarga. Nak chef tuh masakkan apa saja yang kitorang teringin nak makan. Penyediaan makanan juga perlulah ala-ala bertaraf sepuluh bintang. Nak semuanya sempurna dari aspek rasa, hiasan, warna.

Pastu interior untuk rumah saya pula nak konsep moden semestinya. Tak kisah lah dari segi warna atau susunan perabot. Bilik tidur pula kena la ala-ala hotel lapan bintang. Taknak pasang lampu pendafluor dalam rumah. Lampu semuanya kena nampak elegan. Kipas siling pon taknak. Nak bubuh aircond je. Dinding rumah pula nak bubuh wallpaper yang berkualiti tinggi. Taknak bubuh cat.

Lagi. Saya nak studio jamming dalam rumah tapi studio tuh dekat tingkat bawah tanah. Dan saya nak pawagam sendiri dekat rumah juga. Taknak setakat home theater. Nak sebijik macam pawagam juga. hahaha. Lepas tuh. Nak satu tingkat dalam rumah dijadikan library. Tapi bukan untuk letak buku ilmiah. Saya nak buku-buku anime sahaja! Saya repeat. Buku anime sahaja! Buku ilmiah boleh letak dekat pejabat dalam rumah je. hehe. Pastu saya nak satu ruang untuk layan music. Speaker dan sound system kena gempak ala-ala club gitu. Sebab tempat tuh lah nanti saya akan lepak bila tension. Melalak, melolong, menangis dekat situ. haha. grrrr.

Saya juga nak litar untuk familian berhad. Nak layan f1. So nanti kat litar tuh, kena ada ferrari milik sendiri dalam 10 buah camtu. Cukup lah kowt. Kalau tak cukup, nanti boleh tambah lagi. Dan bila-bila masa boleh race suka hati. Tak perlu lah pegi sepang lagi.

Bab anak pula. Nak anak kembar banyak pasang. Biar meriah lah rumah tu nanti. Pastu nak hantar anak-anak belajar dekat sekolah jepun or korea so diorang boleh speaking japanese or korean language. Lagi elok kalau boleh hantar diorang belajar dekat sekolah yang ada semua bahasa dunia. Saya akan biarkan diorang pilih hala tuju sendiri tapi still  kena ikut my words. Saya akan busy kan rutin diorang dengan macam-macam kelas. Kelas agama. kelas akademik. kelas renang. kelas music. kelas menari. kelas sukan kelas itu ini. dan bawa diorang menjelajah satu dunia. Bagi diorang belajar banyak perkara.

Bab suami pula. Saya nak suami tuh nanti keluarkan belanja sejuta sehari untuk saya dan family. Derma itu ini pada mereka yang memerlukan. Nak suami tuh peluk dan usap kepala saya setiap saat. Dan takkan bagi saya keluarkan even setitik airmata sekalipun. Nak dia manjakan saya kaw-kaw punya. Nak dia belikan saya bunga setiap minit. Setiap saat pun okey. Saya lagi suka. Nak dia hantar dan ambil saya pergi mana saja saya nak. Nak dia romantik mengalahkan mana-mana lelaki yang romantik dalam dunia nih. Setiap kali suami nak date with me, dia akan dressup mengalahkan orang kelas atasan. Sangat stylo dan sangat wangi. Even date ke pasar malam sekalipun. haha. Kalau saya moody, nak suami tuh mainkan gitar untuk pujuk saya. Siap buat ala-ala persembahan dalam american idol. dan takkan berhenti main gitar selagi saya tak happy. Kalau boleh, nak dia menari dengan macam-macam skiil sekali pun okey. Sebab saya suka tengok laki dance.

Saya nak bina hospital, sekolah, universiti, masjid dan bubuh nama sendiri. Bangunan semuanya atas nama sendiri tapi dikendalikan oleh pekerja-pekerja saya. Hah. Saya tak perlu bekerja cuma memantau saja. Saya akan gaji seorang big boss untuk leading diorang. Lagi. Saya juga nak bina firma arkitek sendiri. Dan jalankan projek yang melibatkan keuntungan secara besar-besaran. Selepas itu luaskan empayar di seluruh dunia. Saya nak dikenali sebagai Arkitek yang paling berjaya di mata dunia.

Lagi. Saya nak jadi peguam, guru, profesor, hakim, sultan, polis, askar, pilot, artis, kartunis, doktor dalam masa yang sama. Biar masuk rekod dunia sebab berjaya pegang profesion yang banyak dalam masa yang sama. Hebat bukan? Mana nak cari orang macam nih.? Takde. Saya sorang je okey.

***

See.? How you think? Impian saya nih? Haha. Jangan gelak okey. Biar saya sorang je boleh gelak. :P
Dengan bangganya saya nak bagitahu awak semua.

INI LAH IMPIAN SAYA! :)






***
hahahahahahahahahahahahahahahahah. oppps. tergelak lagi. hihi. ^.^