haip. =.=
merempat? siapa? saya?
haha. sabar okey. saya memang hendak cerita dan kongsikan kepada awak.
secara zahirnya. saya memang seolah-olah hidup sebagai seorang perempat. menumpang berteduh di rumah orang. dan orang itu pula bukanlah orang yang saya kenal dalam tempoh yang lama. dan. saya tidak lah tidur di rumah itu setiap hari. saya cuma akan pulang untuk tidur bila saya betul-betul keletihan. nasib saya sedikit baik kerana mereka menjaga saya dengan baik sekali. dan tidak mengambil kesempatan sedikitpun terhadap saya. namun. tiada siapa dapat meramal apa yang mungkin akan terjadi di masa akan datang bukan. kerana kebaikan manusia itu kadang-kala ada pasang-surut nya. sebagai langkah berhati-hati. saya selalu ingatkan diri sendiri untuk sentiasa berjaga-jaga. sukar untuk meramal apa yang ada di dalam pemikiran orang. maka. itu lah yang menakutkan saya.
saya selalu dilanda keresahan yang memanjang sepanjang berada di rumah itu. pernahkah awak merasakan situasi begitu? ia membuatkan saya sentiasa hidup di dalam ketakutan. ia seperti saya lebih takutkan orang rumah berbanding hantu. wuuuuu. tetapi. saya tiada pilihan lain setakat ini. sebab itu saya bertekad untuk bekerja keras dan berpindah.
saya bernasib baik sebab pernah melalui detik genting seperti ini di masa lalu. ia mengajar saya untuk menghadapi semua ini dengan rasional. saya perlu tenang. jika tidak. saya pasti boleh jadi gila. :)
dan sudah tentu saya tidak mahu menjadi gila. ^.^
saya masih punya kawan-kawan. jadi ia tidaklah seteruk yang disangka. hemmm.. hidup ini kadang-kala.. awak tahu lah apa yang saya ingin katakan. :)