Subscribe:

Tuesday, 14 February 2012

MEREKA BEGITU RUPANYA

baru saja duduk terdiam seorang diri selepas menyaksikan drama peperangan kawan-kawan yang tidak berapa kawan kepada saya. haha. mereka ini gadis-gadis yang mencintai lelaki yang sama.
sesungguhnya. cemburu di hati mereka telah membuat mereka bertindak sedemikian.
sudah agak lama juga saya mengikuti perkembangan mereka ini secara tidak sengaja dan secara kebetulan. Tuhan sendiri yang telah memberi ruang pada saya untuk menjejaki mereka. :)

baik lah. bagi saya. cinta itu kadang-kadang membuatkan kita kelihatan bodoh bukan. disebabkan cinta. kita boleh berubah 100% menjadi seorang yang bukan diri kita. kita menjadi hipokrit. menjadi kejam. menjadi tamak. pentingkan diri. dan macam-macam lagi. mungkin ini adalah normal bagi sesetengah orang. dan saya pasti. ramai yang mengalami situasi ini. mengejar cinta yang bukan menjadi hak milik hakiki. :)

sudah agak lama saya tidak melibatkan diri di dalam percintaan. sebab? saya tidak ingin melukakan hati gadis-gadis yang saya ceritakan tadi. :)
saya lah yang patut mengalah dan mengasingkan diri. sedih tetapi. saya bangga sekiranya saya mampu menjaga hati mereka. :)

hidup ini semuanya nampak sukar bila kita memiliki rasa iri hati terhadap orang lain. maka. itulah yang membuat kita berasa benci antara satu sama lain. arrrggghhh. =.=