Subscribe:

Tuesday, 14 February 2012

MEMORI HARIJADI

saya bukanlah termasuk dalam golongan yang suka meraikan harijadi. oleh itu. saya tidak begitu banyak punya memori berkaitan sambutan harijadi ini.

namun begitu. kadangkala Tuhan telah merancang kejutan buat diri kita tanpa kita sedari. :)
walaubagaimana kita merancang untuk tidak meraikannya, kita tidak mampu menolak ketentuan Takdir.

pada 2010 dan 2011. dua tahun berturut saya diraikan adam pada tarikh lahir saya. iaitu 08 november. :)
saya tidak menduga sama sekali. ia terjadi atas ketentuan Ilahi.

pada 08 november 2010. saya dan adam makan malam bersama dan menonton wayang. pada masa itu. tiada kek ataupun pemberian. cuma mempunyai adam yang sudi meluangkan masa bersama-sama di hari istimewa saya. banyak kali dia bertanya kepada saya jika saya ingin meminta apa-apa sebagai hadiah. tetapi. saya tiada jawapan kerana bagi saya, adam lah hadiah yang paling bernilai hari itu.
saya masih ingat lagi. saya telah melukakan hati dia pada hari itu. samar-samar apa yang telah berlaku. saya tidak begitu ingat lagi.

kalau tidak silap saya. saya berasa sangat lost dengan masalah-masalah peribadi. lalu. saya tidak dapat melayan adam dengan baik. dan lebih banyak ignore dia. dan keadaan menjadi sangat janggal. dan. mood masing-masing 100% hilang. :(

lalu. kami berdua duduk di bahu jalan. dan adam bersila sambil menutup muka. lama dia berbuat begitu. saya tahu. dia berasa sangat kecewa dan marah terhadap diri saya. cuma dia tidak meluahkan. semua tergambar dari air muka saja. bila tengok dia terus-terusan mendiamkan diri. saya beranikan diri untuk memujuk. walaupun saya tahu memang sangat lemah dalam bab pujuk-memujuk. kalau ikutkan, saya terfikir mahu membiarkan saja dia dan blah dari situ malam itu. cuma saya tidak sampai hati.

akhirnya. adam ambil keputusan untuk membawa saya ikut kemana saja dia pergi pada malam itu. saya tahu. dia berbuat begitu sebab tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang memang sudah teruk. dan cuba menenangkan saya yang tengah kusut.
hemm. kalau diingatkan kembali masa itu. terasa sangat kejam melayan adam sebegitu. tapi. saya tidak pula mampu menyembunyikan kecelaruan yang saya tengah alami. memang masa itu saya betul-betul serabut. saya tidak mampu berfikir. tidak mampu bergembira..

itulah ceritera harijadi saya pada tahun 2010. dan sekali lagi saya diberi memori harijadi pada 08 november 2011. dan masa itu. adam yang rancang untuk meraikan. sangat mengharukan bila dia ingat tarikh lahir saya. kami berdua keluar ke kompleks beli-belah untuk beli kek. dia menyuruh saya pilih kek mana yang saya nak. dia belanja segalanya. dan. semuanya sangat bahagia sekali. tiada pertelingkahan. tiada masalah. :)
mungkin ini sebagai ganti bukan? :)
Tuhan itu adil. Dia tidak pula menguji saya dengan masalah setiap tahun.

masa itu. saya diraikan dengan irfan sepupu adam sekali. memandangkan tarikh lahir kami cuma beza sehari.
malam itu. kami berdua diraikan di bawah perkarangan rumah adam dekat hillpark. seingat saya. yay, wan, turut sekali. saya menyuruh adam untuk jemput faisal sekali. tetapi faisal tidak menghadirkan diri. dan saya sendiri tahu apa sebabnya. :)
kawan-kawan adam siap adakan acara baling tepung dan telur lagi. haih. =.=
saya memang berterima kasih kepada adam atas memori itu. dan tidak lupa. hati saya mengucapkan syukur kepada Allah sebab telah memberi takdir sebegitu kepada saya. :)