Subscribe:

Tuesday, 24 January 2012

WHY SO SERIOUS

jam sudah pun menunjukkan pukul 4 pagi. yeah. saya masih belum berasa ngantuk. sambil mendengar lagu kegemaran. 'raise your glass'. okey. sejarah saya menyukai lagu ini? melalui movie NEW YEAR'S EVE. :) awak dah tengok belum movie itu? rugi kalau tak tengok. saya tengok movie tu dua kali tau. haha. tengok alone! teringin nak tengok berpasangan ajak siapa-siapa yang boleh dipercayai. tetapi. disebabkan malas berfikir panjang. saya pilih untuk tengok sendirian saja. lagipun kalau ajak orang. takut nanti tidak sefahaman nak tengok movie apa. dia nak tengok yang itu. saya nak tengok yang ini. nah. lagi selesa tengok seorang diri. tidak panjang cerita. fullstop. keputusan muktamad! :)

gosh. movie itu memang awesome sangat-sangat. saya macam terpanggil nak tengok banyak kali. haha.
pada mulanya. saya tidak rasakan movie ini best. tapi saja beli tiket. tiada pilihan lain. sebab boring sangat-sangat. bila dah tengok. woahoho. sumpah. perasaan dalam hati ini rasa macam nak meloncat kegirangan. entahlah. bagi saya. movie ni really bagi motivated. buat saya bersemangat balik. buat saya rasa happy sangat! nah. sepanjang menonton, saya gelak berkali-kali. gelak bukan bermaksud kelakar. tetapi disebabkan sangat teruja, terhibur. haha. memang excited. susunan cerita yang sangat relax. penuh saspens. tidak boring. tidak mengarut. terselit nilai kasih sayang. cinta. awwwww. :)
thanks to pengarah movie ni. salute awak.

kalau awak cuba nilai movie tu dari satu sudut, awak akan perasan. dalam hidup ini. begitu ramai orang terlalu serius menjalani kehidupan sehingga mengabaikan perasaan sendiri. faham maksud saya?
terikat dengan tanggungjawab sehingga terlupa meluangkan masa untuk bergembira. pendek kata. menghabiskan masa dengan keseriusan. sangat tipis masa yang ada untuk bergembira. nampak?
seolah-olah. kita tidak punya life. kita hidup untuk kerja dan kerja. hanya kerja.! tipikal sekali bukan?
tidak kira lah siapa. samada mereka itu pelajar atau pekerja atau surirumah. dan apa sahaja jenis pekerjaan pun. begitulah kita semua menjalani hidup seharian.
pelajar sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang bertimbun. perlu disiapkan sebelum deadline. ditambah dengan aktiviti sukan yang diwajibkan kepada mereka. menjadikan mereka manusia yang sangat sibuk. terkejar-kejar dengan semua itu. balik rumah dan tidur. esoknya. ulang semula rutin harian.

surirumah pula perlu melayan suami dan anak-anak. bangun awal pagi menyediakan sarapan. buat kerja-kerja rumah yang tidak ada penghujungnya. basuh kain. jemur pakaian. lipat kain. bersihkan rumah. masak. kemas itu ini. sekiranya mempunyai baby kecil. bertambah dua kali ganda kesibukan sebagai surirumah. sudah penat melayan karenah anak kecil. perlu melayan karenah suami pula secara zahir dan batin. awak faham maksud saya bukan? :)

sungguh! tiada waktu untuk diri sendiri. hal ini nampak remeh. tetapi ia sangat memberi kesan sekiranya awak fikirkan secara logik.
jiwa kita kosong kerana kesibukan. oleh itu. mudah sekali berasa stres atau jatuh sakit.
kita terlalu sibuk! terlalu serius!

kita begitu mengejar masa depan. sehingga terlupa bahawa terlalu banyak hal yang kita tidak sempat nikmati. dunia hari ini adalah seperti itu bukan? kita sama-sama dapat lihat. kita terlalu mengejar masa.

saya sendiri begitu. terlalu banyak hal yang saya abaikan. apabila menonton movie itu. barulah saya sedar. saya terlupa menikmati kehidupan. terlupa menikmati keseronokan. terlupa pada diri sendiri.
tubuh ini sudah semestinya terlalu letih. kerana dipaksa bekerja dan bekerja tanpa henti.
kita jarang memikirkan diri sendiri. terlalu memaksa kudrat untuk bekerja. lifeless bukan? :)

kita sangka. sekali-sekala bercuti dan berehat itu satu cara yang sesuai untuk bergembira sambil tenangkan diri. nah. disinilah kesilapan yang ketara sekali. sekalipun kita bercuti. kita belum mampu takluki semula kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan yang telah hilang itu. akhirnya. kita cuma bercuti dan secara luaran sahaja nampak gembira. tetapi jiwa kita kosong.percutian yang hambar bukan? :)
betul lah sebagaimana pepatah. kita boleh membeli katil tetapi tidak mampu membeli tidur yang lena...

baiklah. tinggalkan movie itu. dan kembali kepada realiti. cuba buka mata dan perhatikan keadaan di sekeliling. tidak kira dimana pun awak berada waktu ini. perhatikan. apa yang awak nampak? apa yang ada bersama awak? kalau awak sedang berehat didalam rumah. sudah tentu awak akan nampak peralatan rumah. ahli keluarga atau kawan-kawan. bukan? sekiranya awak berada di dalam pejabat. awak akan lihat rakan sepejabat. meja kerusi segala. bukan? persoalan tersirat yang saya mahu awak lihat adalah. apakah awak dapat lihat kegembiraan di sekeliling awak? kebahagiaan? ketenangan? keamanan?
tidak. awak tidak mampu melihat semua itu. awak tidak mampu merasa semua itu dengan hati. kerana ia sudah bersembunyi dimana-mana sepanjang kita sibuk mengejar masa depan. kita sudah terlupa pada mereka. oleh itu. sama-sama lah kita ubah cara kita menjalani kehidupan ini. jika tidak. hanya penyesalan akan menjadi teman sepanjang hayat kita di penghujung hidup kelak. tak sanggup bukan? :)

                              "HEY. WHY SO SERIOUS?" :)