'nah. hari ini. saya rasa sedih sangat. tidak boleh sertakan sebab-sebab utama kenapa saya bersedih.
terasa kecil hati dekat orang rumah yang buat muka kat saya. tak sure apa salah saya. tapi malas nak bertanya. pendamkan saja. sedapkan hati sendiri dan fikir positif. oh tidak. nampaknya. bulan januari ini bulan bersedih saya. :)
sekarang. masih kat johor lagi. rindu kat damansara dah. esok. kalau tidak ada apa-apa halangan. saya akan ke pejabat agama. selesaikan apa yang belum. hal itu perlu ada titik noktah. kalau tidak. ia akan tergantung sampai bila-bila tiada berkesudahan. hal itu lah yang telah meragut kegembiraan saya selama ini. sejak saya kecil. saya harap. dapat selesaikannya.
saya sudah kehilangan keyakinan sedikit demi sedikit. hemmm. apa yang patut saya lakukan.
semangat entah lari kemana. hey semangat. tolong pulang okey. saya perlukan awak.
saya rasa lemah hari ini. menangis menenangkan fikiran diluar rumah. tarik nafas dalam-dalam dan pandang ke langit. cuba mencari kekuatan agar saya tidak rasa kehilangan.
sepanjang tidur kat selanchar selama 4 hari 3 malam. mama soha yang bancuhkan air untuk saya setiap pagi. sayu hati ini. tersentuh. betapa kasih sayang seorang ibu itu sungguh menyeronokkan. ah. kenapa lah dia bukan ibu kandung saya. desperate kasih sayang seorang ibu. sedihnya. :(
seumur hidup saya. tidak pernah dimanjakan oleh ibu dan bapa kandung sendiri. saya hampir terlupa. saya sudah kehilangan ayah kandung. dia telah meninggal dunia sejak saya kecil lagi. dan saya sendiri tidak ada ingatan mengenai beliau. tidak pernah tahu bagaimana rupa arwah. err. hampir terlupa lagi. ayah kandung saya bukan beragama islam. jadi. patut nya tidak boleh digelar 'arwah' bukan? ilmu agama islam yang saya ada sangat cetek. jadi saya tidak begitu arif.
selalu juga. saya bercakap dengan bintang. seolah-olah bintang itu adalah ayah kandung saya. dan. airmata saya akan jatuh. dengan berbuat begitu, saya menjadi emosi. sukar untuk dijelaskan perasaan itu. bila saja saya rasa tidak bermaya dengan masalah, saya akan mengadu kepada bintang di langit itu. seperti yang saya kata tadi. saya umpamakan ia adalah ayah saya. mengadu pada roh ayah.
kata ahli keluarga kandung yang lain. ayah kandung saya itu dulunya seorang polis. wah. dan semua orang kata. dia lelaki yang sangat garang. polis mestilah garang dan tegas. :)
sayang sekali. dia pergi sebelum saya sempat kenal dia. haih. dimana dan dalam keadaan bagaimana baru kita boleh bersua papa.? :(
papa tidak pernah muncul didalam mimpi saya. emm. pernahkah beliau masuk ke dalam mimpi saya.? saya tidak ingat.
tahun 2007 yang lalu. adalah sekali saya tatap gambar papa. patut cakap mendiang? mendiang papa? betul? err. ah. malas nak fikir. perkataan mendiang ini pun secara kebetulan terlintas di kepala. memahami yang saya tengah memikirkan apa gelaran untuk orang yang telah meninggal dunia bagi orang bukan islam.
hey papa. harap awak boleh jumpa saya. secara paranormal bersua pun tidak mengapa. saya rela. :)
saya benar-benar ingin mengadu bermacam hal pada awak. saya nak awak tenangkan saya. redakan pergolakan dijiwa ini. boleh kan?
haih. saya harap. papa dengar suara hati saya. kalau papa baca blog saya sekalipun lagi baik. :)
tapi. ah. mustahil. papa berada di dunia lain. kita masing-masing hidup di alam yang berbeza.
baiklah. saya andaikan yang papa tengah perhatikan saya. dan bertanya isi hati saya.
jujur nya papa. saya nak sebuah keluarga yang lengkap. agar saya tidak rasa kekurangan kasih sayang. kerana. kasih sayang itu lah kekuatan. dan. saya nak papa jaga saya dengan sebaiknya. jangan biarkan saya disakiti oleh sesiapa pun. jangan biarkan mereka buat saya menangis. datanglah tenangkan saya bila saya tidak kuat. okey.? we have a deal. :)
okey. saya rasa sedikit lega sekarang. mungkin papa memang berada di sebelah saya ya.? :)
tarik nafas dalam-dalam~ ^.^