Saya selalu bertanyakan pada diri sendiri. Atas sebab apa saya suka melakukan penipuan.
Sebenarnya. Menipu bukanlah satu perbuatan yang mudah dilakukan. Saya menipu kerana terdesak. Terpaksa dan bukan dengan rela hati. Memang benar. Bila melibatkan diri dengan penipuan. Hati akan terguris. Sakit.
Apa. Awak fikir menipu itu kerja mudah? Ia menyebabkan saya dilanda keresahan setiap masa.!
Entah mengapa. Boleh saja untuk berterus-terang. Tetapi. Ia tidak semudah yang disangka. Lidah akan menjadi kelu. Semua perkataan kedengaran janggal. Bila saja saya berterus-terang. Sungguh ramai pihak yang akan terguris hati.
Hidup ini begitu sinikal sekali bukan. :)
Menipu bagi sesetengah orang hanya perkara biasa sahaja bukan? Ya. Saya juga berpendapat sebegitu bila selalu menipu orang. Tetapi. Saya menipu atas dasar untuk menjaga hati orang. itu matlamat utama saya.
Perasaan orang itu perlu dijaga sebaik mungkin kerana saya tidak mahukan karma menghukum saya di belakang hari. kuasa karma itu sangat hebat. Jadi saya tidak mahu mencabar kuasa karma.
Perasaan cemburu kadang-kala menjadikan diri saya semakin jahat dari yang sepatutnya. boleh saja saya meluahkan perasaan cemburu dan marah kepada mana-mana perempuan yang mengguris perasaan saya. tetapi. disini lah saya perlu bijak mengawal emosi dan menjadi penipu yang terbilang dan gemilang.
tarik nafas sedalam-dalamnya dan... lepaskan saja perempuan itu. Saya berkata pada diri. Jika saya menyakiti hati mereka, hati saya akan lebih sakit melihat mereka sakit hati disebabkan saya.
Masing-masing adalah perempuan. Dan tahu bagaimana rasanya bila hati disakiti bukan? :)
Ia sungguh menyakitkan hati. Bila terpaksa fikirkan perasaan orang lain. agree.?
sebab. risiko nya. hati sendiri pula yang akan sakit. Tapi. sekiranya bersikap pentingkan hati sendiri. hati orang lain pula yang terpaksa tanggung sakit. haip. haha.
Saya tidak dapat hitung berapa banyak saya menipu orang sepanjang hayat saya. yang pasti. kerap juga saya menipu orang. pada saya. menipu ini tujuan utamanya ialah mengelakkan hal yang rumit menjadi semakin rumit. setuju? sebab itu kita menipu. kita ingin jaga keharmonian satu-satu hubungan. maka dalam sesetengah hal. kita terpaksa menipu.
masalahnya. tidak semua orang boleh faham niat baik kita dengan menipu mereka. risiko untuk dibenci sangat tinggi. bukan? :)
saya sendiri tidak suka bila ditipu orang. tidak kah awak berasa pelik. kita sendiri bencikan penipuan tetapi masih melakukannya? maksud saya. kita rasa marah bila ditipu. tetapi. kita juga melakukan hal yang sama.
pada saya sendiri. tidak tahu lah pada orang lain bagaimana.
semakin istimewa dan penting seseorang itu dalam hidup saya, semakin sakit hati jika ditipu oleh mereka.
faham maksud saya? :)
begitu mudah sakit hati jika ditipu orang tersayang. orang tersayang itu merangkumi kekasih hati, keluarga, kawan karib.
sebagai makhluk Tuhan. saya sendiri dapat rasakan. manusia ini sangat kompleks dan tidak mampu dihuraikan dengan apa hujah sekalipun di atas kejadian itu.
:)