hah. saya baru saja selesai having my supper. makan nasi putih berlaukkan ikan masak pedas. kalau hari-hari makan lewat macam ni. boleh gemuk lah saya. :)
tadi sambil-sambil makan kat ruang tamu seorang diri. family lain semua dah masuk tidur. saya on9 facebook sekali. reply komen kawan. komen status kawan. dan dari situ lah tercetus idea nak tulis pasal matang. sebab kami bercakap mengenai topik matang.
okey. sebelum itu. kalau ikut pada pandangan diri sendiri yang cetek ilmu ni. apa pemahaman mengenai matang? apa yang terlintas di fikiran awak bila dengar perkataan 'matang' ini.?
haip. jangan rujuk kamus dewan dulu okey. cuba terjemahkan maksud 'matang' ini mengikut pemahaman masing-masing.
macam profesor lah pulak kan. siap bagi arahan. haha.
kalau ikut pemahaman saya. matang bermaksud. akal fikiran yang dewasa. yang bertindak berlandaskan logik dan sesuai dengan keadaan. rasional dalam semua perkara. bercakap tidak mengikut perasaan semata-mata. hah. sama tidak macam apa yang awak fikir.?
saya sangat malas nak google. dan sangat malas nak cari kamus dewan sekarang. :)
jadi saya cuma andaikan itulah maksud 'matang'.
tadi. member A berpendapat. pengalaman itu yang mematangkan kita. jadi. saya rasa tidak begitu setuju dengan A. dan. beritahu dia. matang tidak semestinya melalui pengalaman. kerana kita menjadi matang dengan sendirinya tanpa kita sedari dan bukan berfaktorkan pengalaman.
pengalaman hidup selalu dikaitkan dengan matang. maksudnya. kita semua menjadi matang pada hari ini adalah disebabkan pengalaman lalu.
yah. semua orang ada pandangan masing-masing. tetapi. saya tidak rasa. pengalaman itu lah penyebab saya boleh menjadi matang. penyebab awak menjadi matang. kerana. tiba waktunya. awak akan melangkah ke fasa kematangan meninggalkan fasa kanak-kanak awak. pengalaman lalu itu cuma lah sekadar memori. sekadar cerita hidup yang awak perlu ingat. pengalaman lalu awak itu sesuai dijadikan panduan untuk awak melangkah ke masa depan. nampak maksud saya.?
semua orang itu. bila tiba waktunya. mereka akan sendirinya menjadi matang. tidak terdorong oleh mana-mana sebab.