Subscribe:

Wednesday, 8 August 2012

SPENT TIME WITH BOYFIE

NUH AMANI AVILLA & SYED MUHD SYAHEER :)))


14hb-15hb julai 2012. Boyfie ada dance show dekat aeon klang. Dua hari berturut-turut saya datang support. Cuma. 14hb.07.2012 tu. Saya sampai klang agak lewat. Sebab sepanjang hari tu saya ada kat puchong. Ada computer test untuk driving license punya. Dengan penat tak habis, saya gagahkan juga diri ni pergi kat klang. Setiap kali tengok boyfie dance, hati ni cair dengan serta-merta. Cant believe he's mine. :)

28hb-29hb julai 2012. Boyfie ada dance show kat cheras. So saya turun cheras jumpa dia. Member baik saya ikut sekali. Joker dan wawa setia menemani. hehe. Memang sepanjang hari tu kitorang luangkan masa bersama lah. Sahur sekali. Lepak kedai mamak sekali. Luahkan perasaan masing-masing. Share cerita macam-macam. Naik lrt sama-sama.

04hb-05hb august 2012 pula. Saya stay kuala kangsar dan ipoh. Gerak dari stesen bas shah alam pada 04 august 2012 tu sekitar jam 1 petang. Sampai kat stesen bas kuala kangsar pula sekitar jam 4.30 petang camtu. Lepas tu. Saya naik teksi pergi bazaar ramadhan kuala kangsar kat arena square. Kat situ baru lah jumpa my boyfie a.k.a apple. For the first time saya dapat jumpa parents boyfie sekali masa tu. Ya Allah. Nervous nya dalam hati. haha. Tapi saya dengan gentle plus takut-takut plus segan-segan tu, tetap pegi salam tangan diorang. Apa yang boleh saya nilai dari perjumpaan pertama tu, saya tengok ibu dan ayah boyfie sangat mudah didekati. Dan sangat penyayang juga. Kira saya senang lah dengan perwatakan ibu dan ayah boyfie. Tapi masih terlalu awal untuk menilai lebih jauh. Biar lah setakat itu.

Apple introduce me as his girlfriend depan family dia. Saya rasa terharu plus segan sikit. hehe. Saya sempat berbuka puasa bersama boyfie dan family dia sekali. Perasaan sebegitu sudah terlalu lama saya tak rasa sejak berpisah dengan zach satu ketika dulu. Thanks apple sebab bagi saya peluang untuk rasa pengalaman macam tu sekali lagi. :)

Kawan-kawan serta kenalan boyfie asyik berdehem kat kitorang masa tu. Yelah. Pasangan sweet date kat bazaar gitu. hehe. Lagipun ramai yang tahu saya baru je sampai dari Kuala Lumpur. So bagi diorang, rasa macam.. "wah, jauhnya sampai kesini". .^.^ Girlfriend stay KL. Boyfriend pula stay Kuala kangsar kan. Memang jauh beribu-ribu batu. haha. 

Pastu. Member gegurl yang stay ipoh pun turun kuala kangsar semata-mata sebab saya. hana dan ara. Thanks gurls:).. So lepas je berbuka puasa, then saya follow boyfie pegi rumah dia. Lepas mandi, kitorang pun keluar dating kat sekitar pekan kuala kangsar sebelum gerak ke ipoh. Sampai je kat ipoh pula, boyfie ajak tengok wayang. so. Kitorang pun tengok midnight movie. 'the recall'. Even movie tu cambest, tapi disebabkan saya rasa ngantuk yang teramat sangat so lebih banyak tidur. hehe. Boyfie je tumpukan perhatian kat movie tu. Lepas movie, kitorang lepak kat stall burger hana pula. Dan kitorang bersahur sekali dengan diorang dan some of other friends yang lain. 05hb.08.2012 pula. Boyfie bawa pergi beli tiket balik KL. Lepas tu, sementara nak tunggu waktu balik. Kitorang dating tengok movie lagi. Kali tu tengok 'step up revolution' pula. hah. Cun lah. Tercapai juga niat saya nak tengok step up dengan buah hati. hehe. Lepas movie habis, boyfie tolong hantar pegi stesen bas. Dia bertindak sebagai pemandu sepanjang saya berada disitu. thanks sayang. :)

Actually tak rancang pun nak lepak ipoh dan kuala kangsar masa tu. Saya cuma ikut gerak hati yang kuat suruh saya kesana. Tak sangka pula saya betul-betul kesana. dengan tak bawa pakaian lebih. haha. last minute punya plan. random plan. ish ish. Boyfie pun cakap. Saya ni bahaya sebab suka buat camni. Dia cakap. Saya ni perempuan yang degil. Keras kepala. hehe. Boyfie baru pasan saya macam tu.

Well. Kalau korang nak tau. Relationship kami masih baru je lagi. Sekarang pun on our way to serious relationship too. Relationship nie started on julai. hehe. Sangat baru is it? ya i know. Ingat lagi tak post saya about why im still single on may tu? hah. Time tuh saya masih single lagi. tup tup. Sekarang saya dah berpunya. Its all takdir Tuhan. Dia yang bagi apple into my life. Into this heart. Tapi saya takkan jadi a lover yang too serious macam sebelum-sebelum ni dah. Sebab kalau boleh, saya nak belajar jadi girlfriend yang cool je. Taknak terlalu love him that much. Nak sedang-sedang je lagi okey kot. So andai kata satu hari nanti he left me, then im not that hurt kan. Ini pengajaran lepas dah melalui broken hearted yang teruk sebelum ni. hehe. Sumpah dah tak sanggup nak rasa broken hearted tu lagi.

Setakat hari ni. Kami sangat loving couples dan so sweet each other. Everyday mesti on phone. Bersembang setengah jam, sejam tu dah jadi perkara biasa. dan. Sebelum end phone. Boyfie will said "I Love You" to me. Dengan suara yang paling lembut gitu. I love that part the most. haha. Saya mengaku. Memang selalu juga terfikir. Sampai bila hubungan ni akan bertahan. tapi. Saya serahkan pada Tuhan pasal ni. Saya tau saya tak boleh nak sibuk-sibuk fikir sesuatu diluar kuasa saya kan. so thats it. :)

Karakter antara kami berdua pun sangat jauh berbeza. Kira macam. Saya taip A. Boyfie taip Z. Saya kekiri. Boyfie kekanan. Saya kedepan. Boyfie kebelakang. Saya keatas. Boyfie kebawah. Kami juga berbeza pemahaman. Berbeza pendapat. Pendekkan cerita. Semuanya bertentangan. Saya sendiri pelik. How come we can in love. haha. Tapi. Bila kitorang bersama. Ada je hal yang buat kitorang gelak each other. Sedangkan saya tak rasa hal tu kelakar. Entahlah apa yang serasi. Saya sendiri tak dapat nak kenal pasti. Tapi saya boleh jadi diri sendiri bila dengan dia. Everything turns naturally and smooth je. Takde masalah. Takde argue. hemmm. Boyfriend yang kali ni memang lain berbanding yang sebelum ni. Ape pun. Saya tak boleh nak banding-banding. Cuma boleh thanks to Allah sebab bagi apple kat saya.:)

I DO LOVE YOU BOYFIE:)



No comments: