Subscribe:

Tuesday 24 July 2012

FOURTH RAMADHAN 2012

Semalam kira sahur keempat dalam bulan ramadhan nie kan. So Alhamdullilah. Saya dikejutkan oleh alarm henset. Lepas tuh. Saya turun lah dapur sambil dengar music dalam henset dengan earphone, dan tolong sediakan makanan untuk sahur. Dah siap semua baru kejutkan akak. Then akak turun dapur tapi dia tak makan. Sebab datang bulan. Dia just bancuhkan minuman panas untuk abang ipar. So. Saya sorang je sahur semalam. hehe. Time bersahur tu, apple sweetheart text. So kitorang mesej sampai pukul 7 pagi kot. Itupun saya yang say goodbye dulu. Kalau tak, mesti apple taknak berhenti mesej. 

Berbuka tadi pula. Ala kadar jugak. err. Bukan ala kadar kot. Agak banyak juga lauk yang akak beli. Rasanya dia singgah bazaar ramadhan kot. so. Kitorang makan sekali lah. Setakat ramadhan sehingga hari nie, saya belum lagi menunaikan solat terawih. Harap-harap minggu depan boleh. Tak kisah lah kat masjid mana-mana pun. :)

Sahur malam nanti pula dah masuk sahur kelima ramadhan. wah. Cepat nyer masa berlalu. Pejam celik esok dah raya. hehe. Apa-apa pun. Ramadhan tahun nie agak tenang bagi saya. Saya rasa macam tu. Taktau lah korang yang lain camana kan. Lain orang, lain perasaan. Saya masih tak buat apa-apa persediaan untuk sambut raya. haih. Just follow the flow lah kot. Tak berani nak rancang. Baju raya pun tak beli lagi. =.=





No comments: