Subscribe:

Tuesday, 24 July 2012

FOURTH RAMADHAN 2012

Semalam kira sahur keempat dalam bulan ramadhan nie kan. So Alhamdullilah. Saya dikejutkan oleh alarm henset. Lepas tuh. Saya turun lah dapur sambil dengar music dalam henset dengan earphone, dan tolong sediakan makanan untuk sahur. Dah siap semua baru kejutkan akak. Then akak turun dapur tapi dia tak makan. Sebab datang bulan. Dia just bancuhkan minuman panas untuk abang ipar. So. Saya sorang je sahur semalam. hehe. Time bersahur tu, apple sweetheart text. So kitorang mesej sampai pukul 7 pagi kot. Itupun saya yang say goodbye dulu. Kalau tak, mesti apple taknak berhenti mesej. 

Berbuka tadi pula. Ala kadar jugak. err. Bukan ala kadar kot. Agak banyak juga lauk yang akak beli. Rasanya dia singgah bazaar ramadhan kot. so. Kitorang makan sekali lah. Setakat ramadhan sehingga hari nie, saya belum lagi menunaikan solat terawih. Harap-harap minggu depan boleh. Tak kisah lah kat masjid mana-mana pun. :)

Sahur malam nanti pula dah masuk sahur kelima ramadhan. wah. Cepat nyer masa berlalu. Pejam celik esok dah raya. hehe. Apa-apa pun. Ramadhan tahun nie agak tenang bagi saya. Saya rasa macam tu. Taktau lah korang yang lain camana kan. Lain orang, lain perasaan. Saya masih tak buat apa-apa persediaan untuk sambut raya. haih. Just follow the flow lah kot. Tak berani nak rancang. Baju raya pun tak beli lagi. =.=





MEMORI 22 JULAI 2012

22hb julai 2012 arituh, iaitu bersamaan dengan hari kedua ramadhan. Saya berbuka puasa dengan dua orang member dekat bazaar ramadhan jalan raja alang. Dua orang member tu nama nyer joker dan wawa. Actually, tak plan pun nak berbuka puasa sesama. Last minit punya plan je. Tapi tak sangka last minit punya plan tuh laa selalu menjadi kan. So. Saya sampai dulu dekat bazaar tuh. Sekitar pukul 6 petang macam tu kalau tak silap. Saya usha kuih pelita untuk akak. Dan saya tak beli apa-apa untuk diri sendiri time tu sebab niat di hati nak tunggu diorang joker dan wawa sampai, baru ingat nak usha makanan sesama. 

Tapi lain pulak yang jadi. Joker dan wawa sampai lambat kat bazaar sebab salah info punya pasal. Tu alasan diorang. haha. Diorang salahkan saya sebab salah bagi info kononnya. Tapi rasanya saya dah bagitau info tempat yang betul. Haih aper lah diorang nie kan. Sesat nak cari bazaar je nak berjam-jam lama. Lagi dalam 5-10 minit waktu nak berbuka puasa, baru diorang sampai bazaar. Bayangkan lah. Mana sempat nak cari makanan.. Tapi apepun. Kitorang member yang cool. No hal lah setakat lambat tuh kan. Lepas je diorang joker dan wawa sampai, kitorang pun beli air. Lepas beli air baru lah kitorang beli makanan ala kadar. Itupun, kebanyakannya dah banyak gerai tutup. Kitorang berbuka sambil berjalan. Sebab takde tempat duduk. Dah agak-agak macam penat, barulah kitorang bertiga duduk kat satu sudut tepi jalan yang ada penghadang jalan. So kita continue makan kat situ je tanpa meja. 

Kitorang makan dengan sempoi je time tu. Tapi bagi saya. Pengalaman berbuka macam tu agak seronok juga kot. Pertama dan terakhir. haha. Lepas kitorang makan, terus gerak pergi mid valley pula. Main bowling. Yang ni tak rancang pun. Last minit punya plan jugak. haha. Semua last minit lah punya rancangan. Kita gerak pergi mid valley dengan teksi. Ingat memula tuh nak naik bas. Tapi masing-masing tak nampak kelibat bas pun lalu kat jalan raja alang tuh. So kitorang terpaksa berdiri kat tepi jalan raya nak tahan teksi. Itupun agak macam kelakar jugak. Sebab. Takde teksi nak berhenti time kita tahan. So kitorang pun jadi perhatian orang ramai lah time tu. Lama jugak kot saya, wawa dan joker berdiri tepi jalan. haih. Tak dapat bayangkan kalau sorang-sorang tunggu teksi time tu. Malu beb! haha.

So lepas main bowling kat mid valley tuh, kitorang pun balik. Tapi balik asing lah. Saya sorang. Diorang berdua. Apepun. Thanks lah sebab dapat luangkan masa bersama-sama kawan. Even banyak perangai gila masing-masing masa tuh kan. Tapi yang penting kita happy. Dan sebelum terlupa. Saya sempat tengok movie batman time tu jugak. Tapi tengah hari. Kat gsc the club mid valley. Even kena bayar rm25, tapi saya rasa berbaloi lah sebab selesa. Memula ingat nak tengok kat pawagam biasa je, tapi bila tengok orang ramai beratur panjang. Then saya pun rasa malas nak beratur. hehe. Malas nak buang masa. Lagi pun saya sorang je. Lain lah if ramai-ramai kan. Best lah nak beratur panjang. Sekurangnya ada teman nak berbual sementara nak tunggu giliran sampai. Dan sebenarnya. beratur tuh satu kelemahan saya. Kira satu perbuatan yang saya sangat tak suka nak buat. Cukup benci nak beratur. Tak sabar nak tunggu step up movie pulak. 





Saturday, 21 July 2012

SECOND RAMADHAN 2012

Sekarang dah pukul 5.30 pagi, 22 julai 2012. Alhamdullilah la. Dah masuk hari kedua ramadhan kan. Saya pun baru je selesai bersahur. Hey saya bukan alone tau. Tapi berdua with akak saya. Yang istimewa nya sahur hari nie sebab...saya yang sediakan everything. hehe. Dah siap semua, barulah naik bilik atas kejutkan akak. Hari ni saya berjaga sampai ke subuh. Online je semalam. Dah lama tak buat camtu kot. Mungkin ni weekend yang last saya stay rumah. Sebab next weekend, saya akan stay kat masjid. Nak iftar dan berbuka disitu. :)

Dan next week juga, saya dah mula busy dengan kelas memandu pula. Dalam sebulan macam tu saya kena pergi kelas. haih. Nak dapatkan lesen punya pasal kan. Takpe lah. :) By the way semalam saya mimpi memandu kereta. Terbawa-bawa sampai ke mimpi pulak. Kelakar je. Plan saya, nanti bila dah dapat lesen nak masuk kelab drif. yeah. Dah lama teringin sebenarnya. Kali ni taknak tangguh lagi. Lantak apa nak jadi. Nak juga join club tu. yehuuu. Drift! 

Ramadhan kali nie memang fun. tenang je rasa. :) Jadi. Saya nak wish. Salam second ramadhan everyone.^.^. Tak perlu sedih-sedih la sape yang terpaksa sahur sorang-sorang tuh kan. Kita semua pernah lalui pengalaman tuh jugak. Saya sendiri pernah. Memang sayu kan?. Saya harap, sahur next week nanti dengan kawan-kawan pulak. yeay. Dengan buah hati? haha. InsyaAllah. Masing-masing tengah jauh..

Tapi kan, saya teringin nak bersahur dengan anak-anak yatim. InsyaAllah lah. mungkin another week kot. Mesti lagi heaven feeling tuh. Sahur lah dengan siapa-siapa pun. Tetap best sebenarnya.






Friday, 20 July 2012

MEMORI PONTENG PUASA

Hari ni dah pun 21 julai 2012 bersamaan dengan satu ramadhan. kebetulan tak dapat nak tidur lepas bangun sahur tadi, so saja lah nak kongsi some of memories dalam part ponteng puasa nie hah. apsal lah nakal sangat nak ponteng puasa nie kan. haha. 

tahun ni saya berazam taknak ponteng puasa even sehari pun. Amin. sebenarnya susah gak nak jangka peel diri sendiri nie kadang-kadang. ada masa-masa jadi sangat nakal. dah tau tak boleh buat tapi mengada juga nak buat. saya sorang je macam nie??? 

jadi. kalau korang nak tau. ramadhan 2011 merupakan tahun paling latest saya ponteng puasa nie. haha. baru lagi kan?. hah. korang ingat budak-budak je yang reti ponteng puasa? saya yang remaja dah akil baligh nie pun reti ponteng tau. actually time tu bukan sengaja nak ponteng pun. cuma mungkin sebab saya berjaya dihasut oleh satu bisikan halus untuk ponteng puasa. tapi sehari tu je. time tu saya lepak tengok movie kat sunway pyramid. saya juga dengan selamba pegi ke kaunter makanan untuk beli makanan. adoi. kalau ingat balik pasal tu, rasa kelakar gile. hish. berdosanyer la ponteng puasa masa tu. tapi even saya beratur beli makanan time tu,takde pulak yang pasan im a malay girl. sebab memang adam sendiri cakap, my face so chinese looking. kawan-kawan pun ramai cakap camtu. so if saya ponteng pun, orang tak hairan. 

bukan lah saya bangga nak ponteng puasa pun. cuma hari tu je. tahun-tahun yang sudah. rasanya lagi banyak memori ponteng puasa nie. cuma saya tak dapat nak recall the memories. haha. tapi pernah sekali tu. time tu umur saya sekitar 8 atau 9 tahun. disebabkan terlalu haus dan tak tahan nak puasa, saya pun minum air dalam besen kat tandas tu. air tu patut nya pakai untuk mandi. tapi haus punya pasal, lantak lah masa tu. haha. eeeuuuuwww. saya sejak kecil memang dah biasa berpuasa ni actually. dan saya boleh bertahan. cuma dalam sepanjang sebulan ramadhan tu, mesti akan adalah dalam sehari dua saya akan buat pasal punya. tapi hari-hari selebihnya saya memang taat berpuasa.:) 






SEHARI SEBELUM RAMADHAN

Hari ini tanggal 20 julai 2012. Dan hari ini merupakan selang sehari sebelum awal ramadhan. Esok hari dah tanggal 21 julai 2012, tiba lah sudah bulan ramadhan. Apa yang berlaku hari ini cukup memberi pengajaran kepada diri saya. Yelah. Saya ni penganut agama islam yang sangat-sangat sedikit ilmu mengenai hukum agama dan sewaktu dengannya lah. Nak tau ape kah cerita nya? =)
*
*
*
*
*
*
*
TAPI TOLONG JANGAN GELAK OKEY ^.^.........

Saya puasa hari nie. uwaaaa. Okey macam nie cerita nya. Semalam, saya pasang niat nak ganti puasa hari nie. Macam hari-hari sebelum nie lah jugak kan. so. Memula tu, memang ada rasa macam taknak puasa. Tapi. Subuh semalam, saya terjaga dari tidur sekitar pukul 5 pagi. Jadi dah alang-alang terbangun tu, saya pujuk lah diri sendiri untuk bangun dari katil dan turun bawah pegi dapur untuk sahur...

So, sekitar pukul 9 pagi macam tu tadi. Saya tweet random dalam twitter. "sape dah breakfast? atau puasa today?" Lepas tu, ramai lah kawan-kawan tegur dan bagitau yang hari ini haram berpuasa. Jadi saya yang tengah puasa masa tu pun tergamam kejap kan. Eh biar betul tak boleh puasa hari ni? Then. Sorang demi sorang terangkan. Kenapa hari ini tidak boleh berpuasa. So. Saya pun diam je. And. Pergi lah makan untuk membatalkan puasa yang memang tak dikira langsung pun waktu tu kan. haha. aduss. Malu satu hal. Terasa bodoh pun satu hal. haih. Macam-macam lah perasaan bersilih ganti masa tu. Memang sebelum-sebelum ni pun. Saya tak pernah puasa sehari selang ramadhan. So tak pernah lah tau hal nie. Saya cuma tau. Haram berpuasa di hari pertama bulan syawal. 

Kira ini satu pengalaman yang masam manis untuk diri saya kot. ish ish. Tak tahu lah apa reaksi orang bila saya bagitau hal ni. Kena bahan sampai bebiler lah jawabnya. =.=. 

Nasib baik lah saya tweet tanya pasal siapa puasa hari ni tadi kan. Kalau tak? Konfem saya akan terus berpuasa sampai maghrib. uwaaa. Lagi naya. haha. Nasib baik lah puasa tadi sampai pukul 10 pagi camtu je. hish. Ape lah. Insiden ni saya akan ingat sampai bila-bila...



Tuesday, 10 July 2012

PENGALAMAN LAGI

07.07.2012 aritu. saya dan kengkawan pergi lepak kat vogue club mont kiara. berkonvoi lah dalam empat buah kereta. ramai-ramai gerak sekali. at first plan, kita patutnya gerak awal. dalam pukul 8.30 malam. sekali last minit, kitorang semua terpaksa gerak lambat sebab adik member sorang ni sesat. haha. agak lewat juga la kitorang sampai kat vogue club tu. dalam pukul 2 pagi dah. tapi nasib baik kitorang masih sempat enjoy the music. memang ramai gile orang yang datang masa tu. biasalah gelagat budak clubbing kan. mabuk. terkinja-kinja. usha awek. tapi member-member saya langsung tak kacau perempuan. so saya puji part yang itu lah. member saya just enjoy menari kat depan dj spin music. ada yang duduk je. just dalam lebih kurang 3 atau 4 orang yang minum. tak termasuk saya okey. saya memang tak sentuh any drink dalam club. even coke sekalipun. kat vogue club masa tu, saya menari kejap je. patutnya mood nak menari tu awalnya memang so high. tapi mungkin sebab dah agak lewat sampai kat club,so mood menari dah menurun. :)

time saya berblogging ni, hujan turun dengan lebat. waw. Alhamdullilah. :) Sejuk je rasa. sambung cerita. sepanjang kat club tu, kawan-kawan memang jaga saya kaw-kaw baik punya. even saya pergi menari pun, diorang berdiri kat tepi saya. cover so takde lelaki lain yang ganggu. awww. i love it. saya memang suka kawan-kawan yang protect kawan perempuan. sweet lah. :) Then. after that, kitorang lepak mamak kejap. Isi perut. sebab masing-masing tak makan lagi masa tu. saya sorang je tak makan. sebab sangat ngantuk. tengok jam masa tu pun dah pukul 7 pagi. lepas makan, member sorang ni tolong hantar saya pegi subang. sebab saya kena pergi kelas ceramah untuk ambil lesen kereta. 

sepanjang kat ceramah tu, saya lebih banyak tidur. dah lah tak tidur dari semalaman kan. tambah pula dengan tukang bagi ceramah yang boring. memang tidur je lah dalam kelas masa tu. ehehe. bila dah ganti lecturer, barulah saya segar sikit. sebab lecturer yang second tu best. even saya ngantuk, tapi disebabkan karakter dia mengajar best, saya rasa seronok nak belajar. 

Semalam. saya dan apple bersembang hampir sejam. subuh-subuh pula tu. ramai yang puji kitorang sangat sweet. by the way. masing-masing just jadi diri sendiri. jodoh tetap di tangan Tuhan. :)
Apple rajin text and told me, he miss me. As a girl, memang perbuatan seperti itu sangat sweet. ah. tapi masih terlalu awal untuk fikirkan sesuatu yang serius. Biarlah Tuhan jalankan kerja Nya. Kami akan sentiasa kawal diri. Kalau ada petunjuk untuk ke arah itu, apa salahnya melangkah lagi satu step. ^.^

01.07.2012 pula. untuk pertama kali seumur hidup saya. saya bawa dua orang anak yatim dari rumah nur Kasih, bersiar-siar. saya kongsikan pengalaman ni bukan sebab nak tunjuk baik. Cuma saya rasa ia sesuatu perasaan dan pengalaman yang...susah nak ditafsirkan dengan kata-kata. Saya bawa diorang lepak dalam mid valley. belanja makan. lepak-lepak bersembang. anggap diorang macam kawan sendiri. kebetulan masa tu, joker member saya ikut sekali. hemm. saya memang ada perancangan random nak ajak diorang lepak next time lagi. harituh ingat nak belanja diorang tengok wayang, tapi cinema tengah full pula. 

Lagi. lebih kurang dalam beberapa hari lagi dah nak masuk bulan ramadhan. harap-harap, kita semua boleh memperbanyakkan amalan yang baik sepanjang ramadhan kan. :) Tak boleh nakal sangat. haha. jaga diri dan cover makan. sebab time puasa, asyik rasa lapar je. betul tak? standart la tuh. time boleh makan, takde selera pula. time puasa, asyik terasa lapar je. =.=

"HAPPY RAMADHAN DAY"