Subscribe:

Thursday, 12 April 2012

TIDUR LENA DAN MIMPI ITU

semalam, saya masuk tidur lebih awal dari kebiasaannya. sebaik saja saya menghempaskan badan diatas katil, saya terus terlena. sangat jarang sebenarnya saya lena sebegitu cepat. :) saya mimpikan adam lagi. dan mimpi kali ini adam bersama seorang watak perempuan tambahan. saya dan adam tidak bertegur sapa langsung dan seolah-olah kami tidak mengenali di dalam mimpi itu. saya juga mimpikan syamsul yusof. haih. tiba-tiba watak syamsul pulak? hehe. syamsul begitu ambil berat tentang saya. dia begitu baik sekali sehingga saya rasakan dia menyayangi diri ini. cehhhh. ^.^ mimpi saja okey. tak boleh lebih-lebih. :) itu dikira mimpi yang baik bukan? di pengakhiran mimpi pula. saya hampir-hampir ditimpa kemalangan. trak besar dan kereta yang saya naiki berpusing-pusing. memang cemas sewaktu itu. saya sangkakan ia benar-benar terjadi. nasib baik ia cuma mimpi! mimpi ngeri. huhu. takutnya.

saya begitu lena semalam. sehingga bermimpi macam-macam. oh ya. rasanya termimpikan yang ngeri itu kerana saya lupa membasuh kaki sebelum tidur. sebab biasanya, saya akan basuh kaki dulu sebelum tidur. pengajaran huh? yeah. :)

saya pelik sedikit. orang ramai bercakap pasal tsunami? itu sepatutnya hal semalam bukan? patutlah Tuhan lenakan saya. jadi saya takkan berasa ketakutan dengan berita itu. tsunami bukanlah hal yang kecil. ia boleh meragut nyawa dengan sekelip mata sahaja. cukuplah apa yang kita sudah ketahui mengenai kejadian tsunami yang pernah melanda acheh sebelum ini. berat mata memandang, lagi berat bahu mereka memikulnya. kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata. huh. Astagfirullah. Lindungilah kami dari sebarang ujian Mu yang berat ya Allah.

Port Dickson berlaku gegaran tsunami semalam. itu apa yang saya dengar dari beberapa sumber. tapi saya sendiri tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya. jika manusia melakukan persediaan menghadapinya, adakah Tuhan akan..??

maksud saya mungkin Tuhan tidak akan meng takdir kan sesuatu untuk berlaku sekiranya kita tahu dan bersedia. Tuhan akan takdir kan sesuatu terjadi sekiranya kita tidak menyedarinya akan berlaku. itu pendapat saya secara peribadi...





No comments: