Subscribe:

Friday, 13 April 2012

MEMORI DI RUMAH ANAK YATIM

Hah. Jangan terkejut! Kalau awak-awak yang memang follow kesemua entri saya sejak awal, mesti faham bagaimana kaitan antara saya dan rumah anak yatim. Saya cuma kebetulan teringat semula memori bersama mereka disana yang pernah dilalui pada satu ketika dahulu. 

Pada awal saya memasuki kehidupan bersama mereka. Semuanya tidak berjalan dengan lancar. Setiap hari berlaku pergaduhan besar-besaran. Ego didalam diri masing-masing sangat tinggi. Semasa itu, kami tidak kenal erti mengalah atau berserah atau menyerah. Tiada yang mahu menyelesaikan masalah dengan akal fikiran. Bagi kami, hanya dengan pergaduhan boleh selesaikan setiap hal. Ish ish. Nakal bukan? :)

Saya dapat lihat. Ada satu persamaan tentang kami semua. Samada perasan atau tidak. Iaitu 'keras hati'. Kehidupan kami tidak indah dan begitu tertekan didalam. Sehinggalah saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan itu hari demi hari. Dan saya akhirnya memahami mengapa semua orang boleh berubah menjadi 'keras hati' akhirnya. Jika dilihat secara mata kasar, tidak ada yang salah pada kehidupan institusi anak yatim. Para pegawai yang ditugaskan untuk menjaga kami juga menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Tetapi ketenangan dan kebahagiaan itu tidak tercapai. kami melalui kehidupan yang sangat memenatkan. Ia memakan kami dari dalaman. Awak sendiri tahu bagaimana rasanya bila dalaman terganggu. Ia hal yang menyedihkan bukan? :)

Saya selalu melakukan hal yang bodoh disana. Saya budak yang tidak matang sewaktu itu. Hihi. Saya serang seorang pegawai perempuan. Kesalahan yang dia buat sangat besar pada saya. Pada mulanya, saya dapat kawal kemarahan sehinggalah dia berkata sesuatu yang menghangatkan minyak yang sedang panas. Hah. Saya dengan semena-mena terus menumbuk dia macam orang tidak waras. Saya seperti dirasuk waktu itu memukul tanpa henti. Kekuatan yang datang dengan sendirinya tanpa saya sedari. hehe. Kawan-kawan yang tolong leraikan saya. Kawan-kawan yang saya maksudkan itu adalah adik-beradik anak yatim lah. :) Saya umpamakan mereka adalah keluarga dan juga kawan-kawan saya.

Saya memang selalu keluar masuk bilik disiplin. Pengetua institusi anak yatim selalu mahu berjumpa dengan saya untuk tanyakan bermacam-macam hal. Tetapi akhirnya jadi perbualan biasa pula diantara kami. haha. Level nakal saya tinggi sikit berbanding budak-budak yang lain jadi pada mulanya saya selalu juga disisihkan. Tetapi akhirnya saya lah heroin mereka. chewah. :) Entahlah. Mungkin mereka sudah terbiasa dengan kenakalan saya hari demi hari. Lagipun. Saya jenis tidak makan saman. Cakaplah atau nasihatlah apa saja. Saya tidak pernah endahkan. Keras hati yang teramat sangat. :)

Tidak selalu saya menang di dalam pergaduhan. Kalah tetap akan ada. Dalam banyak-banyak hal yang saya pernah buat, pecah masuk pejabat pentadbiran institusi rumah anak yatim merupakan satu hal yang paling teruk sekali. Saya pecah masuk pejabat cuma disebabkan satu hal saja. Ingin menggunakan telefon pejabat untuk menghubungi mak kepada rakan saya. Pada mulanya, saya dah minta kebenaran untuk memakai telefon. Tetapi pengetua tidak membenarkan penggunaan telefon pula sewaktu itu. Sedangkan saya memang betul-betul mengharapkan kebenaran kerana ia sangat mustahak. Itu yang menyebabkan saya pecah masuk. hehe. Macam pencuri di rumah sendiri lagaknya bukan? :)

walaupun rumah anak yatim itu penuh dengan kepahitan. dalam kepahitan terselit juga kerinduan didalam hati.:) tetap ada rasa rindu dan rasa sayang pada rumah itu. pada keluarga disana. selama menetap disana. kami memang dahagakan kasih sayang yang amat sangat. cuma kami tidak mampu menjadi manja secara luaran. haha. kerana yang manja terserlah kekalahan. itulah sebabnya.

setiap kali saya rasa tertekan, saya akan berkurung di dalam bilik dan mencederakan diri sendiri. hah. ini kedengaran bodoh bukan? saya tahu ada diantara awak juga pernah melakukan perkara yang sama bila tertekan. saya akan menggores tangan sehingga berdarah. setiap kali berbuat demikian, kawan-kawan pasti akan bertempiaran lari dan mengadu dekat pegawai bertugas. hehe. saya menakutkan mereka. :)

ada satu hal saya paling menyampah sekali. iaitu apabila kami menerima pelawat. okey bukan menyampah pada pelawat yang datang. tetapi disebabkan perlu beratur untuk mengambil buah tangan dari mereka. saya agak tidak berapa suka bilamana untuk mendapat buah tangan pun perlu beratur sebegitu. ia sesuatu yang tidak menyeronokkan dan menimbulkan kebencian didalam hati saya. bukankah lebih manis sekiranya mereka memberi sendiri pada kami tanpa perlu kami beratur kepada mereka?

***(Saya juga menyampah bila tengok orang terpaksa beratur untuk menerima bantuan dari orang kenamaan seperti dalam kaca televisyen. Ia seperti membezakan status dan darjat antara si pemberi dan si penerima. Terlihat kedudukan si penerima sangat lah hina manakala kedudukan si pemberi sangat tinggi kononnya. Ia mendatangkan kemarahan saya!!!)***

waktu makan adalah cerita yang paling menarik sekali. sebab...kami semua dikehendaki beratur di luar dewan makan dahulu. kenapa perlu beratur? heheh. :) kehadiran kami perlu disemak. semua anak-anak yatim kena cukup bilangannya. jika kurang walau seorang sekalipun, semua orang tidak dibenarkan masuk dewan untuk makan. kena tunggu sehingga cukup baru lah dibenarkan masuk dewan makan. ketat sekali disiplin disitu bukan? kami memang selalu bengang bila terpaksa menunggu lama. tapi selalunya, kami juga lah yang selalu lambat. haha. kadang-kadang sengaja tidak pergi makan. peraturan ini di awal-awal saja ketat begitu. lama-kelamaan, pegawai tidak ambil kisah lagi. siapa hendak makan, makan. siapa tidak, tidak perlu datang. :) mungkin pegawai juga akhirnya faham. kami bukannya penghuni penjara. perlu beratur sebegitu hanya untuk makan. perlu ambil kehadiran pula.

selepas makan pula, perlu mengemas dewan makan. nama yang perlu bertugas seperti tercatit dalam jadual bertugas. dah macam sekolah pula bukan? kalau kena pada giliran saya untuk bertugas, memang ambil masa yang agak lama sebab lebih main. haha.

semasa di bulan ramadhan pula. saya dan konco-konco karib akan berjaga sehingga waktu sahur. sebab kami akan ke dapur untuk membantu sediakan makan. bulan ramadhn, memang macam-macam lah ragam yang ditunjukkan budak-budak. ramai yang bangun untuk sahur tapi tidak berpuasa pun. haha. saya sangat suka berpuasa okey. takkan ponteng punya. budak-budak tidak berpuasa satu hal. tapi pegawai yang tidak berpuasa lagi satu hal. grrrr. haha. selamba makan depan kitorang pula. kami gelakkan saja lah. ish ish.

kawan yang paling rapat dengan saya, kira geng saya bernama ida, suzie, sakura, mariana. kami akan melakukan apa-apa bersama. sampai ada yang fikir kami lesbian sebab terlalu rapat. lesbian? errr. tolonglah. No!

sebelum saya mengakhiri entri ini. saya ingin beritahu awak semua. pada mulanya. saya tidak pernah menyangka akan melalui pengalaman ini. sebelum saya tinggal di institusi itu, saya selalu lepak di luar kawasan itu lepas habis persekolahan. saya memandang kehidupan mereka dari luar pagar saja. dan saya selalu sayu memikirkan betapa kasihannya mereka didalam itu. tapi takdir Tuhan tiada siapa boleh menjangkakan bukan? tup tup. saya pula join mereka. ish ish. hihi. pelik tapi benar.



5 comments:

Syazwan92 said...

panjang nye entri

Syazwan92 said...

lesbian? hahaha

Biby Avilla said...

syazwan...
memang suka macam tu hehe. panjang-panjang best what:)

Azizan Zolkipli said...

Pendedahan ini, membuatkan saya menjadi semakin memahami hati - budi anak2 yatim. Tak dapat nak memahami keseluruhan, memadailah sedikit pun, kan ...

farhalurve said...

biby avilla..dlu sye puji blog kamu..now..i'm following ur blog..
entri yg best2 :))