jam sudah pun menunjukkan pukul 4.30 pagi. dan saya masih belum lagi rasa ngantuk.
menghadap pc di dalam bilik. sekarang. tengah stay dengan family dekat mont kiara. sampai bila saya tidak pasti. mereka menjaga saya dengan cukup baik sekali. walaupun sedikit mengongkong, tapi saya faham itu adalah untuk kebaikan diri sendiri juga.
finally..finally..
saya mendapat kehidupan seperti yang pernah saya idamkan selama ini.
:)
mungkin belum sempurna dalam erti kata sebenarnya. tapi. saya rasa. ia sudah memadai.
syukur Alhamdullilah.
Ia berkat setelah saya berhempas pulas berkorban.
saya harap. nikmat ini tidak akan saya siakan. mohon diberikan petunjuk selalu agar saya tidak alpa.
:)
mengenai penantian hal identiti diri. saya akan perjuangkan kembali mungkin bulan depan.
sepanjang bekerja parttime dekat mont kiara. saya minat dekat seorang mamat ni. orangnya cool dan menarik perhatian saya. hehe. gatal kan. :)
walaupun minat. saya tidak dapat rasakan aura jodoh antara kami berdua ada. jadi. saya tahu. kami tidak akan dapat bercinta.
akhirnya. tumpuan saya dekat adik-adik kecil di rumah saja. saya seorang kakak yang bertanggungjawab dan penyayang okey. ^..^
sehingga hari ini. saya belum pun berkesempatan bersosial. bersosial maksudnya lepak-lepak dengan kawan-kawan. rutin siang malam sangat sibuk. tapi. ini lah kehidupan bukan. :)
2012 tahun yang sangat sibuk untuk perbetulkan segala-galanya. :)
sekurangya. saya tidak melakukan dosa dengan banyak tahun ini. Amin. :)
malam semalam. saya mengeluarkan airmata. berasa kecil hati sesuatu. dan kadang-kala. di dalam minda ini penuh dengan bermacam persoalan. sehingga hari ini. saya masih bertanya pada diri sendiri.
adakah saya melakukan hal yang betul? adakah saya terlalu memaksa diluar kemampuan diri?
sebenarnya. apa yang saya betul-betul hendak kan dalam hidup ini? kadang-kala saya tahu dengan jelas apa yang saya mahu kan. kadang-kala saya tidak nampak apa yang saya mahu kan. penuh dengan ilusi dan kekeliruan.
kelmarin. akak saya yang sulung tiba-tiba text. dia tanya samada saya okey atau tidak. dan dia kata lagi nak bank in kan saya duit esok hari nya. hem. sesungguhnya naluri seorang akak itu. :)
dia semacam tahu yang saya tengah stress. i love you kak mya. ^.^
saya pun mula-mula macam tidak percaya yang akak cakap macam itu. aww. she's so sweet. :))
lagi beberapa hari to mac. wah. sungguh cepat!
grrrrr....
pejam celik lagi. raya. haha.
harap-harap raya tahun ini saya dapat turut serta meraikan. jangan lah jadi macam tahun 2011. uh. sedih. :(