jam sudah pun menunjukkan pukul 9.30 pagi. tetapi jika ikutkan waktu sebenar, jam baru pukul 9 pagi. rumah ini sengaja mempercepatkan waktu setengah jam lebih awal dari sepatutnya.
saya baru saja selesai melakukan kerja rumah dan sarapan pagi.
tanggungjawab sebagai seorang kakak. saya laksanakan dengan sempurna sekali. :)
kemas rumah. sapu lantai. mop lantai.
semasa sarapan tadi, ingatan saya tiba-tiba flashback ke masa lalu. iaitu sewaktu saya dan adam melalui saat-saat bahagia.
masa itu. dalam bulan november. adam kebetulan cuti panjang. lalu kami luangkan masa bersama sepanjang hari. kalau tidak silap saya. ada lah dalam seminggu kami asyik berkepit. macam-macam aktiviti yang kami lakukan. lepak cc. lepak cafe. lepak main daun terup. lepak itu ini.
bukan kami berdua saja. malah. irfan dan wan juga turut serta. kerana mereka berdua juga masa itu cuti.
ada sehari itu. saya kurang ingat hari itu cuti apa. jadi. kami berempat gerak dari pantai hillpark menuju ke damansara perdana untuk mencari makan tengahari. memandangkan masing-masing sudah terlalu lapar.
adam bertindak sebagai pemandu. dan saya duduk di seat depan. irfan dan wan semesti nya lah duduk di belakang. hehe. tak muat duduk berempat di depan okey. ^.^
sampai saja dekat di kawasan damansara. kedai makan kebanyakkannya tutup. kami pusing-pusing entah sampai berapa kali. sehinggalah wan cadangkan kami makan dekat kedai ayamas. saya, adam dan irfan sangkakan di situ tiada tempat untuk makan. tetapi wan beriya paksa kami semua turun.
dan kami pun ikut saja.
nasib baik lah. walaupun kedai ayamas itu seperti tidak ada tanda-tanda seperti restoran, tetapi ia ada sediakan perkhidmatan makan di dalam kedai. haha. menarik sekali perjalanan masa itu.
dan kami semua pun makan dengan penuh selera. seperti biasa. adam treat me for food. dan. selalu. adam treat me for everything. :)
saya sangat rindukan part dimana kami menyanyi lagu pricetag sambil bermain gitar bersama. err. adam petik gitar dan saya guru yang mengajar dia petik gitar. sebab adam tidak begitu reti main gitar. lucu lah tengok gelagat adam waktu itu. :)
kadangkala. kita punya seorang insan yang paling rapat dengan kita. dan. walauapapun. kita masih bersandarkan pada jodoh untuk terus bersama atau pilih untuk tidak bersama. lebih tepat lagi. just follow the flow. :)
kena selalu bersangka baik.
setiap kali orang tanyakan soalan kepada saya mengenai adam. saya selalu terdiam dan kelu lidah untuk memberi jawapan. saya sendiri tidak tahu apa jawapan yang patut diberi. dan. air muka saya saja yang mungkin akan memberi jawapan. :)
alangkah bagusnya sekiranya setiap soalan kita mampu beri jawapan dengan pantas tanpa berfikir. :)
soalan mengenai adam saya ibaratkan seperti subjek matematik tambahan. sangat berbelit. haha.
boleh pulak nak samakan dengan matematik tambahan. hehe. ^.^
kesimpulannya. setiap memori itu adalah anugerah Tuhan. manis atau pahit. ia tetap memori yang perlu kita simpan. :)
bayangkan jika kita tidak punya apa-apa memori. lagi menyakitkan hati bukan? :)
saya berterima kasih kepada Allah kerana anugerahkan saya memori yang manis itu.