Subscribe:

Monday, 16 January 2012

THINKING DEEPLY

okey. ni ader some petikan yang saya copy dari blog orang. bukan nak curi ayat dia. errr. nih dah dikira macam curi jugak. haha. tapi. jangan salah faham. saya just nak cuba faham dan thinking deeply dari words yang dia share. dan. if saya rasa nak bidas balik. saya akan bidas with my opinion pulak. at first. ingat nak je comment kat blog dia. so dia boleh lah rasa tercabar dengan my words ke. tapi. fikir-fikir balik. rasa macam malas pulak.
lagi elok bidas ayat dia in my blog. haha. lagi sopan. anyway. saya curi tiga story jer. :)
tiga story yang betul-betul menarik perhatian saya. dan saya tak dapat muhasabah diri. kalau tak curi, saya takkan rasa tenang. ehehe. ^.^
antara tiga story yang saya ambil without his permission. ada satu story yang saya rasa tak agree sikit. if awak nak tau story yang mana. STORY ONE.
lagi dua story dia. saya really fall in love crazily. :)
im sorry sebab stole it.



::STORY ONE::

Saya tidak berapa kasihan dengan perempuan yang ditipu lelaki. Saya kasihan tetapi tidak pada tahap yang sepatutnya. Kalau di lihat dari sudut berlainan, tidak ada apa yang salah pada lelaki itu. Bunyi macam ego? Perempuan itu sendiri yang kena jaga diri sendiri.

Untuk itu saya tujukan al-kisah si jengking dan katak (fable dari negara China) :

Pada satu hari, si Kala Jengking sedang berjalan-jalan di atas tanah sehinggalah dia sampai pada sebatang sungai. Sememangnya dia takkan mampu menyeberang air sungai yang dalam tu. Lalu, dia pun ternampak seekor katak sedang relaks kat tepi sungai.

Katak oh katak, boleh tak kau tolong bawa aku ke seberang?
Mana boleh, nanti kau sengat aku.
Eh, takkan aku nak sengat kau pulak, nanti kau mati, aku pun mati.
Betul gak tu. Ok, kalau macam tu kau naik belakang aku.

Jengking pun naik belakang katak. Semasa menyeberang dan sampai di tengah, jengking pun menyengat si katak. Katak itu yang keracunan akhirnya hilang kawalan dan mula karam. Saat katak hendak lemas, dia tanya Jengking kenapa Jengking berbuat demikian, sedangkan si jengking juga akan mati.

Jengking jawap, 'dah ni-lah nature aku, aku jengking, memang kerja aku menyengat'. 

Sekian. Terima kasut.
::THE END STORY ONE::



*hah. okey. apa first though saya lepas baca.? saya tau orang ini tujukan kat kaum perempuan. memang seriously kat perempuan khususnya. 
so. disebabkan saya perempuan. then. saya rasa terpanggil lah nak talk about it. 

kenapa nak sama kan lelaki tu dengan kala jengking pulak. haha. takde lah. bagi saya. lelaki bukan dilahirkan untuk menipu perempuan. cuma kadang-kadang. diorang menipu disebabkan terpaksa. terpaksa yang saya maksudkan macam contoh. maybe nak jaga hati perempuan. atau. nak elakkan keadaan jadi lagi kusut ke. tapi dah jadi lumrah lah kan. tak kira siapa pun. takkan suka ditipu. sebagai perempuan, saya sendiri pun tak suka bila kena tipu. tak kisah lah orang yang menipu tu lelaki or perempuan. 

jadi balik kepada kes di atas tu. kami yang perempuan memang selalu jaga diri lah. and. memang semulajadi kaum perempuan ni ada sikap yang suka mempercayai kaum lelaki. even sometimes. lelaki tu tipu kitorang ke. kitorang yang gegurl ni still suka nak trust lelaki. 
sebab bagi saya sendiri. wakil kan gegurl lain ok.
lelaki tu sangat tinggi value. sebab tu kami suka respect and bergantung kepada kaum awak. 
so kepada laki-laki. harap awak faham. nilai awak sangat tinggi di mata kitorang.

kalau dah lelaki yang pilih nak khianat perempuan. takkan awak masih nak blame perempuan for that.? and kaitkan dengan kitorang tak reti jaga diri sendiri.? whats the point.??
so. guys. awak bukan syaitan. bukan evil. bukan scorpion. bukan hantu. okey. remember that.
awak lelaki. just same with us. same with perempuan. awak tak dilahirkan untuk hurt us. awak tak dilahirkan untuk play with our feelings.. 
dan. most importand is. awak tak boleh said that its our fault bila dipermainkan oleh kaum awak.

perempuan takkan suka jadi objek permainan perasaan kaum lelaki. itu fact. :)

mungkin awak dah biasa tengok perempuan yang menderita suffer bila kena dumb oleh kaum awak kot. sebab tu awak tulis macam tu kan.? haha. saya teka randomly je lah. jangan kecil hati pula. alaa. adat lah semua tu. bab perasaan memang boleh melemah kan awak what. tak kisah lah laki-laki ke atau perempuan. awak sendiri pernah experienced that. suffer bila break up dengan girlfriend. betul tak.?
hah. just same dude!




::STORY TWO::

Bercakap dengan ilmu pengetahuan dan bercakap dengan perasaan adalah dua perkara yang berbeza. Apabila bercakap menggunakan ilmu pengetahuan, yang disokong dengan fakta dan logik akal, kita melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza.

Bercakap menggunakan perasaan pula, menampakkan kita macam tak sekolah, menjadi bodoh sombong, dan berkesudahan di dalam kelompok bawahan, di mana, kita melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza dari bercakap dengan ilmu pengetahuan.


Saya ambil contoh yang dekat dengan saya iaitu pemakanan. Saya melalui zaman remaja sebagai seorang yang kurus (kering). Maka, ada kawan yang mengesyorkan saya minum Coca-cola tiap-tiap malam untuk naikkan berat badan. Ada yang menyuruh saya makan nasi 2 pinggan sebelum tidur.


Sangat jarang jumpa orang yang memberitahu saya mengenai kadar metabolisme, protein, karbohidrat, lemak, fungsi otot dan sebagainya. Sangat jarang jumpa orang yang bercerita mengenai jenis-jenis vitamin dan mineral. Sangat jarang jumpa orang yang memberitahu saya secara ilmiah kenapa saya susah nak naik berat badan walau makan nasi 5 pinggan.


Saya melalui jalan susah dengan membuat research sendiri : membaca buku, bertanya pakcik google, dan menonton video. Inilah sebab pentingnya kerajaan menggalakkan kita semua membaca buku. Supaya kita menjadi manusia berilmu dan cerdik bila bercakap.
Kerana mata kasar hanya melihat benda di depan mata. Minda yang tajam melihat benda dari pelbagai perspektif.

Di dalam hal lain, sangat mengecewakan membaca komen-komen rakyat Malaysia mengenai isu politik, kerana mereka tidak berminat mengambil tahu walaupun asas-asas ekonomi, tetapi sangat berminat dengan perang politik seperti rumah banglo Datuk X, Orang ni gay, orang tu lesbian etc. Hal ini disebabkan bercakap mengikut perasaan.


Semasa melayari fanpage persatuan skrip, langsung tidak ada perbincangan mengenai teknik-teknik seperti first 10mins, Act i-ii-iii, turning point, middle point, dialog, watak-watak dan sebagainya. Walhal inilah yang penting untuk dikongsi bersama. Yang ada hanya sindiran-sindiran sinis dan kata-kata negatif. Sekali lagi, menjadi perbincangan yang hanya melibatkan perasaan.


Memang sedap bercakap dengan perasaan, sebab tak payah fikir panjang. Di dalam dunia artis, yang popular hanya cerita-cerita gosip. Bergantung semata-mata pada paras rupa. Kalau begini, sisi artistik mereka tenggelam, walhal penting untuk sisi artistik itu menyerlah.


Ilmu pengetahuan itu penting kerana dari situ kita akan improvise. Mengambil contoh paling dekat di hati saya adalah tune gitar. Basic nya kita mesti pandai tune EADGBE. Dari situ, kita pandai pula pergi ke Drop D, Drop C, Eb(half step down), atau ke tune yang lebih pelik seperti BDDDDD(digunakan oleh Goo Goo Dolls).


Kawan-kawan, ingatlah semasa Malaikat Jibril berjumpa Nabi Muhammad di dalam gua Hira', Jibril berkata pada Nabi Muhammad : Iqra! (bacalah)

::THE END STORY TWO::



*hah. yang ni saya agree sangat. awak memang bijak. i admit. sometimes dalam keadaan emo ke. saya sendiri cakap ikut perasaan. yup. nampak sangat bodoh. :)
lepas ni, nak elakkan cakap ikut perasaan. tapi. mampu ke.? time mood emo tengah on, agak susah nak kawal perasaan lah. semua nak cakap lepas. haha. 
aha. susah nak ubah tabiat yang dah jadi kebiasaan. hehe.:))))




::STORY THREE::

Saya mula sedar perkara ini setelah bekerja di pejabat dan meeting berkali-kali, iaitu, pertamanya, masalah kita akan terurus dan mudah selesai apabila kita cepat membuat keputusan. Kepala juga menjadi ringan. Meeting bertambah lama dan rumit kerana tidak ada seorangpun yang membuat keputusan dan meletakkan titik noktah.

Ini bertambah rumit apabila banyak perkara penting yang perlu difokus, tetapi kita semua tidak dapat membuat keputusan terhadap hal yang remeh-temeh, lalu tergantunglah permasalahan lain. Ini bermakna meeting itu akan menjadi lama dan bersambung-sambung kemudian hari.

Sudahlah tak boleh buat keputusan dengan cepat, topik meeting pula sentiasa lari apabila meeting bertukar menjadi sesi berborak. Mungkin ini dinamakan sesi 'cool down' setelah pening kepala tidak boleh buat keputusan dan suasana menjadi agak tegang kerana salah komunikasi.

Inilah masalah kebanyakan orang. Agaknya tabiat ini akan terbawa-bawa ke kehidupan seharian. Kita lihat contoh, kalau dalam kereta, A tanya B mana nak makan, B tanya A mana nak makan. Dah sampai tempat makan, belek menu 5 kali, tapi tak tahu nak makan apa. Itu belum belek menu air. Berdiri depan mesin ATM setelah beratur 5 minit, baru nak fikir berapa ringgit nak keluar. Pergi pasar malam/pasaraya, pusing 3 round, tak tahu nak beli apa. Sound familiar? kan dah cakap tadi, ini tabiat kebanyakan orang. Hal ni bertambah rumit apabila diaplikasikan ke tempat kerja.

Macam mana nak jadi angkasawan? nanti dah sampai angkasa, baru nak decide nak pegi planet mana? 

Saya seorang yang pemalas. Saya malas fikir benda remeh. Kalau saya nak keluar makan, kalau tak boleh fikir, restoran depan mata jadi pilihan. Saya masuk 7-eleven, saya dah tahu nak sambar apa. Nak beli kondom pun, dah tahu nak amik yang mana :)) apa barang pakai kondom??! 

Setelah terperangkap dalam suasana kerja sebegini, saya sentiasa ingatkan diri saya agar buatlah keputusan dengan segera. Janganlah membazir masa dan minda. Ternyata hari kita akan lebih ceria dan minda juga tidak kusut.  

Malah perempuan juga suka pada lelaki yang boleh buat keputusan (dengan segera). Tak caya tanya diorang :)

::THE END STORY THREE::

*story yang ketiga ni title dia KEPUTUSAN.. haha. again. saya agree sangat with all his words. 
terkena kat batang hidung sendiri juga. saya pernah bagitau. yang saya jenis tak reti buat keputusan in previous blog kan.? 

bila keluar dari rumah. tak buat plan nak lepak mana. memang jenis tak reti nak plan. lagi teruk. bila dah buat plan. tak reti nak buat keputusan pula!!!!!!!!
haha. annoying betul. 
tapi. kalau study atau kerja. saya takkan jadi macam tu. saya selalu tahu apa yang patut dibuat. dan takkan waste even satu saat pun. saya ada vision. dan tahu apa yang saya nak.

tapi bab lepak ke, makan ke, kire kalau bab sosial. saya memang tak reti nak buat keputusan. haha..
dan. saya sangat benci bila partner tak reti buat keputusan. seriously!!
saya akan melenting bila my buddy tak reti buat keputusan. jahat kan. :)

and memang betul cakap dia. perempuan suka bila lelaki boleh buat keputusan dengan cepat. sebab lelaki itu sendiri dah ditakdirkan jadi leader kepada perempuan. :)))
itu lah anugerah yang Tuhan bagi kat awak guys. lead us. ^.^



 

1 comment:

Hakam Salvatore said...

bout man and women..life..hurm~