Siapa diantara awak yang punya adik-beradik? haha. Apahal tanya soalan macam ni pulak kan? mesti ramai antara awak yang ada adik-beradik betul? nasib lah siapa anak tunggal tuh kan. lonely forever. hehe. Saya antara insan yang dianugerahkan adik-beradik dalam jumlah yang sangat ramai.
SANGAT RAMAI OKEY!
Sekarang saya duduk rumah parents dekat mont kiara. dan tiga orang adik kecil stay sekali. Kira, saya kakak sulung dalam rumah ini lah. Yang sorang umur 6 tahun. yang sorang lagi umur 4 tahun. dan si kecil sekali baru berumur 2 tahun. kira semua masih kecil-kecil lagi. budak hingusan. haha. nak ajak diorang berbual pun memang takde mood lah kan. ape je yang diorang faham. Setakat sembang pasal kartun bolehlah. Haih kenapa lah kakak dan abang tak duduk sekali disini. :(
Saya taktau lah. Even sayang macamana sekalipun saya dekat diorang, dalam sehari tuh mesti gaduh. Saya pula jarang sekali nak mengalah kat adik-adik. err. Bukanlah selalu nak menangkan diri tapi sometimes tuh macam lagi banyak layankan pergaduhan tuh. Saya yang kakak nih taknak mengalah, lebih lagilah adik-adik. Kadang-kadang tuh rasa macam better tak payah ada adik-beradik. Senang hidup. Tapi tak terluah di mulut okey. hehe. Tak sanggup nak cakap macam ni.
saya memang agak penyayang. selalu layan adik-beradik dengan baik. selalu manjakan diorang. tapi dalam some part, kalau diorang nakal sampai buat saya marah memang tiba-tiba saya terpaksa bertukar watak. dalam rumah ni. bila hari-hari menghadap karenah diorang, kadang-kadang penat juga. sayang tuh memang lah sayang.
saya selalu gaduh dengan adik yang umur 6 tahun tuh. sebab mulut dia laser sangat. kadang-kadang tuh rasa dia nih kurang ajar sikit. so saya kena tegas dan garang dekat dia sorang berbanding adik-beradik yang lain. memang hari-hari lah saya selalu rasa bengang dekat dia. hati saya sakit bila terpaksa marah dia. terpaksa pukul-pukul sikit. tapi nasib baik dia tetap rapat dengan saya. haha. diorang tak pernah rasa saya nih kakak yang garang.
adik-beradik saya yang lain kebanyakkannya duduk berjauhan. ada yang duduk perlis. ada yang duduk dekat johor. memang jarang lah kitorang nak berkumpul semua sekali. so. kesimpulannya ialah. camne pun, pergaduhan antara adik-beradik tetap sesuatu yang sweet. :)
KALAU TAK GADUH BOLEH TAK???

saya lah kakak mithali nih.hehe. |
1 comment:
normallah tue..bile ade bergaduh bile tiada dicari...
Post a Comment