this is the very good motivation.but bukan karya asal bb la.copy paste from author mr mohd syarafuddin sulaiman.
everything yg dia cuba smpaikan sgt great.thats why bb nak jadikn pengajaran tuk diri sndiri.
lagipun tak salah kalau nk muhasabah diri.
sbab sedar juga perangai diri sndiri yg ada 1001 macam.
::HERE IS IT::
mana ada orang yang luar biasa. semua manusia adalah sama. semua manusia biasa-biasa sahaja. kita semuanya 'orang biasa'.
semua manusia sama jalan hidupnya. ada waktu gembira dan ada waktu sedih. ada masa lapang dan ada masa dihimpit masalah.semua pun begitu, tidak ada sesiapa yang terkecuali.
kita manusia. tidak ada bezanya. kita ada akal, ada iman dan ada nafsu. kita gembira apabila orang buat baik pada kita dan kita hargai dengan ucapan terima kasih. kita juga mahu berteman, mahu ada kawan. kita juga mahu berkasih-kasihan dan mempunyai pasangan hidup.
kerap kali dalam hidup kita, kita akan buat dosa kerana mengikut nafsu dan bisikan syaitan. apabila sudah silap, kita rasa berkecamuk dan sesak dada. lalu kita minta ampun pada Tuhan, bertaubat. barulah kita rasa lapang dan selesa.
sekiranya ada sebuah akademi, sebuah sekolah yang kita boleh katakan sebagai tempat yang paling banyak kita belajar, maka 'akademi kehidupan' adalah yang paling layak.
kita belajar cara makan, minum, pakai baju, salin seluar, buat ini, buat itu, semuanya di 'akademi kehidupan'.
pembelajaran inilah yang paling kritikal, paling penting dalam hidup kita.
hidup adalah sekolah paling baik. paling bagus dan paling berkesan. kita mungkin belajar pasal tabiat manusia dan segala macam hal mengenai teori-teori, tetapi yang kita pakai dan guna adalah apa yang kita nampak dan belajar daripada hidup.
profesor-profesor, cikgu-cikgu dan pakar-pakar boleh kata begitu-begini mengenai kejayaan, cinta dan segala benda, tetapi akhirnya apa yang kita buat sendiri dan cuba, adalah yang kita percaya dan guna.
semua kita kena fikir dan ambil tahu. sebab hakikat dunia ini adalah hampir semua benda boleh kita belajar. sedar ataupun tidak sedar, mahu ataupun tidak mahu.
kita boleh buat-buat tidak tahu. seolah-olah hal kita, adalah hal kita. tidak ada siapa pun berpengaruh. sebenarnya orang yang sedar akan hakikat hidup berada di atas dan orang yang buat-buat tidak tahu akan duduk di bawah. yang di atas akan sentiasa kontrol yang di bawah. yang di bawah memang boleh marah, geram dan berdendam, tetapi dia tidak boleh ubah apa-apa.
teman, sahabat, kawan, geng, member ataupun apa-apa sahajalah panggilannya adalah orang yang bersama-sama kita dalam hidup. orang-orang inilah yang ada masa kita senang, biasanya makin sikit apabila kita susah dan banyak mempengaruhi kita.
mahu berkenalan dengan sesiapa pun boleh. hendak berbaik-baik dengan semua orang memang digalakkan. tetapi kita kena pilih orang yang kita rapat, percaya, kongsi segala hal dan bertukar-tukar pendapat. sebab orang macam ini mempengaruhi kita.
bantu-membantu tidak kira dalam apa situasi dan dengan apa cara sekalipun. kawan putus cinta, kita tenangkan dia. kita merajuk,dia pujuk. apa dia buat kita hargai. apa yang kita salah, dia tegur.
ilmu manusia tidak sempurna. orang ini tahu sedikit dan orang itu tahu sedikit. sedikit campur sedikit barulah boleh jadi banyak. pun begitu ilmu manusia memang tidak sempurna. Tuhan pernah menyatakan, sekiranya dihimpunkan semua ilmu manusia, baru setitik daripada selautan ilmu Tuhan.
yang jadi masalahnya, sudahlah ilmu kita sikit, kita pula malas belajar. sebut malas belajar bukan terhad malas belajar di kelas saja. belajar adalah proses kehidupan. daripada lahir sampailah mati. malas belajar adalah malas hendak ambil pengajaran daripada hal-hal di dunia.
kita boleh belajar daripada semua orang. semua orang boleh jadi mentor kita.
ingat.Tuhan tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia. setiap perkara mesti ada ilmu dan pengajarannya, walaupun hari ini kita tidak tahu. perkara paling dasyat pun ada hikmahnya.
kita ini daripada tanah. kita tahu itu. kita ini dicipta daripada setitik air mani. sperma bertemu ovum bergabung. itu pun kita sudah tahu. cuma apa yang kita tidak tahu, ke mana? untuk apa kita hidup?
kenapa Tuhan menciptakan aku begini, bukannya begitu?
semua manusia mencari. ada orang tahu apa yang dia cari. ada orang mencari, tetapi tidak tahu apa yang dicari.
tetapi kalau ada seorang manusia, kita jumpa di tepi jalan dan kita tanya, "cari apa?" Dia jawab, "cari sesuatu".
kita tanya lagi, "apa dia?" Dia balas balik, "tidak tahu.".
maka kita pun jadi putus akal. macam mana hendak bantu?
pada yang mencari, tetapi tidak tahu cari apa, kita perlu beritahu, yang kita kena cari itu; matlamat hidup. pada yang sudah tahu, kita tolong suluhkan. bantu dia ke arah jawapan.
kemahuan kita seringkali berdasarkan kepada siapa kita. diri yang baik dan bagus akan menghasilkan kemahuan yang baik dan bagus akan menghasilkan kemahuan yang baik dan bagus juga. kemahuan yang baik akan sentiasa seiring dengan peraturan moral dan tidak akan menyusahkan orang lain.
dalam dnia ini. kita tidak boleh hidup seorang. kita manusia kena hidup dengan orang lain. walaubagaimana hebat puun kita ataupun bagaimana suka pun kita duduk seorang, di sekeliling kita mesti ada orang. tidak semestinya orang itu kita kenal. tidak semestinya kita sembang dengan dia. tetapi kita kena dikelilingi manusia lain.
apabila kita sudah hidup dengan manusia, mahu tidak mahu, kita kena juga bergaul dengan orang lain. kena juga beramah mesra.
apabila kita bergaul, kita kena cari persamaan, bukan perbezaan. persamaan merapatkan hubungan, perbezaan merenggangkannya.tunjuk minat pada kesukaan orang. bukan hipokrit, tetapi meraikan.
kita tidak sukakan ujian dan masalah. tetapi yang kita panggil ujian dan masalah akan tetap datang sewaktu kita hidup. apabila ada masalah, kita akan runsing dan tidak senang duduk. kita mahu masalah itu cepat-cepat pergi dan kita boleh hidup riang.
sebab itu apabila ada masalah, kita akan cepat-cepat mahu selesai masalah. masa dapat masalah, masa itu juga selesai. memang bagus begitu sebab kita tidak buang masa. tetapi tidak semua masalah kecil dan tidak semua masalah dapat selesai dalam sekelip mata. pun begitu kita tetap juga mahu selesai masalah cepat-cepat, mahu masalah itu selesai terus walaupun gopoh-gapah. gopoh-gapah tidak membantu apa-apa. ia hanya memburukkan keadaan.
sebab itu apabila ada masalah, kita kena berehat. berhenti sekejap. duduk sebentar. tenangkan fikiran. lagi besar masalah, lagi penting prinsip rehat ini.
kadang-kadang kita kena lari. kita lari bukan sebab pentingkan diri atau malas hendak berjuang. itu memang salah. dengan izin Tuhan, sekiranya niat kita lari adalah betul, kita akan kembali semula hanya semata-mata untuk menuntut kemenangan.
No comments:
Post a Comment