Subscribe:

Wednesday, 7 December 2011

TRUE LOVE

Bukan main lagi lah title. ehe.. :)
tapi entah nape mood nak tulis pasal cinta sejati la pulak hari ni.
bukannya tengah dilamun cinta ke aper pun. saje nak write something yang berkaitan dengan 'true love'...
aper yang bb rasa about it. nak mula dari mana eh. tak perlu nak buat definisi lah kowt kan pasal 'true love' nih. bukan karangan atau rumusan pun.
tapi kalau saja2 nak buat gak definisi sendiri. tak salah pun kan. ehee. :)

so. okay. bb sendiri pun tak reti lah pun nak explain what the real meaning of 'true love'..
just. maybe. bb faham macam ni je. true love tuh bukan fake love. haha..
logik..logik..logik..
repeat again. sangat logic..!!! deep inside my heart. bb dah pernah rasa feel true love nih macamana. that feeling memang rasa sangat best dan best dan best. best tak terkata. sampai buat bb rasa selalu afraid. yes. afraid of everything. bukan takut hantu ke aper. kalau takut hantu. dah lari topik. haha. tapi.. perasaan takut yang lain macam. takut kalau-kalau... true love tuh akan leave me behind. itulah risiko yang perlu semua orang tanggung sebenarnya.

bb selalu dengar. orang tua-tua cakap. dan orang muda-muda pun sebilangan kecil pernah cakap. yang.
semua orang dalam dunia ni akan bertemu dengan cinta sejati masing-masing. cuma masa yang menentukan. entah betul entah tidak.. bb tak rasa peribahasa tu tepat 100%.
tapi masih boleh pakai. :)

tapi. kalau lah buat sesi soal jawab dengan semua orang dalam dunia ni. tentang pandangan masing-masing about 'true love'. agaknyer aper lah yang diorang akan jawab.
apa yang diorang faham about it. siapa yang paling tepat sekali bagi jawapan agaknyer...
lepas tu. between kaum laki2 dan kaum perempuan. siapa yang paling cepat jumpa true love masing-masing.
ehe. sangat banyak persoalan. habis kalau dah soal sorang diri. then who gonna answer it pulak.

lets say lah. tiba-tiba je terfikirkan hal ni. kalau kita dah berkawan dengan someone nih. belum declare aper2 lagi lah. tapi kita rasa serasi sangat each other. punya minat dalam banyak hal yang sama. kalau tak jumpa sehari, dah rasa rindu giler2. selalu keep in touch. mesra..
is that tergolong dalam ala-ala true love in future.? cuma maybe masing-masing tak perasan atau tak sedar.?
ataupun. relationship sebegitu just bermaksud rakan karib.??
so thats it. bestfriend atau true love....

tapi bb rasa. bila berkawan rapat dengan someone. dan dari awal lg bb dah set dalam mind. yang kami just kawan. bb takkan boleh nak ubah status kawan tu kepada lebih dari itu. atau pun paling mudah nak bagi faham. takkan bercinta dengan kawan. NO!!
bb ada ramai kawan rapat dari spesies kaum lelaki. dan even kami sangat close sekalipun, bb takkan ada perasaan luar biasa terhadap member laki bb tu. aiyooo.
sebab tu rasa tak agree bila ramai yang cakap. bercinta dengan kawan lagi baik. eeeeuuuwww.
no way.!!
entahlah pun. style masing-masing lah pun nak bercinta dengan member ke aper. tapi. bb takkan dan memang taknak.

true love tuh still satu hal yang kita tak perlu nak paksa. memang semulajadi akan come. dan kita akan rasa.
bb rasa macam tu sekali setakat ni. im not sure if bb akan rasa true love untuk kali kedua dengan orang lain lagi.
true love tuh bukan sekali je ke patutnyer kan... takde yang kedua, ketiga dan seterusnyer..aha. entahlah. :)
harap-harap just sekali. lelaki yang bb rasa my true love tuh. even still not mine. but one day. hope dia akan jadi mine. sebab. bb pernah dapat instinct said, dia jodoh bb and dia akan jadi my future husband.
dan. dengan dia je bb boleh berfantasi imagine pasal akad nikah, kahwin, soal anak.. kalau dengan orang lain. macam susah nak ada feel bila imaginasi macam tu...
bukan tak pernah cuba. selalu juga. masa couple dengan zach dulu. bb pernah imagine macam tu tapi. feel tu takder. huhu. dan. bb dapat rasa yang bb takkan ada jodoh dengan zach. sayang tu memang sayang. but. sayang je tak cukup. jodoh juga yang tentukan semua kan. haih...

kalau bb sukakan someone. bb akan berusaha untuk kenal perangai dia. terima kelemahan dan apa2 jer pasal dia. suka ambil tahu aktiviti dia. suka ambil tahu segala-galanya. sebab nih la orang selalu fikir bb obses. actually bukan lah obses ke apa. takde kena-mengena dengan obses. cuma. thats my style. bb akan care gile2 about him. macamana sekalipun. bb akan berusaha cari seberapa banyak maklumat about him. means. pasal kisah silam dia. apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. about his family. about kawan-kawan dia.
sound macam creepy tapi itulah apa yang bb buat. selalunya. bb akan tahu rahsia terbesar dia sebelum dia bagitau kat bb. :)
mengalahkan detektif. ehe..^.^

everyday. bb akan jadi stalker life dia. selalunya bb akan buat macam tu dan xkan bagitau dia.
orang yang bb suka tu selalu cakap bb ni pelik. haha. part mana kat bb yang buat dia cakap macam tu. bb sendiri pun xtau. sebab tak pernah tanya dia about that.
Tuhan je yang tahu how much i love him.

bb nak jadi perempuan yang okay. taknak jadi rosak. banyak yang perlu dipelajari dalam hidup kan. chewaaahhh. sound skema la pulak tibe-tibe cakap macam tu. ^.^
takde lah... just... nak selalu ingat yang. bb ada life. so. taknak rosakkan life tu. taknak buat something yang akan buat bb menyesal in future.
nakal-nakal sikit. takpe. :)
sebab sesungguhnya. bb memang budak yang sangat nakal.

oh well. sangat lah bertuah kalau siapa-siapa dalam dunia ni. dapat jumpa their true love lepas tu dapat marry pulak tu. oh gosh. luckily nyer...
mesti ramai yang berharap macam tu. bb sekali pun nak. siapa taknak kahwin dengan orang yang kita sayang. dan kalau orang tu pulak jenis yang bertanggungjawab dan boleh jaga bb dengan baik.
wawau. bila lah biby boleh kahwin ye. sempat ke...=.=

seriously. tak boleh imagine how if. kalau ditakdirkan kahwin dengan orang yang tak bertanggungjawab.
lepas tu perangai sangat shitto. sangat damn. eeeuuuwww.
sedih eh kalau macam tuh la. kahwin dengan fake love. scary nyer..
ramai orang yang dah berumah-tangga nih cakap. masa bercinta je semua indah. semua sweet. lepas kahwin. takde nyer sweet lagi.
eh.? sob..sob.. betul ke macam tu.?

tiba-tiba mood nak tulis sekali pasal kahwin lah pulak. haha.. :)
tapi. betul ke lepas kahwin semua akan berubah jadi tak sweet. kenapa boleh macam tu. and kalau macam tuh la case nyer. aper yang patut bb buat kalau bb nak semua stay sweet sampai bila-bila.
hurm. entahlah. takde idea. boleh ke berusaha nak bagi semua hal kekal sweet all the time. peribahasa orang yang bijaksana ever said. nothing impossible. 
yelah memang takde yang mustahil. tapi dalam sesetengah hal. memang lagi banyak yang mustahil ye tak. haha. contohnyer. memang tak mustahil nak sweet dalam semua hal. tapi yang mustahil nyer. nak let it be stay sweet tuh yang payah...
dah lah perangai orang selalu cepat rasa bosan. hurm. 

semakin complicated kalau fikir pun. letih. ehe. :)
mungkin kalau dapat lelaki yang betul semua akan jadi easy. harap-harap macam tuh. 
sebab bb nak hidup bahagia jugak. kalau kahwin just tambahkan kesedihan. baik xyah...
siap berazam nak jadi wife yang baik. ahaha. Amin. :)

No comments: