Subscribe:

Wednesday, 21 September 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KERJA SAMBILAN

copy from artikel revision.


::HERE IS IT::

berbagai-bagai pandangan telah dilontarkan berkaitan pelajar yang menjalankan kerja sambilan di luar waktu belajar. ada yang berpandangan positif dan tidak kurang juga sebaliknya. yang pasti, perkara ini sudah menjadi lumrah dalam kalangan remaja di kota, lebih-lebih lagi buat remaja yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana atau rendah. bekerja sambilan sewaktu masih menuntut adakalanya sudah menjadi keperluan bagi menampung perbelanjaan kehidupan, terutama di kota.

pelajar yang bijak seharusnya pandai membahagikan masa. oleh itu, mereka dapat melalui hari-hari mendatang dengan lebih terancang. pelajar yang bekerja sambilan harus memastikan mereka mempunyai cukup waktu untuk membuat kerja rumah di samping menghadiri kelas atau kuliah. di sinilah letaknya keistimewaan pelajar yang bekerja sambilan. mahu tidak mahu mereka harus menjadi seorang yang bijak merancang masa agar tidak keciciran dalam pelajaran di samping dapat menyara kehidupan. kebolehan merancang dan mengurus masa satu aspek penting dalam kehidupan seseorang sepanjang hayatnya.

jika telah mula mempraktikkan pengurusan masa pada usia yang muda, pelajar akan menjadi insan serba-boleh yang memiliki kehidupan yang padat dengan pelbagai aktiviti berfaedah sepanjang usia. soal apakah remaja mampu untuk belajar sambil bekerja pastinya sudah terjawab di sini.

bekerja sambilan juga mengelakkan masa lapang pelajar terbuang begitu sahaja dan budaya lepak dapat dibendung. alam pekerjaan juga mematangkan pelajar dalam menangani soal kehidupan. hal ini banyak membantu pelajar bertindak matang dalam membuat keputusan berkenaan hidupnya.

pelajar yang belum pernah menceburi alam pekerjaan masih berkelakuan dan berfikiran keanak-anakan. mereka masih hidup di bawah perlindungan ibu bapa dan dalam lingkungan pergaulan yang masih terhad. berbeza daripada pekerja yang telah bekerja sambilan, pelajar yang belum pernah bekerja harus bertindak bagi memenuhi harapan majikan dan pelanggan. kebolehan interpersonal ini amat berharga bagi seseorang pelajar apabila melalui alam pekerjaan kelak. banyak yang telah diperkatakan tentang graduan tempatan yang sukar mendapatkan pekerjaan kerana mereka kekurangan faktor yang disebut keboolehan berinteraksi dengan efektif. segulung ijazah tanpa personaliti yang mantap tidak menjanjikan kejayaan dalam alam pekerjaan. malahan, untuk lulus temuduga sahaja kebolehan berinteraksi diperlukan.

pengalaman berinteraksi dengan orang ramai melalui pekerjaan sambilan mampu mengembangkan kebolehan interpersonal bagi seseorang pelajar. pelajar yang pernah bekerja sambilan jauh lebih yakin apabila berhadapan dengan penemuduga. faktor keyakinan diri amat berharga dalam melayari alam pekerjaan dan kemajuan kerjaya seseorang.

di samping itu, bekerja sambilan mengajar pelajar supaya lebih berdikari. jika dibandingkan dengan negara maju, peratusan pelajar malaysia yang bekerja sambilan juga masih rendah. budaya berdikari pada usia muda bukanlah satu budaya yang meluas di malaysia.

namun begitu jika dilihat dari sudut negatif, antara lain pelajar dikhuatiri hilang tumpuan terhadap pelajaran kerana mungkin mereka berasa penat terutama bagi pekerjaan yang banyak melibatkan aspek fizikal seperti berjalan kaki atau berdiri berjam-jam. isu ini lebih mudah ditangani jika pelajar tersebut memelihara kesihatan diri dan tahap kecergasan fizikal mereka. dalam usia muda, aspek ini amat mudah dikekalkan dengan amalan pemakanan yang baik serta kegiatan riadah yang berkala.

ada juga yang menyatakan bahawa alam pekerjaan akan mencemarkan minda remaja dengan kuasa wang. oleh itu, pencapaian akademik dipinggirkan. hal ini tidak akan berlaku sekiranya remaja tersebut telah mengenal pasti akan haluan hidupnya. bekerja sambilan hanya sekadar sementara untuk menampung kehidupan sebagai pelajar.

hal yang membimbangkan juga dalam isu kerja sambilan dalam kalangan pelajar ialah kecenderungan mereka terjebak dalam kancah gejala sosial. usia remaja umpama rebung yang mudah dilenturkan dan ranting pokok yang mudah patah. remaja yang kurang pendidikan agama, mungkin memilih pekerjaan sambilan yang tidak sesuai seperti bekerja di kelab malam, menjadi ejen penjual bahan khayal atau bekerja di agensi yang diragui. bagi yang mudah terpengaruh, mereka terdedah kepada tabiat merokok, mengambil dadah, atau budaya hedonisme. jika remaja tersilap langkah, hal tersebut bakal menggelapkan masa hadapan remaja itu sendiri.

oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pelajar yang bekerja sambilan lebih banyak menerima manfaat berbanding    dengan keburukan. pelajar yang bekerja sambilan satu fenomena yang ternyata positif dan salah satu cara paling berkesan untuk membentuk modal insan yang berjaya.


::THE END::



*ahaa.memang betol keja sambil belajar sgt penat. sbab bb salah sorang drp nyer. 
penat fizikal + penat mental = very unexplained tired..:)
tp standart la penat kan. ape keja yang tak penat. sdgkan tido pon penat...
ada tak manusia yg tak pena bekerja kat dunia ni? kalau ya. rugi giler org tuh..
kerja sgt2 fun. kerja yang baik2 la i mean. nak buat kerja jahat2 tu terplg pd individu la. berani buat kena berani tanggung. 
saat dpat duit hasil dari titik peluh sndiri tuh sgt2 unexplained feel. yelaa. kalau before kita dpat sumting drp family.bila kita sndiri bekerja penat2 earn money and experienced pegang duit sndiri..perasaan die sgt2 wow.best giler.. :)
tak kesah byk mana duit yg kita dapat yang penting halal n dgan cara yg betul. 

memang betul bekerja sambilan nih mematangkan minda kite. lebih2 lg golongan remaja like me. yeah. :)
sbab dari situ la kita experienced 1001 mcm matter. yg memang menguji kesabaran, mental dan fizikal sume2.. 
day by day, kita akan belajar cmana nak handle keadaan yg problem. cmana nak cool kan keadaan. mcmana nak berhadapan dgn karenah work mates yg mcm2 perangai. cmana nak berdpan dgn customer plak. hah.
bb masa awal2 pembabitan dlm parttime ni. hah. sgt goyang juga iman. hari2 gaduh je. :)

tak dinafikan. bila penat blik keja, kdg2 trus tdo. tak ulangkaji. haih.
so. nih la part yg susah nyer kalau keje smbil blajar. takdelah slalu sgt. 
kdg2. agak kelam-kabut juga nak urus masa. terkejar sana-sini. tp apepun. still je ada masa tuk rest. :)
kalau mcm xde keje sgt. bb on9. so boley release tension with kwn2. 
share penat dgn member2 so cool. :)

kalau nak study je xnk keje boley tak.? nih la bb slalu wish. tpi. nanti jd manja sgt plak..
nih some of pic time parttime tahun dulu2. tapi kejap je kat situ. keje for fun masa tue. :)
agak sesuai tak rupa bb jadi arkitek in future.? Amin. :)
berangan tuh best ye tak..
:)





harap2..dpat dikurniakan tenaga yg berterusan so bb xkan stop dari belajar berdikari. hope semangat will trus strong..Amin.


6 comments:

Mus Peace said...

hai blh d knl ker orng nyer ni...

missnaufara said...

hye bb...nie pic time bla..?thn 2010 kew..?mskkn r pic2 ms dgn kwn2...rindu tgok k'adaan pizza suatu ketika dulu...he3.

Anonymous said...

DOG! NABEI

Anonymous said...

Errr... Shit

Admin said...

UCS Marketing. Kami menawarkan kerja separuh masa kepada sesiapa yang berminat.

Kerja sangatlah mudah.
Tidak perlu modal 1 sen pun.
Gaji dibayar berdasarkan komisyen.

Syarat :-
1. Mesti ada internet.
2. Mesti ada media sosial - Facebook, Twitter, Instagram.

Berminat whatsapp nama ke 011 2952 3944 SEGERA. Tempat terhad

Admin said...

UCS Marketing. Kami menawarkan kerja separuh masa kepada sesiapa yang berminat.

Kerja sangatlah mudah.
Tidak perlu modal 1 sen pun.
Gaji dibayar berdasarkan komisyen.

Syarat :-
1. Mesti ada internet.
2. Mesti ada media sosial - Facebook, Twitter, Instagram.

Berminat whatsapp nama ke 011 2952 3944 SEGERA. Tempat terhad