Subscribe:

Thursday, 28 June 2012

FIKIRLAH

Hari ini dah pun masuk 28hb jun 2012. lagi dua hari, julai dah. memang cepat kan? tapi saya takde lah nak rasa macam masa tu cepat sangat berlalu. sebab saya melalui hari-hari dengan baik. tak bazir masa buat benda-benda yang bodoh. maksud saya, bodoh sikit tu memang ade lah. macam tidur lambat, bangun lambat. lepak online lebih masa. ala. standart la macam remaja yang normal tuh kan kan. :)

Saya ada target nak laksanakan rancangan amal kebajikan tu. memang pada mulanya saya just random cakap. tapi entah kenapa tetiber saya terfikir nak jadikan ia realiti. memang banyak juga lah prosedur dan kepayahan yang saya perlu lalui dalam misi nak menjayakannya tuh. tapi bila fikirkan balik yang sememangnya saya ikhlas nak buat, dan saya bertekad nak teruskan je. lagipun saya mendapat sokongan motivasi daripada ahli team yang sama-sama bersemangat nak jadikan plan tuh sampai ia jadi kenyataan. 

sebenarnya buat baik pun susah beb. ingat senang ke? memang lah bunyi macam familiar dengar tapi. pada saya, memang tak masuk akal. sebab ape saya cakap camtu? nak buat amal kebajikan pun orang masih pertikaikan. "kenapa nak buat?" eh laaa korang ni. ada ke patut tanya soalan camtu. kecik ati orang yang kurang bernasib baik tu hah.

saya percaya satu perkara nih. kita semua yang bergelar remaja ni bukanlah orang yang senang. kalau senang pun disebabkan kita menumpang kesenangan ahli keluarga je. So pada saya, takde apa sangat nak dibanggakan pun. Kita sebenarnya hampir serupa saja dengan mereka yang menetap di institusi kebajikan tu. Lebih kurang je. Cuma kita sedikit bernasib baik sebab tidak berada disitu. 

Disamping ingin menambah kenalan baru, saya juga ada misi yang tersirat dalam visi amal kebajikan ni. saya nak tengok siapa diantara manusia-manusia yang ramai dalam dunia ni yang menunjukkan rasa prihatin terhadap nasib orang lain. Prihatin tidak kira apakah darjat dan status diorang.